Perapian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pendiangan)
Jump to navigation Jump to search
Pendiang pembakaran kayu

Perapian [pĕr-a-pi-an] atau pendiangan (Bahasa Inggeris: fireplace)[1][2] ialah sebuah struktur seni bina yang direka khusus membendung api pembakaran untuk tujuan pemanasan (baik suhu dalaman untuk seluruh isi rumah atau memanaskan air untuk tujuan pembersihan) atau memasak. Api dihasilkan dalam sebuah kotak api atau lubang bakar; lubang tersebut dihubungkan kepada suatu cerobong atau serombong yang menghalakan keluar gas dan ekzos zarahan yang terhasil.

Ia suatu ciri rumah utama dalam binaan yang wujud di kawasan bermusim sejuk, dengan nyala dan bunyi gemeretak boleh menenangkan hati, walaupun bila ia tidak diperlukan untuk. Mantel pendiang merupakan antara fokus untuk hiasan bahagian dalam rumah.

Jenis dan binaan[sunting | sunting sumber]

Rajah dalaman sebuah pendiangan:
A. Udara sejuk masuk.
B. Udara dipanaskan api dan dibebaskan sebagai haba.
C. Asap dilepaskan melalui suatu saluran seperti cerobong.

Setiap perapian pada asasnya terdiri daripada dua bahagian utama iaitu serombong yang menyimpan bahan api serta menahan pembakaran daripada persekitaran luar.

Serombong[sunting | sunting sumber]

Serombong (flue) bertujuan menadah dan menyimpan bahan api yang dibakar serta menumpukan haba hasil pembakaran tersebut ke serata isi rumah tanpa kemarakan api yang boleh membahayakan penghuni. Ia lazimnya diperbuat daripada batu keras yang ditukang, konkrit diperkukuhkan dengan batang keluli, mahupun paip besi.

  • Manufactured fireplaces are made with sheet metal or glass fire boxes.
  • Electric fireplaces can be built-in replacements for wood or gas or retrofit with log inserts or electric fireboxes.
  • A few types are, wall mounted electric fireplaces, electric fireplace stoves, electric mantel fireplaces and fixed or free standing electric fireplaces.

Cerobong[sunting | sunting sumber]

Bahan api yang digunakan[sunting | sunting sumber]

Binaan pendiangan yang pelbagai akan menggunakan bahan api yang bersesuaian agar pembakaran di dalamnya cekap serta tidak menjejaskan keutuhan pendiangan. Pendiangan yang diperbuat daripada batu boleh membakar kayu, gas asli, biojisim dan propana. Pendiangan yang mempunyai binaan tertutup pula lebih cocok menggunakan bahan api berasaskan gel. propana cecair mahupun gas asli.

Aksesori[sunting | sunting sumber]

Pendiang boleh memiliki: asas, perdiangan, kotak api, mantel pendiang, pintu buang abu, kren serombong, pintu pembersihan, besi pengadang atau jeruji, ambang, palang atau balok ambang, atasmantel, dedada serombong, peredam, kebuk asap, leher, serombong, peparit serombong, mercu, tutup, litupan, atau penyekat percikan.

Alatan khusus untuk mengalihkan serta membersihkan perapian turut diperlukan seperti penyodok untuk mengeluarkan habuk pembakaran, belos untuk meniupkan udara beroksigen kuat ke dalam perapian untuk memarakkan api lagi serta penyepit untuk mengalihkan bahan yang sedang dibakar.

Aspek keselamatan[sunting | sunting sumber]

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) dan Jabatan Ekologi Washington seringkali memperingatkan bahawa perapian banyak dikaji dapat menimbulkan risiko kesihatan yang serius.[3][4] Binaan sebegini terutamanya boleh membahayakan orang tertentu seperti anak-anak, warga tua, wanita hamil serta individu yang mempunyai masalah pernafasan akibat pendedahan kepada asap yang terkeluar.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""fireplace" - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 5 September 2019. 
  2. ^ "'perapian' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 5 September 2019. 
  3. ^ "Health Effects - Burn Wise - US EPA". epa.gov. 
  4. ^ a b "Health Effects of Wood Smoke" (PDF). Washington's Department of Ecology. 1997. Dicapai 3 Februari 2012.