Peluru berpandu Blue Steel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Blue Steel
Blue Steel missile.png
Peluru berpandu Blue Steel
Jenis Peluru berpandu sedia guna nuklear
Tempat asal United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1963-1970
Digunakan oleh UK Royal Air Force
Perang (pencegah semasa Perang Dingin)
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Avro
Jumlah dibina 53 operasi peluru hidup
Aneka Satu/mod bagi penghantaran tahap-rendah
Spesifikasi
Berat 17,000 lb (7,700 kg) [1]
Panjang 10.7 m (35 ka 1 in)
Diameter 1.22 m (48 in) minima
Warhead Red Snow (W28) senjata termonuklear (1.1 megatan)

Enjin Armstrong Siddeley Stentor roket tujahan pepejal
Lebar sayap 4 m (13 ka 1 in)
Jarak
operasi
926 km (575 mi)[2]
Siling penerbangan 21,500 m (70,500 ka)
Kelajuan Mach 3+[2]
Sistem
pemanduan
sistem navigasi inert
Sistem
stereng
permukaan kawalan penerbangan bergerak
Platform
pelancaran
Pesawat udara

Peluru berpandu Blue Steel adalah peluru berpandu balistik senjata nuklear sedia guna (stand-off) bagi negara British. Dimajukan semenjak 1954 ia beroperasi dari Februari 1963 sehingga 1969. Ia sepanjang 10 meter (35 kaki) dengan sayap selebar 4 meter (13 kaki), seberat 7000 kilogram (15,000 paun) dan jarak sejauh 240 kilometer (150 batu). Berenjin roket dua-kamar menggunakan hidrogen peroxide dan minyak tanah "kerosen". Kepala peledaknya adalah Red Snow peranti satu-megaton.

Peluru berpandu Blue Steel merupakan peluru berpandu udara ke darat yang dilancarkan dari pesawat pengebom V. Apabila dilancarkan, enjin roket kamar pertama akan melancarkan peluru berpandu pada laluan yang telah ditentukan kepada sasaran dengan kelajuan Mach 1.5. Apabila menghampiri sasaran kamar kedua akan melancarkan peluru berpandu pada Mach 3. Di atas sasaran, enjin akan mati dan peluru berpandu akan jatuh bebas sebelum meletupkan kepala peledak sebagai letusan udara.

Penggantian untuk peluru berpandu Blue Steel, Mark 2, telah dirancang dengan jarak lebih jauh dan enjin ramjet, tetapi dibatalkan disebabkan kesukaran memajukan Mark 1.

Peluru berpandu jarah dekat ini bermakna pesawat pengebom V masih terdedah kepada peluru berpandu darat ke udara "Surface-to-air missile" (SAM). Terdapat beberapa percubaan untuk memajukan atau mendapatkan gantian -- peluru berpandu Blue Streak dan Skybolt ALBM adalah dua kegagalan yang jelas.

  1. ^ Barry Jones, V-bombers: Valiant, Vulcan and Victor, Crowood Press, 2000, p.134-139
  2. ^ a b {{{author}}}, Avro Blue Steel Nuclear Missile, [[{{{publisher}}}]], [[{{{date}}}]].