Pengeluaran penyimpanan dan pemindahan terapung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tatarajah FPSO

Pengeluaran penyimpanan dan pemindahan terapung (Bahasa Inggeris: floating production storage and offloading atau FPSO) adalah merupakan satu kemudahan sistem tangki terapung (biasanya kapal tangki yang telah diubah suai) yang digunakan oleh industri minyak dan gas luar pantai. Ia direka untuk menerima kesemua pengeluaran minyak atau gas yang dikeluarkan oleh medan minyak atau gas yang berhampiran, memprosesnya, dan menyimpannya sehingga minyak atau gas ini boleh dipindahkan kepada kapal tangki atau melalui saluran paip ke terminal minyak mentah yang berdekatan.

Penyimpanan dan pemindahan terapung (Bahasa Inggeris: floating storage and offloading atau FSO) adalah berbeza dengan FPSO di mana FSO tidak memiliki kemudahan pemprosesan. Pemprosesan minyak dan gas biasanya dilakukan di pelantar pemprosesan pusat (Bahasa Inggeris: central processing platform atau CPP).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]