Pemberontakan Maccabea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Israel under Judah Maccabee
Jonathan's conquests
Simon's conquests


Pemberontakan Maccabean adalah konflik, berlangsung dari 167 hingga 142 BC, antara kumpulan pemberontakan Judea yang dikenali sebagai Maccabees Empayar Seleucid. Dalam naratif I Maccabees, selepas Antiochus mengeluarkan pengistiharannya melarang amalan keagamaan Yahudi, seorang paderi Yahudi dari Modiin, Mattathias dari Hasmonean, mencetuskan pemberontakan terhadap Empayar Seleucid dengan enggan menyembah Dewa Yunani. Mattathias membunuh seorang Yuhadi Hellenistik yang melangkah kehadapan dan menawarkan untuk mengorbankan pada berhala bagi pihak Mattathias. Dia dan lima anaknya lari ke kawasan liar Judah. Selepas kamatian Mattathias sekitar setahun berikutnya pada 166 BC, seorang anaknya Judah Maccabee memimpin satu tentera Yahudi tempatan menempah kejayaan menumpaskan dinasti Seleucid dalam perperangan gerila, yang pada mulanya ditumpukan terhadapy Yahudi Hellenized, yang ramai terdapat. Maccabees membinasakan berhala pagan di perkampungan, menyunat budak lelaki dan memaksa orang Yahudi menjadi pelarian.[1] Istilah Maccabees yang digunakan bagi menggambarkan tentera Yahudi diambil dari perkataan Yahudi bagi "tukul".[2]

Pemberontakan itu sendiri membabitkan banyak pertempuran, di mana pasukan Maccabee ditakuti dikalangan tentera Seleucid kerana penggunaan taktik gerila mereka. Selepas kemenangan itu, Maccabee memasuki Jerusalem dengan kemenangan dan secara mengadakan upacara bagi menyucikan Kuil Jerusalem, mengadakan semula tradisional ibadat Yahudi di sana dan melantik Jonathan Maccabee sebagai Paderi Besar. Satu pasukan tentera Seleucid yang besar telah dihantar untuk menghapuskan pemberontakan, tetapi kembali ke Syria dengan kematian Antiokhus IV. Komandernya Lisias, sibuk dengan hal ehwal dalaman Seleucid, bersetuju untuk tolak-ansur politik yang memulihkan kebebasan beragama.

Perayaan Yahudi Hanukkah meraikan dedikasi semula Kuil sejak kemenangan Judah Maccabee ke atas Seleucids. Menurut tradisi Rabbinik, Maccabee yang menang hanya dapat mencari satu jag kecil minyak yang tidak tercemar dengan cap pada penutup, dan sungguhpun ia hanya mengandungi minyak yang cukup untuk mengekalkan Menorah untuk satu hari, ia secara ajaib bertahan selama lapan hari, bagi membolehkan minyak lain diperoleh. [3] Keajaiban minyak ini secara meluas dianggap sebagai legenda dan kesahihannya telah dipersoalkan sejak Zaman Pertengahan. [4]

Profesor John Ma dari Universiti Oxford berhujah bahawa ia adalah mungkin untuk membaca sumber utama bagi kejadian tersebut yang menunjukkan bahawa kehilangan hak agama dan sivil oleh orang-orang Yahudi pada 168 SM bukanlah akibat daripada penindasan agama, tetapi lebih kepada hukuman pentadbiran oleh Empayar Seleucid selepas kejadian rusuhan tempatan, dan bahawa Kuil dipulihkan selepas petisyen oleh Paderi Besar Menelaus, dan bukannya dibebaskan dan didedikasikan semula oleh Maccabees. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nicholas de Lange (ed.), The Illustrated History of the Jewish People, London, Aurum Press, 1997, ISBN 1-85410-530-2
  2. ^ The Maccabees/Hasmoneans: History & Overview (166 - 129 BCE) Jewish Virtual Library
  3. ^ Talmud, Tractate Shabbat
  4. ^ Skolnik, Berenbaum,, Fred, Michael (2007). Encyclopaedia Judaica, Volume 9. Granite Hill Publishers, pg 332.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Ma, John. "Re-examining Hanukkah", The Marginalia Review of the Book, July 9, 2013