Pergi ke kandungan

Pasukan Simpanan Angkatan Tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dalam Angkatan Tentera Malaysia berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan warganegara sebagai anggota sukarela sejajar dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional. Terdapat tiga Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia

  • Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW)
  • Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
  • Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia telah distruktur semula kepada komponen seperti berikut:

  • Pasukan Sukarela (Selepas Ditauliahkan/ Tamat Latihan Asas Ketenteraan)
  • Pasukan Simpanan Angkatan Tetap (SAT) - bekas Pegawai dan Lain-Lain Pangkat daripada Angkatan Tetap
  • Pasukan Kerahan Sepenuh Masa
  • Pasukan Simpanan Pakar & Khusus
  • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) & Pasukan Latihan Anggota Simpanan (PLAS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]

Keanggotaan Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik dan Kemahiran. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia pada masa lapang.

Rejimen Askar Wataniah

[sunting | sunting sumber]

Rejimen Askar Wataniah, Tentera Darat (RAW).

  • Elemen Tempur - Siri 500 AW, Kerahan Sepenuh Masa, Sasaran Penting & Kor Armor Diraja (AW).
  • Elemen Bantuan Tempur - Rejimen Semboyan Diraja (AW), Rejimen Artileri Diraja (AW), Kor Kesihatan Diraja (AW), Kor Risik Diraja (AW), Kor Polis Tentera Diraja (AW), Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW).
  • Elemen Bantuan Perkhidmatan - Kor Perkhidmatan Diraja (AW), Kor Ordnan Diraja (AW), Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (AW).
  • Elemen Pakar - Rejimen Semboyan Diraja (AW) Rejiemen Askar Jurutera Diraja (AW).

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM)

  • Pegawai
    • Cawangan Eksekutif
    • Cawangan Bekalan
    • Cawangan Kejuruteraan
  • Lain-Lain Pangkat
    • Cawangan Pelaut
      • Perang Atas Permukaan (PAP)
      • Komunikasi (KOM)
      • Provos Tentera Laut (PRL)
    • Cawangan Bekalan
      • Pentadbiran dan Kewangan (PNK)
      • Teknisyen Logistik (TNL)
    • Cawangan Teknikal
      • Teknisyen Marin Kuasa Gerak (TMK)
      • Teknisyen Elektrik Radio dan Radar (TLR)
      • Teknisyen Elektrik Kuasa dan Senjata (TLS)

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM)

  • Cawangan Urusetia
  • Cawangan Logistik
  • Cawangan Pengurusan Ruang Angkasa Raya / Operasi
  • Cawangan Kejuruteraan

Latihan dan Kursus

[sunting | sunting sumber]

Anggota sukarela lazimnya akan menjalani latihan dan kursus seperti berikut:

  • Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota Perajurit Muda perlu menjalani latihan asas ketenteraan selama 30 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet/ Laskar Muda atau Laskar Udara.
  • Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.
  • Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.
  • Latihan Kem Tahunan. Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.
  • Kursus Kerjaya. Kursus ini wajib disertai oleh anggota sukarela untuk sokongan kenaikan pangkat.
  • Kursus Fungsional. Kursus ini merupakan kursus sampingan untuk anggota sukarela bagi menambah ilm dan kemahiran dalam bidang ketenteraan.

Syarat Asas Penyertaan

[sunting | sunting sumber]

Individu yang ingin berkhidmat dalam mana-mana Pasukan Simpanan Sukarela sama ada sebagai anggota Lain-lain Pangkat atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Persekolahan (Lain-lain Pangkat) atau lulus Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukkan sebagai Pegawai.
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).

Dokumen Yang Diperlukan

[sunting | sunting sumber]

Setiap bakal calon yang ingin berkhidmat dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen lazim seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Awam.
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Dokumen Pengenalan Ibu dan Bapa serta pasangan (jika berkahwin).
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik/ Tamat Persekolahan.

