Pengatup (fotografi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengatup (tengah)

Dalam bidang fotografi, pengatup ialah sebuah peranti yang membenarkan cahaya masuk dalam tempoh yang ditentukan. Pengatup mendedahkan filem fotografi atau sensor imej digital yang sentitif terhadap cahaya (fotosentitif) kepada cahaya sekitar untuk merakamkan suatu imej kekal bagi sesuatu permandangan. Pengatup berfungsi dengan membuka dan menutup untuk membenarkan cahaya masuk daripada sensor imej daripada suatu permandangan yang pegun.[1] Isitlah pengatup dikenali sebagai shutter dalam bahasa Inggeris.[2]

Pengatup juga boleh digunakan untuk membenarkan denyutan cahaya untuk keluar seperti yang terpapar oleh projektor filem ataupun lampu isyarat. Kelajuan pengatup yang berubah-ubah digunakan untuk mengawal masa pendedahan filem. Pengatup direka cipta ditutup secara automatik selepas selang beberapa saat atau masa tertentu yang diperlukan untuk merakam gambar. Kelajuan pengatup itu sendiri dikawal sama ada secara automastik oleh kameras berdasarkan teteapan keseluruhan kamera, secara manual melalui tetapan digital atau secara manual melalui cincin di luar kamera dengan pelbagai senggatan masa yang telah ditandai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steve Rutherford (22 Disember 2020). Beginners Guide to Digital Photography Part 2 (dalam bahasa Inggeris). Steve Rutherford Enterprises. m/s. 194. ISBN 9780648372332. Dicapai pada 30 Januari 2024.
  2. ^ "shutter – Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023.