Pergi ke kandungan

Pemuja Kudus Amun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
dwꜣt nṯr n ỉmn
Duatnetjer-en-Amun
dalam hieroglif
R8dwA
t
N35M17Y5
N35
dw3.t nṯr – Duatnetjer
Pemuja Kudus (kependekan)
dalam hieroglif
nTrdwA
t

Pemuja Kudus Amun (bahasa Mesir: dwꜣt nṯr n jmn) ialah gelaran kedua – selepas Isteri Dewa Amun – yang dicipta untuk pendeta wanita tertinggi kepada Amun, dewa Mesir purba. Dalam alaf pertama SM, zaman jawatan ini berpengaruh besar, mereka adalah penting. Apabila anak perempuan kepada bakal firaun dilantik untuk jawatan ini, ia akan membantu melancarkan pemindahan kuasa daripada firaun sebelumnya kepada yang berikutnya. Pemuja Kudus memegang kuasa yang besar ke atas tugas-tugas dan hal ehwal kuil, mengawal sebahagian besar ekonomi Mesir purba.

Pemuja Kudus Amenirdis I di Medinet Habu

Isteri Dewa Amun, gelaran untuk jawatan pendeta besar yang serupa, berasal daripada gelaran yang dipegang oleh seorang anak perempuan Pendeta Besar Amun semasa pemerintahan Hatshepsut dan diteruskan sebagai jawatan penting sewaktu ibu kota Mesir masih di Thebes.

Kemudian, gelaran tambahan Pemuja Kudus Amun mengiringi kemunculan semula gelaran Isteri Dewa Amun, yang telah tidak digunakan lagi. Gelaran Isteri Dewa telah diberikan nafas baharu semasa Dinasti Kedua Puluh, apabila anak perempuan Ramesses VI Iset memegang jawatan itu, serta jawatan Pemuja Kudus.[1] Baginda memerintah dari 1145 hingga 1137 SM. Anak baginda tidak pernah berkahwin dan nampaknya telah menjadi Pemuja Kudus bujang yang pertama, kerana baginda menetapkan bersama tradisi baru itu bahawa dia akan mengambil anak perempuan firaun yang seterusnya sebagai pengganti pada akhir pemerintahan baginda untuk memudahkan peralihan kepada firaun seterusnya.[2] Secara umumnya, tradisi itu diikuti dan jawatan itu diisi oleh anak perempuan raja baru, yang telah dijadikan sebagai anak angkat penyandang Pemuja Kudus.

Pada hujung Tempoh Perantaraan Ketiga, jawatan baru itu mencapai pengaruh politik yang besar. Shepenupet I, puteri kepada Osorkon III, menjadi orang pertama dilantik, di Thebes. Kemudian, raja Nubia Kashta melantik puterinya, Amenirdis, sebagai penggantinya. Kepentingan jawatan ini ditunjukkan oleh makam Amenirdis di Medinet Habu.

Pada penghujung Tempoh Perantaraan Ketiga, raja-raja Kerajaan Kush dari Napata memerintah sebagai Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir, menyebarkan kerajaan mereka ke Mesir Hulu. Isteri Dewa Amun ketika itu, Shepenupet I, dipujuk untuk mengambil Amenirdis, anak perempuan Firaun Kashta dari Kush, sebagai anak angkat dan pewarisnya. Ini akan menjadi ikutan dalam Dinasti ke-25 sehinggalah Mesir ditakluki Psamtik I, raja Saite, yang mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Enam. Psamtik I berjaya menjadikan anak perempuannya, Nitocris I, anak angkat Amenirdis II. Batu Bersurat Pengangkatan Nitocris menggambarkan upacara yang berlaku semasa acara ini dan kepentingan peranan itu.

Beta telah memberikan kepada dia anak perempuan beta sebagai isteri seorang dewa dan telah menganugerahkan dia (anak beta) lebih daripada sesiapa yang sebelum dia (anak beta, pernah dapat). Pasti dewa akan berpuas hati dengan pemujaan dia dan melindungi negeri yang memberikan dia kepadanya.[3]

Pada masa ini, seluruh dinasti berpangkalan di Delta Nil, dan pejabat jawatan Pemuja Kudus dicipta untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan Thebes, pusat pemujaan dewa Amun. Beberapa wanita yang memegang jawatan ini telah dibinakan keramat di sebelah barat sungai, kebanyakannya di sebelah kuil makam Ramesses III di Medinet Habu.

Upacara mengambil anak angkat oleh pemegang jawatan Pemuja Kudus adalah cara bagi raja-raja di wilayah Delta Mesir untuk menunjukkan kuasa mereka di bahagian selatan negara itu.

Kerana kuasa dan prestij pejabat, upacara pengangkatan oleh penyandang jawatan sekarang digunakan sebagai cara untuk raja-raja kawasan Delta menonjolkan kuasa mereka ke selatan Mesir. Dengan cara yang sama, ia digunakan oleh raja-raja Napata untuk menonjolkan kuasa mereka ke Mesir utara. Namun, kuasa Pemuja Kudus Amun terbatas kepada kawasan sekitar Thebes di Mesir Hulu, pusat pemujaan Amun.

Pemuja Kudus Amun
Nama Komen Tarikh
Shepenupet I Anak perempuan Osorkon III 754 – 714 SM
Amenirdis I Anak perempuan Kashta, kakak kepada Piye 740 – 720 SM
Shepenupet II Anak perempuan Piye, kakak kepada Taharqa 710 – 650 SM
Amenirdis II Anak perempuan Taharqa 670 – 640 SM
Nitocris I Anak perempuan Psamtik I 656 – 586 SM
Ankhnesneferibre Anak perempuan Psamtik II, anak saudara perempuan Nitocris I 595 – c.560 SM
Nitocris II Anak perempuan Amasis II ; jawatan telah dimansuhkan pada 525 kerana penaklukan Parsi s. 560 – 525 SM
  1. ^ Ian Shaw, The Oxford History of Ancient Egypt, Oxford University Press 2003, ISBN 0-19-280458-8 m/s 474
  2. ^ Toby Wilkinson, The Thames and Hudson Dictionary of Ancient Egypt, Thames & Hudson, 2005, m/s 93
  3. ^ J. H. Breasted, Ancient Records of Egypt, Bahagian Empat, Chicago 1906, §§ 935-958
  • Strudwick, N & H. Thebes Di Mesir, 1999, British Museum Press, London
  • Watterson, Barbara, Women In Ancient Egypt, 1994, Sutton Publishing, Stroud
  • Robins, Gay. Women In Ancient Egypt, 1993, British Museum Press, London
  • Kuhrt, Amelie. Timur Tengah Purba – Jil. II, 1995, Routledge, London