Faedah dan Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Faedah dan kemudahan bagi individu diperolehi apabila menyertai Pasukan Simpanan Sukarela ATM:

  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
  • Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti ketenteraan.
  • Mempelajari kepakaran baru dalam ketenteraan.
  • Menambah keupayaan `Soft skills’.
  • Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  • Berpeluang melawat pasukan-pasukan lain.
  • Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
  • Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  • Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam ATM bagi mereka yang layak.
  • Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  • Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
  • Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
  • Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
  • Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

Setiap anggota sukarela akan dibayar elaun-elaun yang telah ditetapkan mengikut jenis latihan dan tempoh latihan yang telah ditetapkan. Antara elaun lazim yang diterima adalah:

  • Elaun Latihan Tempatan. Dibayar mengikut jam latihan.
  • Elaun Latihan Berterusan. Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
  • Elaun Tahunan (Bounti). Dibayar mengikut kadar yang ditetapkan kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun.
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Imbuhan ini dibayar apabila anggota menjalankan penugasan/ latihan/ kursus bagi tempoh 30 hari secara berterusan.

Hak Undang-Undang

[sunting | sunting sumber]

Seksyen 201B Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) mewajibkan majikan memberi cuti kepada pekerja yang juga anggota sukarela (seperti Askar Wataniah) untuk mengikuti latihan atau bertugas. Majikan yang melanggar peruntukan ini boleh diperintahkan oleh mahkamah awam untuk membayar gaji dan saraan pekerja tersebut sepanjang tempoh latihan.

Cuti untuk latihan atau pertugasan

201B. (1) Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Khidmat Negara 1952, tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang yang bekerja dengannya yang merupakan seorang anggota sesuatu angkatan sukarela dipanggil untuk latihan atau pertugasan di bawah Akta ini, memberi orang itu cuti selama tempoh latihan atau pertugasan itu bagi membolehkannya menjalani latihan atau pertugasan itu.

(2) Tiada majikan boleh—

(a) membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa pemindahan atau potongan tidak wajar daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu;

(b) mengenakan atau menyebabkan supaya dikenakan ke atas atau menuntut daripada orang itu apa-apa penalti; atau

(c) mengubah terma dan syarat pekerjaan orang itu sehingga memudaratkannya, semata-semata oleh sebab ketidakhadirannya bekerja dalam tempoh latihan atau pertugasan itu.

(3) Mana-mana majikan yang—

(a) secara langsung atau tidak langsung enggan atau, dengan menakut-nakuti, pengaruh tidak wajar, atau dengan apaapa cara lain, mengganggu pemberian kepada mana-mana orang tempoh cuti yang dikehendaki di bawah subseksyen (1); atau

(b) melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4) Mahkamah awam yang mensabitkan seseorang majikan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) kerana pelanggaran subseksyen (2) boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (2) gaji dan saraan lain yang kepadanya orang itu berhak selama tempoh latihan atau pertugasan itu.

Larangan pembuangan pekerja kerana latihan atau pertugasan

201c.(1) Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Khidmat Negara 1952, tiap-tiap majikan yang menamatkan pekerjaan mana-mana orang yang bekerja dengannya, yang merupakan seorang anggota sesuatu angkatan sukarela, tanpa keizinan orang itu semata-mata atau terutamanya kerana orang itu dipanggil untuk latihan atau pertugasan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah awam yang mensabitkan seseorang majikan di bawah subseksyen (1) boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar kepada orang yang pekerjaannya ditamatkan, sebagai pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung atau mungkin akan ditanggung olehnya disebabkan oleh penamatan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi amaun yang bersamaan dengan saraan enam bulan pada kadar saraan itu terakhir kena dibayar kepada orang itu oleh majikan itu.

