Parti Perpaduan Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Perpaduan Nasional Singapura
Ketua Steve Chia
Diasaskan 1987
Ibu pejabat 397 Jalan Besar
#02-01
Singapura 209007
Ideologi sayap tengah
Warna rasmi merah, putih

Parti Perpaduan Nasional (Inggeris: National Solidarity Party) ialah sebuah parti politik sayap tengah di Singapura. Ditubuhkan pada Julai 1987 oleh sekumpulan usahawan dari kelas pertengahan, ia telah mengambil bahagian dalam pilihanraya Singapura sejak 1988. Parti ini diketuai oleh Presidennya, Yip Yew Weng dan Setiausaha Jeneralnya, Steve Chia. Parti NSP diwakili dalam parlimen oleh Steve Chia yang dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasanundi dari 2002 hingga 2006 apabila beliau meraih peratusan tertinggi di antara parti pembangkang yang kalah pada Pilihanraya Umum 2001 di Choa Chu Kang.

Salah satu tujuan utama NSP ialah untuk memasukkan unsur daya saing dalam arena politik Singapura yang sudah lama dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP). Mereka khuatir yang dengan kuasa total yang dimiliki PAP, tiada sistem yang dapat memeriksa, menilai dan mengawal kuasa yang dipegangi PAP.

Ideologi parti NSP bersayap tengah dari segi dasar sosial dan ekonomi. Ia percaya bahawa jika terdapat lebih penglibatan dari berbagai sektor masyarakat Singapura dalam bidang politik, ia akan lebih mendemokratisasikan paradigma membuat keputusan oleh pemerintah.

Tokoh[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]