Pemuda dari Arévalo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemuda dari Arévalo
Lahiruncertain, late 15th/early 16th century[1]
Arévalo, Crown of Castile (in today's Spain)[1]
Meninggal duniauncertain, possibly second half of 16th century[1]
uncertain, possibly Aragon[1]
Nama penaYoung Man of Arévalo
Mancebo de Arévalo
SubjekIslam, Moriscos
Tahun aktif16th century
Petikan daripada karya Pemuda. Ditulis dalam bahasa Sepanyol dengan tulisan Arab (aljamiado).

Pemuda dari Arévalo (Sepanyol: el Mancebo de Arévalo) ialah seorang penulis Morisco (Muslim kripto) dari Arévalo, Castile yang merupakan penulis Muslim Sepanyol paling produktif yang diketahui semasa zaman selepas paksaan menukar agama yang dikenakan ke atas Muslim di sana.[3] Beliau mengembara ke serata Sepanyol untuk melawat komuniti-komuniti Muslim kripto dan menulis beberapa karya tentang Islam yang membabitkan laporan-laporan daripada pengembaraannya.[4][4] Identiti sebenar dan tarikh kelahiran dan kematian beliau tidak diketahui, tetapi sebahagian besar daripada pengembaraan beliau berlaku pada separuh pertama kurun ke-16.[4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pemuda itu dilahirkan di Arévalo[5] dari seorang ibu yang memeluk agama Kristian.[4] Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui, tetapi masa mudanya dianggarkan berada pada zaman selepas penghujung Reconquista, yang ditandakan dengan Kejatuhan Granada pada tahun 1492 dan paksaan memeluk agama Kristian yang dikenakan ke atas Muslim di Castile, 1500 – 1502.[4] Ketika muda, beliau mengembara hampir ke serata Sepanyol melainkan wilayah pinggir laut yang terlarang bagi beliau disebabkan statusnya sebagai seorang Morisco.[4] Tempat-tempat yang dilawati beliau termasuklah Alcántara, Almagro, Astorga, Ávila, Gandia, Granada, Jaén, Ocaña, Requena, Ronda, Segovia, dan Zaragoza.[4][6] Beliau bekerjasama dengan Bray de Reminjo, faqih kampung Cadrete di Aragon,[7] untuk menulis sebuah manual keagamaan Islam yang berjudul Brief compendium of our sacred law and sunna, pada tahun 1530-an.[4] Pada ketika ini, beliau dianggap menjadi seorang penulis yang bereputasi baik.[4] Bray de Reminjo menggambarkan beliau sebagai "cendekiawan", seorang Castile dari Arévalo, dan selain bertutur dalam bahasa Sepanyol dan mahir dalam aljamiado, beliau juga digambarkan mampu membaca bahasa Arab, Ibrani, Yunani dan Latin.[2] Karya-karya beliau mempamerkan pengetahuan beliau tentang al-Quran, tulisan-tulisan Thomas à Kempis, khususnya The Imitation of Christ, dan juga novel zaman pertengahan La Celestina.[8] Pengetahuan beliau tentang karya-karya Kristian kemungkinan akibat kewajipan menghadiri ceramah-ceramah pendakyah Kristian yang dikenakan ke atas beliau.[9]

Laporan pengembaraannya membabitkan penyertaan beliau dalam solat berjemaah secara rahsia di Zaragoza, pertemuan dengan orang penting dan pendakwah Muslim, termasuk sebahagian wanita, dan pengumpulan derma untuk pergi menunaikan haji di Makkah.[10] Tidak jelas samada beliau akhirnya berjaya sampai ke Makkah,[11] memandangkan perjalanan keluar dari Sepanyol ketika itu adalah salah di sisi undang-undang bagi Morisco. Dalam keseluruhan tulisan-tulisannya, beliau mempamerkan keyakinan yang mendalam bahawa Islam adalah kepercayaan yang benar[11] dan ia akan kembali menang sekali lagi di Sepanyol dalam jangkamasa hayat beliau.[12]

Karya[sunting | sunting sumber]

The Imitation of Christ mengandungi petikan-petikan yang mungkin digunapakai di dalam Tafsira Pemuda dari Arevalo.

Beliau menulis sekurang-kuranya tiga buah karya yang masih wujud, Brief compendium of our sacred law and sunna (c. 1533[13]), Tafsira (c. 1533[14]), dan Summary of the Account and Spiritual Exercise (tidak lama sebelum 1550[15]), kesemuanya ditulis dalam bahasa Sepanyol dengan tulisan Arab (dipanggil aljamiado), dan mengenai terutamanya topik-topik keagamaan.[11][16] Di samping isi kandung berunsur keagamaan, karya-karya itu mengandungi laopran pengembaraan beliau, pertemuan beliau dengan Muslim-Muslim rahsia yang lain, dan gambaran tentang amalan dan perbincangan keagamaan mereka.[7] Laporan-laporan dan kenang-kenangan ini memberi para sejarawan maklumat tentang komuniti Muslim kripto dan amalan mereka di Sepanyol kurun ke-15. [17]

Brief Compendium ialah sebuah karya fiqah, yang meliputi topik-topik ibadah dan muamalah.[18] Ia ditulis dengan kerjasama Bray de Reminjo, menandakan kerjasama luar biasa antara tradisi Muslim Castile (yang diwakili Pemuda) dan Aragon (Bray).[19] Tafsira ialah sebuah tafsir al-Quran.[20] Summary ialah sebuah buku agama tentang topik-topik kesalihan dan kewarakan.[21]

