Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press merupakan sebuah syarikat penerbitan buku di Malaysia


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penerbit UTM telah ditubuhkan pada 23 September 1986 hasil daripada Bengkel Sehari Mengenai Masalah dan Cara Peningkatan Penulisan Ilmiah dan Penterjemahan Profesional yang telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia pada 2 Disember 1985. Pada peringkat permulaan penubuhannya, Penerbit UTM dikenali sebagai Unit Penerbitan Akademik dan ia diletakkan di bawah pentadbiran Urusetia Akademik. Seterusnya, pada bulan April 1988, ia diletakkan di bawah Urusetia Pembangunan. Namun, pada 1 Oktober 1990 Unit Penerbitan Akademik diletakkan terus di bawah Canseleri. Unit Penerbitan Akademik mulai dikenali dengan Penerbit UTM pada tahun 1994. Penerbit UTM merupakan sebuah jabatan penerbitan ilmiah yang ditadbirkan di bawah bidang kuasa Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Pada masa ini, Penerbit UTM diterajui oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh beberapa staf profesional dan sokongan. Penerbit UTM bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Penerbitan Akademik UTM yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Penerbit UTM juga ditunjangi oleh dua buah Panel iaitu Panel Buku dan Panel Jurnal. Tugas utama Jawatankuasa Penerbitan Akademik UTM ialah menggubal dasar-dasar penerbitan keseluruhannya, manakala Panel Buku bertanggungjawab membangun dan memajukan perolehan manuskrip, memperakukan penerimaan sesebuah judul dan meluluskan pembayaran saguhati dan royalti. Panel Jurnal Teknologi pula bertanggungjawab memutuskan sama ada sesebuah manuskrip itu mempunyai mutu isi dan bersifat ilmiah yang sesuai untuk diterbitkan sebelum dikemukakan cadangan penerbitan kepada Jawatankuasa Penerbitan Akademik bagi tujuan mendapatkan kelulusan.


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.