Pemutar skru
Penampilan
Pemutar skru ialah peralatan tangan yang berfungsi untuk memutarkan skru ke dalam sesuatu bahan dengan tujuan untuk mencantumkan dua atau lebih bahan bersama.
Jenis bilah
[sunting | sunting sumber]Bilah-bilah yang didapati pada pemutar skru bergantung kepada alur skru yang ingin dipasangkan kepada permukaan:
- Pemutar skru rata akan muat pada kepala skru yang beralur rata. Kepala jenis ini kurang sesuai digunakan pemutar skru berkuasa tinggi kerana kecenderungannya mudah tergelincir.
- Pemutar skru Philips dan Frearson akan muat pada kepala skru yang beralur silang.
- Pemutar skru Robertson muat pada kepala skru yang beralur segi empat. Pemutar ini juga boleh digunakan dengan sebelah tangan sahaja kerana ia mampu kekal pada tempatnya di alur walaupun dikenakan pergerakan yang sedikitpun.[1]
- Pemutar skru hex (juga dikenali sebagai "kunci Allen") muat pada kepala skru beralur segi enam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rybczynski 2000, halaman 85–86