Pelaburan langsung asing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pelaburan langsung asing (bahasa Inggeris: foreign direct investment atau FDI) adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti kilang, lombong dan tanah. Peningkatan pelaburan asing boleh digunakan sebagai salah satu ukuran pertumbuhan ekonomi. Pengaliran besar pelaburan asing berlaku antara negara-negara industri di Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun. Tetapi pengaliran pelaburan asing ke negara-negara bukan industri juga meningkat dengan banyak.