Pen cahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Photo of the Hypertext Editing System (HES) console in use at Brown University, circa October 1969. The photo shows HES on an IBM 2250 Mod 4 display station, including lightpen and programmed function keyboard, channel coupled to Brown's IBM 360 mainframe.

Pen cahaya ialah peranti input komputer dalam bentuk tetongkat yang peka terhadap cahaya. Ia membenarkan pengguna mengacu kepada objek paparan atau menulis pada skrin televisyen atau pengawas komputer dalam cara yang sama dengan skrin sentuh tetapi lebih jitu. Pen cahaya hanya boleh berfungi dengan paparan berasaskan tiub sinaran katod (CRT) dan tidak boleh berfungsi dengan paparan yang berasaskan paparan hablur cecair (LCD). Pen cahaya yang pertama digunakan pada sekitar 1957 untuk komputer Lincoln TX-0 di MIT Lincoln Laboratory.

Pen cahaya adalah agak mudah dilaksanakan. Ia berfungsi dengan mengesan setiap perubahan mengejut yang kecil dari segi keamatan cahaya titik skrin apabila senapang elektron mengemas kini titik itu. Dengan membanding setakat mana pengimbasan telah siap pada sesuatu masa, kedudukan X,Y untuk pen dapat ditentukan. Ini biasanya dicapai dengan pen cahaya mencetuskan sampukan dan dengan itu, kedudukan imbas boleh dibaca daripada daftar khusus, atau dihitung dengan pembilang atau pemasa. Kedudukan pen dikemaskinikan pada setiap penyegaran skrin.

Pen cahaya menjadi agak popular pada awal dekad 1980-an dan terkenal bagi penggunaannya dalam pensintesis Fairlight CMI, dan mikrokomputer BBC Micro. Akibat pengguna perlu mengekalkan kedudukan tangannya di hadapan skrin untuk masa yang panjang, pen cahaya kemudian hilang kepopularannya sebagai salah satu peranti input serba guna.

Pen cahaya pertama digunakan sekitar 1957 bagi komputer Lincoln TX-0 di makmal Lincoln MIT. Peserta dalam rancangan permainan Jeopardy! menggunakn pen cahaya bagi menulis pertaruhan mereka dan balasan bagi pusingan Akhir Jeopardy!.

Oleh kerana pen cahaya beroperasi melalui pengesanan cahaya yang dihasilkan oleh fosforus pada skrin, aras keamatan bukan sifar diperlukan bagi menentukan kedudukan yang dipilih.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]