Cara Menyertai

[sunting | sunting sumber]

Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan yang berhampiran di tempat anda.[1]

Lokasi Kem Rejimen Askar Wataniah

[sunting | sunting sumber]
REJ 501 AW Kem Tebrau, Jalan Pandan, 80990 Johor Bahru, Johor. 07-354 1088
REJ 502 AW Kem Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 03-6156 5688.
REJ 503 AW Kem Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak. 05-254 9342
REJ 504 AW Kem Bukit Keteri, 02450 Kangar, Perlis. 04-938 2024
REJ 505 AW Kem Force 136, 26600 Pekan, Pahang. 09-567 4229
REJ 506 AW Kem Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan. 09-775 3400
REJ 507 AW Kem Bukavu, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah. 088-251 180
REJ 508 AW 1386, Jalan Rasah, Bukit Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. 06-763 4370
REJ 509 AW 2, Lebuhraya Peel, George Town, 10350 Pulau Pinang. 04-228 3781
REJ 510 AW Kem Sri Rejang, Jalan Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak. 084-333 933
REJ 511 AW Kem Ria, Jalan Liu Shan Bang, 93250 Kuching, Sarawak
REJ 512 AW Kem Padang Midin, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu 09-6227557
REJ 513 AW Kem Jalan Kolam Air, 08000, Sungai Petani, Kedah, Malaysia. 04-423 5927
REJ 514 AW Kem Bukit Beruang, Jalan Istana, Ayer Keroh, 75450 Melaka 06-233 2131
REJ 515 AW Jalan Buku Lima, Kementah, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 03-4014 0870
REJ 516 AW Kem Kukusan, 91000 Tawau, Sabah 089-775 601

Lokasi Pangkalan PSSTLDM

[sunting | sunting sumber]
Unit Lokasi / Alamat No. Telefon
KD SRI PINANG Pusat Latihan PSSTLDM, Gelugor, 11700 Pulau Pinang 04-658 2222
KD SRI MANJUNG Pangkalan TLDM Lumut, 32100 Lumut, Perak. 05-6817095
KD SRI KLANG Pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah,Pulau Indah, 42000 Klang, Selangor 03-3168 1222
KD SRI MEDINI Pangkalan TLDM Johor Bahru, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor 07-355 1222
KD SRI LIKAS Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, 88834 Kota Kinabalu, Sabah 088-482 000
PSTL KUANTAN KD SRI KUANTAN, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, 25990 Kuantan 09-583 3601
PSTL SETIU Kem Bari, Kg Rhu Sepuloh, 22120 Permaisuri, Setiu, Terengganu. 09-6920021
PSTL KUCHING Lot 3292, Seksyen 64 KTLD, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak. 082-336400
PSTL LABUAN Pangkalan TLDM Labuan, Peti Surat 81230, 87022 F.T. Labuan 087-412 222
PSTL SANDAKAN KD SRI SANDAKAN, Pangkalan TLDM Sandakan (Markas Wilayah Laut 2). 089-210066
PSTL TAWAU KD SRI TAWAU, Pangkalan TLDM, Jalan Tanjung Batu, 91000 Tawau, Sabah. 089-772857

Lokasi Pangkalan PSSTUDM

[sunting | sunting sumber]
Unit Lokasi / Alamat No. Telefon
SKN 181 Pangkalan Udara Subang, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 03-7844 4793
SKN 182 Pangkalan Udara Butterworth, 12990 Pulau Pinang. 04-400 0000
SKN 183 Pangkalan Udara Kuantan, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur. 09-970 6000
SKN 184 Pangkalan Udara Gong Kedak, 22000 Jerteh, Terengganu Darul Iman. 09-699 2000
SKN 185 Pangkalan Udara Kuching, 93677 Kuching, Sarawak 082-587 700
SKN 186 Pangkalan Udara Labuan, 87009 Wilayah Persekutuan Labuan 087-590 500
  1. ↑ ,https://www.navy.mil.my/ms/pasukan-simpanan?view=article&id=279&layout=edit, https://www.airforce.mil.my/index.php/bm/informasi/berita/berita-utama2/penubuhan-unit-melapor-skuadron-psstudm-perkukuh-struktur-operasi-dan-transformasi-pasukan-simpanan https://aw.army.mil.my/imwatan/ ,https://www.navy.mil.my/ms/pasukan-simpanan?view=article&id=279&layout=edit, https://www.airforce.mil.my/index.php/bm/informasi/berita/berita-utama2/penubuhan-unit-melapor-skuadron-psstudm-perkukuh-struktur-operasi-dan-transformasi-pasukan-simpanan. {{cite web}}: Check |url= value (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: url-status (link)