Pemboleh ubah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pemboleh ubah (Tulisan Jawi: ڤمبوليه اوبه) atau angkubah (singkatan "angka ubah") merupakan kuantiti fizik yang perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian. Contoh termasuklah ketinggian kanak-kanak, suhu sesebuah tempat, atau kemasukan fungsi matematik.

Konsep pembolehubah ialah digunakan dalam semua jangkawan matematik, sains dan kejuruteraan.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Dalam uji kaji saintifik, terdapat beberapa jenis pemboleh ubah:

Pemboleh ubah dimanipulasikan
Kuantiti fizik yang nilai-nilainya ditetapkan sebelum melakukan eksperimen atau kajian.
Pemboleh ubah bergerak balas
Kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen.
Pemboleh ubah dimalarkan
Kuantiti fizik yang lain dan perlu ditetapkan atau dimalarkan dahulu sebelum menyiasat hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]