Pemindahan haba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam fizik, haba ditakrifkan sebagai tenaga dalam peralihan. Biasanya, haba adalah bentuk tenaga dikaitkan dengan pergerakan atom, molekul dan partikel lain yang mengandungi jisim. Haba boleh dihasilkan melalui tindak balas kimia (seperti membakar), tindak balas nuklear (seperti pelakuran (fusion) yang berlaku dalam Matahari), penyebaran eletromagnetik (seperti dalam oven eletrik), atau penyebaran mekanikal (seperti geseran). Haba mampu dipindahkan antara dua objek melalui pancaran radiasi, pengaliran dan olahan (convection). Suhu, ditakrifkan sebagai ukuran sesuatu objek yang membebaskan haba secara sendiri, digunakn bagi menunjukkan aras gerakan asas yang dikaitkan dengan haba. Haba hanya boleh dipindahkan antara objek, atau kawasan dalam objek, dengan kewujupan perbezaan suhu.