Pembunuhan beramai-ramai di Jallianwala Bagh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suatu pembunuhan beramai-ramai berlaku di Jallianwala Bagh, Amritsar, Punjab pada 13 April 1919 apabila askar-askar Tentera India British di bawah perintah Brid. Jen. Reginald Dyer melepaskan tembakan senapang ke arah orang awam yang telah berkumpul di taman tersebut; warga awam tersebut menunjuk perasaan secara awam untuk mengutuk penangkapan dan pengusiran dua pemimpin negara, Satya Pal dan Saifuddin Kitchlew.

Tindakan hasil keputusan Dyer pada mulanya dipuji oleh pihak-pihak konservatif dalam kerajaan, malah menjadi dikenali seakan pahlawan di UK antara kebanyakan orang yang ada hubungan dengan pemerintahan Raj British[1] serta Dewan Pertuanan United Kingdom,[2] namun Dyer kemudiannya dikutuk oleh Dewan Rakyat United Kingdom sehingga ada yang menggesa pemecatan jawatannya[3] - dia dipecatk dari jawatannya serta diharamkan bekerja lagi di India berikutan penggesaan tersebut.[4][5] Kejadian ini turut membuakkan kemarahan dalam kalangan ramai orang India yang berfahaman moderat terhadap pemerintahan British lalu mereka berpaling tadah menyertai pergerakan nasionalis dan anti-British,[6] beberapa sejarawan turut melihat kejadian ini sebagai titik penentu ke arah pengakhiran penjajahan pihak British di India akibat sentimen yang terbawa hasil kejadian tersebut.[7]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Saat kejadian[sunting | sunting sumber]

Dyer terus memberi arahan menyekat jalan keluar utama tanpa sebarang pemberitahuan kepada orang ramai; menurut suatu catatan yang menemubualnya, tindakan ini "tidak bertujuan menyuraikan orang ramai untuk tetapi menghukum orang India atas keengkaran mereka." [8] Dyer mengarahkan tenteranya memulakan tembakan ke arah bahagian yang paling padat dalam kelompok awam itu, secara terus-menerus selama kira-kira sepuluh minit. Gencatan senjata diperintahkan hanya setelah bekalan amunisi - sebanyak kira-kira 1,650 pusingan - telah dihabiskan. [9]

Kerajaan British cuba menyekat maklumat mengenai pembunuhan beramai-ramai ini, namun berita tersebut disebar meluas ke serata pelusuk India dan kemarahan yang meluas berlaku; butiran pembunuhan itu tidak menjadi pengetahuan umum di Britain hingga Disember 1919.

Tuntutan keadilan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sayer, Derek (May 1991, Issue=131). "British Reaction to the Amritsar Massacre 1919–1920"". Past & Present: 130–164. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Jaswant Singh (13 April 2002). "Bloodbath on the Baisakhi". The Tribune. Dicapai pada 16 March 2013.
  3. ^ Manchester, William. The Last Lion: Winston S Churchill, Visions of Glory (1874–1932). Little, Brown. m/s. 694.
  4. ^ "ARMY COUNCIL AND GENERAL DYER. (Hansard, 8 July 1920)". hansard.millbanksystems.com.
  5. ^ Manchester, William. The Last Lion : Winston Spencer Churchill, Visions of Glory (1874–1932). Little, Brown. m/s. 694.
  6. ^ Stanley Wolpert, "Jallianwala Bagh massacre", India, Encyclopedia Britannica
  7. ^ Bond, Brian (October 1963). "Amritsar 1919". History Today. Jil. 13 no. 10. m/s. 666–676.
  8. ^ Collett, The Butcher of Amritsar: General Reginald Dyer p 255-58
  9. ^ Nigel Collett (15 October 2006). The Butcher of Amritsar: General Reginald Dyer. A&C Black. m/s. 262. ISBN 978-1-85285-575-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]