Pembangun perisian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembangun perisian ialah orang atau pertubuhan yang mepunyai minat lebih kepada aspek proses pembangunan perisian berbanding rekaan dan pengekodan, satu skop pengaturcaraan komputer yang agak lebih meluas atau satu pengkhususan kepada pengurusan projek dan menyentuh serba sedikit pengurusan produk perisian.

Tugas-tugas pembangun[sunting | sunting sumber]

Seorang atau sesebuah pembangun perisian bertanggungjawab menyelia sesebuah perisian yang mereka bangunkan. Ini termasuklah kewujudan pepijat dan penyelesaiannya serta masalah mesra pengguna bagi persekitaran atau antara muka perisian.

Selain itu, pembangun perisianlah yang bertanggungjawab meningkatkan mutu perisian atau projek keluaran mereka. Ini termasuklah menyediakan kemaskini atau membebaskan versi baru bagi perisian tersebut.

Hak milik[sunting | sunting sumber]

Kebenaran terhadap kod sumber[sunting | sunting sumber]

Projek perisian yang dibangunkan oleh pembangun perisian selalunya dilesenkan di bawah nama pembangun tersebut; sama ada perseorangan, syarikat atau pertubuhan untung atau bukan untung.

Dengan ini, pembangun boleh menentukan sama ada ia ingin projeknya bersumber terbuka atau tertutup; bebas atau tidak dan sebagainya. Pembangun bagi badan bersifat perdagangan selalunya memilih untuk menterhadkan perisiannya, tujuannya mengelakkan pesaingnya mengatasi mereka dengan memperbaiki atau menaiktaraf melalui pengubahsuaian kod sumber projek keluar pembangun tersebut.

Sama juga dengan pembangun bagi badan bukan untung, mereka tidak membebaskan sumber kod bagi sesuatu projek besar, dan cuma menunjukkan kod sumber kepada peserta projek yang terdiri daripada pembangun-pembangun perseorangan.

Perutukaran hak milik[sunting | sunting sumber]

Sesebuah perisian atau projek dilindungi oleh hakcipta di bawah pembangunnya bagi mengelakkan ia daripada digunakan oleh pihak lain untuk mendapat keuntungan atau nama daripadanya. Pun begitu, hakcipta ini boleh bertukar tangan dengan cara pembelian hakcipta atau penyerahan secara sukarela. Melalui mana-mana cara, pengawalseliaan dan pembangunan perisian berkenaan beralih tangan ke pembangun baru.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]