Pengaturcaraan neurolinguistik di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengaturcaraan neurolinguistik bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas dalam Pengaturcaraan neurolinguistik.

Pada asalnya, mereka mengkaji beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls, seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang juga telah mengasaskan teknik terapi yang meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga yang telah banyak menyelesaikan krisis rumahtangga yang dikendalikannya.

Bandler dan Grinder tidaklah berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya kagum dengan kejayaan proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut.  Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti merokok selepas beberapa sessi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi seorang suami yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi tekanan perasaan melampau, dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria positif.

Mereka berusaha mengenalpasti corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan membandingkan antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan.  Walaupun setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh berbeza, namun merka semua mempunyai corak asas yang sama! 

Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.

Istilah "Nuero-linguistic Programming" diperkenalkan oleh Alfred Habdank Skarbek Korzybski. NLP adalah integrasi beberapa cabang disiplin seperti neurologi psikologi, linguistik, "cybematics" dan teori sistem. Komponen pada istilah Neuro-linguistic Programming memerikan dengan baik apa yang merangkumi mengenai sains yang kurang dikenali ini. NEURO adalah kerana apa yang kita alami samada sedar atau tidak sedar adalah berpunca daripada dan melalui deria-deria dan pusat sistem saraf. LINGUISTIC pula kerana proses mental kita adalah dikodkan, diatur, diberi makna dan ditransformasikan melalui bahasa. PROGRAMMING kerana manusia berinteraksi sebagai satu sistem dengan pengalaman dan komunikasi yang terdiri dari urutan-urutan corak susunan atau atau program.

Sehingga kini, terdapat ramai tokoh-tokoh pembangunan insan dan perunding motivasi yang menggunapakai teknik NLP, samada secara langsung, ataupun secara langsung. Antaranya ialah Anthony Robbin, yang mengubahsuai NLP kepada tekniknya sendiri iaitu Neuro Association Conditioning (NAC).  Anthony Robbin telah dianggap sebagai perunding motivasi nasional di Amerika Syarikat, dan telah melatih ramai tokoh ternama seperti Bill Clinton, Andre Agassi, dan ramai lagi. Bukunya Awaken the Giant Within dan Unlimited Power telah menjadi buku paling laris di seluruh dunia.

Singapura, munculnya tokoh perunding motivasi yang menggunakan kaedah NLP seperti Ernest wong, Adam Khoo dan Stuart Tan. Buku “Master Your Mind, Design Your Destiny” telah menjadi buku paling laris di Singapura. Buku tersebut juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, dan saya juga diberi penghormatan untuk memberikan testimoni tentang buku tersebut.

Begitu juga dengan Micheal J Losier, yang juga seorang juru praktik NLP bertauliah, yang telah membawa satu teknik yang sungguh popular iaitu Hukum Tarikan (Law of Attraction). Law of Attraction (LOA) sedang menjadi satu teknik kejayaan yang diterima ramai, dan telah banyak buku-buku ditulis berkait tentang hukum ini. Salah satu buku yang terkenal ialah “The Secrets”.

Dr Tengku Asmadi, yang merupakan tokoh perunding motivasi nasional juga pernah menyebut kepada saya bahawa beliau pernah menghadiri satu sesi latihan menggunakan NLP untuk para perunding latihan, yang banyak mempengaruhi beliau dalam merangka modul dan mengendalikan sesi motivasi. Program Motivasi Alihan Pelajar yang direkabentuk oleh beliau boleh dianggap sebagai program pelajar yang paling berjaya di negara ini dan mendapat ribuan testimoni yang memberangsangkan.

Penceramah terkenal, Azizan Osman juga mengaplikasikan teknik-teknik NLP dengan meluas dalam program dan coaching kendalian beliau. Ini dapat dilihat daripada pola bahasa, kaedah penyampaian, dan metodologi pengendalian seminar yang dianjurkan oleh beliau sehingga mendapat sambutan yang hebat daripada pesertanya.

Di Malaysia, terdapat beberapa jurubimbing yang menganjurkan seminar pentauliahan NLP. NLP Malaysia Centre adalah bertitik tolak daripada portal yang diwujudkan oleh Hj Fadzli Yusof pada tahun 2007 (www.nlpmalaysia.net Diarkibkan 2017-08-02 di Wayback Machine) yang menyediakan bahan bacaan menarik mengenai NLP dalam bahasa Malaysia. Sejak 2013, beberapa siri pentauliahan NLP antarabangsa mula dianjurkan yang telah mendapat sambutan daripada ramai tokoh-tokoh terkenal negara. NLPMC dikenali dengan reputasi mengendalikan seminar NLP yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi. Selain daripada pengendalian yang segar dan menarik, ia juga mendapat adaptasi sosio budaya dari pengamalan budaya dan agama orang Melayu. Malahan, seminar NLP yang terbesar di Malaysia juga dikendalikan oleh NLPMC iaitu Grand Power Seminar.

Tad James dari Australia pula telah mendalami salah satu kaedah NLP, dan menyusunnya menjadi satu kaedah terapi yang tersendiri, yang dinamakan sebagai Time Line Therapy. Selain itu, muncul lagi beberapa teknik dan kaedah yang berkait rapat dengan NLP, iaitu Neuro Simentic, Accelerated Learning, Emosional Freedom Technics (EFT), dan bermacam lagi.

Sekarang terdapat beberapa pertubuhan NLP di seluruh dunia, dan yang paling aktif di Malaysia ialah NFNLP (National Federation of NLP), ABNLP (American Board of NLP) dan ISNS (International Society of Neuro Semantic). Saya mempelajari NLP secara langsung daripada Dr William Horton, selaku Presiden NFNLP sejak 2006 sehingga sempurna ditauliahkan sebagai trainer NLP bertauliah.

Hari ini terdapat beberapa tokoh dan penyumbang kepada pembangunan NLP di seluruh dunia. Antaranya ialah Dr William Horton, yang merupakan Presiden NFNLP yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, Steve Andreas dan Charles Faulkner yang mengasaskan NLP Comprehensive. Tad James pula menjadi figura dalam pertubuhan ABNLP (American Board of NLP) yang berpusat di California. Terdapat juga pertubuhan yang dikenali sebagai ISNS (International Society of Neuro Semantic) yang dipelopori oleh Micheal Hall. 

Nota dan rujukan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]