Pek jet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pek jet atau pek roket ialah alat jet gas (atau di beberapa kes cecair) yang digalaskan pemakai agar dapat bergerak bebas di udara menggunakan prinsip tujahan. Tujahan ini perlulah melebihi ambang yang secukupnya agar dapat menandingi tarikan graviti serta berat pemakai dan jenteranya, maka jet perlulah menolak jisim di sekelilingnya ke bawah.[1]

Konsep ini telah lama wujud dalam idea fiksyen sains selama satu abad sebelum ia dipopularkan pada tahun 1960-an.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burnett, Dean (23 September 2014). "Jetpacks: here's why you don't have one | Dean Burnett". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 9 March 2018.