Partai Sosialis Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parti Sosialis Indonesia)

Partai Sosialis Indonesia (PSI) ialah sebuah bekas parti politik di Indonesia yang berhaluan kiri dan menyokong Sosialisme.

Partai Sosialis Indonesia
PemimpinSutan Sjahrir
Ditubuhkan13 Februari 1948 (1948-02-13)
Dibubarkan1960
Ibu pejabat6 Djalan Tjisedane, Djakarta
AkhbarPedoman
Sayap beliaSocialist Youth
IdeologiSosialisme
Penggabungan antarabangsaAsian Socialist Conference
WarnaRed
Simbol pilihan raya
Red Star
Politik Indonesia
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Partai Sosialis Indonesia (PSI) dibentuk oleh Sutan Syahrir pada 12 Februari 1948 selepas meninggalkan Parti Sosialis (PS) kerana berselisih dengan Amir Sjarifuddin. Parti Sosialis merupakan suatu gabungan antara dua buah parti sosialis, iaitu Parti Sosialis yang diketuai Amir Sjarifuddin, dan Parti Rakyat Sosialis (PARAS) yang diasaskan oleh Sutan Syahrir; dengan kata yang lain, Parti Rakyat Sosialis telah diserap ke dalam Parti Sosialis.

PSI berdasarkan faham sosialis bersandar pada ajaran Marx-Engels menuju masyarakat sosialis yang berdasarkan kerakyatan. PSI menentang kediktatoran proletariat yang diamalkan di Kesatuan Soviet dan negara-negara sosialis yang lain. Sosialisme kerakyatan yang dimaksudkan oleh PSI adalah sosialisme yang menjunjung tinggi perikemanusiaan, dengan mengakui dan menjunjung persamaan setiap manusia.

Pada Ogos 1960, PSI bersama Parti Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) dibubarkan oleh Presiden Sukarno kerana dianggap menghalang gagasannya untuk menyatukan para penyokong nasionalisme, agama, dan komunisme dalam doktrin Nasakom.

Kerusi di dalam parlimen[sunting | sunting sumber]

  • DPRS: 14 kerusi
  • DPR (hasil Pilihan Raya Umum 1955): 5 kerusi

Tokoh-tokoh[sunting | sunting sumber]