Saluran paip

Saluran paip atau talian paip ialah satu sistem perpaipan yang mengangkut cecair atau gas secara jarak jauh. Data terkini pada tahun 2014 mengemukakan jumlah panjang saluran paip seluruh dunia merentasi 120 buah negara yang kurang daripada 2,175,000 batu (3,500,000 km).[1] Daripada jumlah panjang saluran paip tersebut, 65% ada di Amerika Syarikat, manakala 8% pula di Rusia, serta 3% di Kanada, maka sejumlah 76% daripada semua saluran paip di dunia berada di ketiga-tiga negara ini.[1] Atribut utama kepada pencemaran daripada saluran paip adalah disebabkan oleh kakisan dan kebocoran.[2]
Angka tinjauan rentas negara yang tercatat pada Jurnal Perpaipan dan Gas menunjukkan bahawa 118,623 batu (190,905 km) saluran paip tersebut sedang dirancang atau dalam pembinaan. Daripada jumlah panjang tersebut, sebanyak 88,976 batu (143,193 km) adalah fasa perancangan dan reka bentuk manakala sebanyak 29,647 batu (47,712 km) pula merupakan cerminan saluran paip dalam pelbagai peringkat pembinaan. Cecair dan gas diangkut dalam saluran paip, dan sebarang bahan yang stabil secara kimia boleh dihantar melalui saluran paip.[3]
Saluran paip wujud untuk pengangkutan bahan-bahan seperti petroleum mentah atau bertapis, bahan api (seperti minyak, gas asli dan biofuel), lain-lain jenis cecair (termasuk kumbahan, buburan tinja, air, bir, air panas atau wap air untuk jarak yang lebih pendek), serta sistem pneumatik yang membolehkan penjanaan tekanan sedutan untuk kerja tertentu dan untuk mengangkut objek pepejal.[4] Saluran paip berguna untuk mengangkut air minuman atau pengairan pada jarak yang jauh apabila ia perlu bergerak ke atas bukit, ataupun apabila terusan atau saluran menjadi pilihan yang buruk disebabkan oleh pertimbangan penyejatan, pencemaran atau kesan alam sekitar.
Saluran paip minyak diperbuat daripada tiub keluli atau plastik yang biasanya ditanam dalam tanah. Minyak tersebut digerakkan melalui saluran paip oleh stesen pam di sepanjang saluran paip. Gas asli (dan bahan api bergas yang seakan dengannya) diberi tekanan menjadi cecair yang dikenali sebagai cecair gas asli (NGL).[5] Saluran paip gas asli dibina daripada keluli karbon. Pengangkutan saluran paip hidrogen pula merupakan pengangkutan hidrogen melalui paip. Saluran paip ialah salah satu cara paling selamat untuk mengangkut bahan berbanding melalui jalan raya atau kereta api, makanya apabila dalam peperangan, saluran paip sering menjadi sasaran serangan tentera.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "The World Factbook". Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada August 21, 2016. Dicapai pada September 6, 2016.
- ^ He, Guoxi; Tian, Zhiyuan; Liao, Kexi; Shi, Jun; Wang, Liang (2023-09-01). "Numerical investigation on the migration of leaked pollutants after liquid pressurized pipeline leakage regarding oil and gas parallel pipelines situation". Process Safety and Environmental Protection. 177: 1–16. Bibcode:2023PSEP..177....1H. doi:10.1016/j.psep.2023.06.055. ISSN 0957-5820.
- ^ "Pipeline transport". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2015. Dicapai pada 26 January 2015.
- ^ "Pipeline | Definition, History, Types, Uses, & Facts". Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-06.
- ^ "» The Transportation of Natural Gas NaturalGas.org". Dicapai pada 2019-07-18.
- ^ "HDPE Pipes and Poly Pipe Fittings | Polyethylene Pipe Systems". All Plastic Pipe (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 2021-12-15.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Saluran paip. |
- Pipeline news and industry magazine
- Pipeline Knowledge & Development (2011). "History of Gas and Oil Pipelines" (PDF)., US historical summary
- Pipeline Politics in Asia: The Intersection of Demand, Energy Markets, and Supply Routes, by Mikkal E. Herberg et al. (National Bureau of Asian Research, 2010)
- The Dolphin Project: The Development of a Gulf Gas Initiative, by Justin Dargin, Oxford Institute for Energy Studies Jan 2008 Working Paper NG #22
- UK – Linewatch – a joint awareness initiative between 14 oil and gas pipeline operators
- Submarine Gas Pipe Line Taps Undersea Wealth. November 1951. Article about first undersea gas pipeline constructed in the US and the problems encountered
- "The Marvels Of Underground Oil Railroads". Popular Science. April 1937.
- Construction and delivery of compressor stations for a gas pipeline in the Soviet Union by AEG (company video from the 1970s with subtitles)
- Gas Pipeline Safety: Guidance and More Information Needed before Using Risk-Based Reassessment Intervals: Report to Congressional Committees Government Accountability Office
- [1] Diarkibkan 2021-04-30 di Wayback Machine