Pengembalian alam sekitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengembalian alam sekitar merupakan istilah umum bagi warga gerakan alam sekitar. Pengembalian alam sekitar berkait rapat dengan (atau kadang-kala digunakan saling berganti dengan) pemulihan ekologi atau pemulihan alam sekitar. Di Amerika Syarikat, pemulihan adalah istilah yang digunakan lebih meluas dikalangan pengilangan, polisi umum, dan perkhidmatan awam.

Dalam bukunya edisi 1987 Restoring the Earth: How Americans are Working to Renew our Damaged Environment, pakar sains dan penyunting saintifik dan penulis John J. Berger mentakrifkan pengembalian alam sekitar (atau “pemulihan sumber semulajadi”) sebagai berikut: "… Proses di mana sumber rosak diperbaharui. Secara biologi. Struktur. Fungsi."

Persekitaran semulajadi[sunting | sunting sumber]

Sehubungan dengan persekitaran alam, pepatah lama, menghalang adalah lebih baik daripada membaiki adalah tepat. Sebaliknya, dengan pertumbuhan populasi manusia dalam dunia, dan kesan berkait dengannya, keperluan bagi pemulihan ekologi menjadi semakin jelas. Pepatah di atas hanya menyatakan fakta bahawa pemulihan ekologi tidak semestinya berjaya (dalam tempoh masa yang boleh melegakan orang ramai) dan, apabila boleh dilakukan, sering kali sukar dan memakan masa, usaha dan wang. Pemulihan alam sekitar sering kalai diabaikan, samaada terlepas pandang atau dianggap boleh diabaikan atau mempunyai kepentingan rendah. Bagaimanapun, dalam kebanyakan dunia pengilangan, ia semakin dituntut oleh orang awam, setidak-tidaknya seawal 1970-an jika tidak sebelumnya.

Minat dan aktiviti dalam pengembalian persekitaran telah melahirkan cabang penyelidikan dan teknik baru yang dilaksanakan dalam biologi, [pemulihan ekologi]].

Pengambalian alam sekitar telah dilaksanakan dalam keadaan akuatik (tasik, anak sungai, sungau, tanah paya, dll.) dan persekitaran daratan (padang rumput, hutan, gurun, tanah rata, kawasan berbukit bukau, lereng pergunungan, dll.).


Pendekatan[sunting | sunting sumber]

Pengembalian alam sekitar membabitkan banyak pendekatan dan teknologi berbeza bergantung kepada keperluan semasa. Ia mungkin membabitkan peralatan berat seperti kren, grader, jentolak, atau jengkaut, dan juga proses pembabitan usaha seperti menanam pokok dan tumbuhan lain. Ia mungkin membabitkan proses teknologi tinggi seperti yang digunakan dalam pengawalan persekitaran cermat dalam prosedur penetasan ikan. Hari ini, kawalan komputar sering kalidigunakan dalam proses ini. Pemetaan berasaskan komputer turut menjadi dimensi penting bagi kerja pemulihan, seperti juga pemodelan komputer.

Dalam sesetengah situasi, usaha pemulihan persekitaran ditangani sepenuhnya oleh para profesional yang bekerja dengan pengendali dan juruteknik terlatih. Yang lain, anggota masyarakat tempatan biasa dapat melakukan kebanyakan kerja, mendapat kemahiran semasa projek berjalan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]