Pengecaman aksara optik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Video proses mengimbas dan pengecaman aksara optik masa nyata (OCR) dengan pengimbas mudah alih.

Pengecaman aksara optik[1] atau pembaca aksara optik (Bahasa Inggeris: optical character recognition atau optical character reader, OCR) ialah penukaran elektronik atau mekanikal imej teks yang ditaip, ditulis tangan atau dicetak kepada teks terkod mesin, sama ada dari dokumen terimbas, foto dokumen mahupun pemandangan (contohnya teks pada papan tanda dan papan iklan dalam foto landskap) atau dari teks sari kata tertindih pada suatu imej (contohnya: dari siaran televisyen).[2]

Kaedah ini umum dalam pendigitan teks tercetak agar ia boleh disunting secara elektronik, dicari, disimpan dengan lebih padat, dipapar pada baris, dan digunakan dalam proses mesin seperti pengkomputan kognitif, terjemahan mesin, teks-ke-tutur (tersari), data utama dan perlombongan teks. Ia luas digunakan sebagai bentuk kemasukan data dari rekod data kertas tercetak terutamanya dalam penghantaran maklumat peribadi mahupun kewangan [1] – sama ada dokumen pasport, invois, penyata bank, resit berkomputer, kad perniagaan, surat, cetakan data statik, atau mana-mana pendokumenan yang sesuai. Teknologi ini tercakup penyelidikan dalam bidang-bidang pengecaman corak, kecerdasan buatan dan penglihatan komputer.

Versi awal perlu dilatih dengan imej setiap aksara, dan berfungsi pada satu fon pada satu masa. Sistem lanjutan berupaya menghasilkan darjah tinggi kejituan pengecaman bagi kebanyakan fon yang kini umum, dan dengan sokongan untuk pelbagai input format fail imej digital.[3] Beberapa sistem berupaya menerbit semula output terformat yang hampir dekat dengan halaman asal termasuk imej, lajur, dan komponen bukan teks yang lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Muhammad Mun'im Ahmad Zabidi (1996). Asas Organisasi Sistem Komputer. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. m/s. 110–111. ISBN 983-52-0057-2.
  2. ^ OnDemand, HPE Haven. "OCR Document". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2016.
  3. ^ OnDemand, HPE Haven. "undefined". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]