Cendekiawan Sepanyol Pascual de Gayangos y Arce menyebutkan pada tahun 1839 bahawa dia pernah melihat sebuah karya tambahan yang digelarnya The Pilgrimage of the Young Man di Madrid, tetapi karya ini kini hilang.[22][23]

Pada 1980, penulis Sepanyol Gregorio Fonseca Antu?a menemui persamaan yang rapat antara petikan-petikan di dalam Summary dan petikan-petikan daripada The Imitation of Christ, sebuah buku kesalihan kurun ke-15 tulisan Thomas à Kempis.[20] Petikan-petikan itu sering digunapakai untuk menggantikan konteks dan ciri-ciri Kristian tertentu dengan yang bercirikan Islam, sementara menjaga baik makna rohani dan moralnya.[9] These similarities occur frequently throughout the book, including in long passages. Persamaan-persamaan ini kerap ditemui pada keseluruhan buku itu, termasuk dalam petikan yang panjang-panjang.[15][20] Menurut sejarawan L. P. Harvey, pengaruh Kempis "wujud menjangkaui keraguan",[20] dan tidak mungkin satu kebetulan.[24] Pemuda itu tidak menyebutkan Kempis sebagai sumber petikan-petikan itu, dan sering kali mengelirukan dengan menyandarkan petikan-petikan itu pada ulama Islam seperti al-Ghazali dan Ibn Arabi.[9] Adaptasi kesusasteraan kesalihan Kristian dalam karya Islam beliau mungkin akibat daripada kerahan menghadiri ceramah pendakyah Kristian yang dikenakan terhadap beliau, dan kekurangan capaian kepada kesusateraan Islam yang sebenar.[9] Berbeza dengan Summary, karya-karya Pemuda yang lain mempamerkan keaslian yang banyak.[25]

Identiti yang mungkin[sunting | sunting sumber]

Sejarawan L. P. Harvey mencadangkan bahawa Pemuda dari Arévalo mungkin orang yang sama dengan Agustín de Ribera, seorang Morisco dari Arévalo yang mendakwa dirinya seorang nabi dan digelar el mozo (budak lelaki), meskipun dia mengakui bahawa teori itu mempunyai banyak kesukaran yang tidak dirungkaikannya.[5] Agustín de Ribera ditahan Inkuisisi Sepanyol pada tahun 1540 dan catatan daripada soal siasatnya terselamat.[26]

Warisan[sunting | sunting sumber]

Karya-karya Pemuda itu dikenali di serata komuniti Morisco, dan beliau mencapai kemasyhuran sebagai seorang alim.[27] Karya-karya beliau disalin sehingga penghujung kurun ke-16 dan disebutkan penulis-penulis Morisco sehingga ke permulaan kurun ke-17, sejurus sebelum pengusiran Morisco.[27]

Beliau merupakan penulis Muslim paling producktif yang diketahui di Sepanyol semasa zaman selepas paksaan memeluk agama Kristian yang dikenakan ke atas Muslim di sana,[3] hari ini para sejarawan sering memilih beliau untuk tumpuan dalam kajian-kajian berkenaan kesusasteraan Morisco dalam zaman ini.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan pinggir[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Thomas & Chesworth 2014, m/s. 159.
  2. ^ a b Narv¨¢ez C¨®rdova 2006, m/s. 491.
  3. ^ a b Harvey 2005, m/s. 170.
  4. ^ a b c d e f g h i Harvey 2005, m/s. 172.
  5. ^ a b c Harvey 2005, m/s. 171.
  6. ^ Harvey 2005, m/s. 180.
  7. ^ a b Wiegers 1994, m/s. 162.
  8. ^ Narv¨¢ez C¨®rdova 2006, m/s. 487.
  9. ^ a b c d Harvey 2005, m/s. 176.
  10. ^ Harvey 2005, m/s. 181.
  11. ^ a b c Harvey 2005, m/s. 173.
  12. ^ Harvey 2005, m/s. 182.
  13. ^ Thomas & Chesworth 2014, m/s. 162.
  14. ^ Thomas & Chesworth 2014, m/s. 165.
  15. ^ a b Thomas & Chesworth 2014, m/s. 167.
  16. ^ Brian A. Catlos (20 March 2014). Muslims of Medieval Latin Christendom, c.1050¨C1614. Cambridge University Press. m/s. 281. ISBN 978-1-139-91575-5.
  17. ^ Harvey 2005, m/s. 179.
  18. ^ Wiegers 1994, m/s. 161.
  19. ^ Harvey 2005, m/s. 121.
  20. ^ a b c d Harvey 2005, m/s. 174.
  21. ^ Wiegers 1994, m/s. 173.
  22. ^ Harvey 2005, m/s. 193.
  23. ^ Narv¨¢ez C¨®rdova 2006, m/s. 490.
  24. ^ Harvey 2005, m/s. 175.
  25. ^ Thomas & Chesworth 2014, m/s. 168.
  26. ^ Harvey 2005, m/s. 111¨C112.
  27. ^ a b Thomas & Chesworth 2014, m/s. 160.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]