Terorisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pengganasan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kejadian ganas secara am, sila lihat Keganasan.

Terorisme ialah manipulasi ketakutan secara sistematik terutamanya sebagai cara paksaan.[1][2] Tiadanya satu takrifan pengganasan yang disetujui sejagat.[3][4] Kebanyakan definisi terorisme yang utama termasuk tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat ideologi (berbanding serangan secara sendirian), dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang awam.

Sesetengah definisi terorisme termasuk tindakan-tindakan mengganas dan berperang yang melamapui batas undang-undang. Sejarah konflik sedemikan menunjukkan bahawa tanpa kira apa pendirian atau betapa melampaunya, pertubuhan-pertubuhan tidak memilih "terorisme" demi keberkesanan politik;[5] oleh itu, terorisme juga boleh dilihat sebagai suatu bentuk peperangan luar biasa atau perang psikologi. Perkataan "keganasan" atau "terorisme" ini banyak berisi erti politik dan emosi,[6] dan sebab inilah begitu susah untuk mencari definisi terorisme yang terperinci. Satu kajian yang dijalankan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1988 mendapati lebih 100 definisi perkataan "terrorism" pernah dipakai.[7] Seorang pengamal terorisme dipanggil pengganas. Konsep pengganasan itu agak konteroversi kerana sering digunakan oleh kerajaan-kerajaan untuk mengharamkan lawan-lawan politiknya, sekaligus menghalalkan keganasan kerajaan sendiri terhadap lawan-lawan tersebut.

Terorisme dijadikan alat untuk mencapai matlamat oleh pelbagai pertubuhan politik; parti politik di kedua-dua haluan kanan dan kiri, serta pertubuhan-pertubuhan nasionalis, keagamaan, revolusioner dan juga pemerintah.[8] Kewujudan penindak bukan negara dalam konflik bersenjata berleluasa juga menimbulkan pertikaian mengenai aplikasi undang-undang peperangan.

Meskipun tindakan terorisme merupakan perbuatan jenayah seperti yang ditetapkan Resolusi 1373 Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan perundangan tempatan hampir semua negara di dunia, namun terorisme memaksudkan fenomena yang merangkumi perbuatan terorisme itu, orang yang melakukan terorisme itu sendiri dan tujuan mereka melakukannya. Oleh itu, wujudnya pertikaian mengenai definisi terorisme.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
  • Köchler, Hans (ed.), Terrorism and National Liberation. Proceedings of the International Conference on the Question of Terrorism. Frankfurt a. M./Bern/New York: Peter Lang, 1988, ISBN 3-8204-1217-4
  • Köchler, Hans. Manila Lectures 2002. Terrorism and the Quest for a Just World Order. Quezon City (Manila): FSJ Book World, 2002, ISBN 0-9710791-2-9
  • Laqueur, Walter. No End to War - Terrorism in the 21st century, New York, 2003, ISBN 0-8264-1435-4
  • Lerner, Brenda Wilmoth & K. Lee Lerner, eds. Terrorism : essential primary sources. Thomson Gale, 2006. ISBN 978-1-4144-0621-3 Library of Congress. Jefferson or Adams Bldg General or Area Studies Reading Rms LC Control Number: 2005024002.
  • Lewis, Jeff, Language Wars: The Role of Media and Culture in Global Terror and Political Violence, Pluto Books, London, 2005.
  • Lieberman, David M. Sorting the revolutionary from the terrorist: The delicate application of the "Political Offense" exception in U.S. extradition case, Stanford Law Review, Volume 59, Issue 1, 2006, pp. 181-211
  • Sunga, Lyal S., US Anti-Terrorism Policy and Asia’s Options, in Johannen, Smith and Gomez, (eds.) September 11 & Political Freedoms: Asian Perspectives (Select) (2002) 242-264.
  • Charles Tilly, Terror, Terrorism, Terrorists in Sociological Theory (2004) 22, 5-13 online
  • Christian Buder, "Die Todesstrafe, Tabu und Terror", VDM-Verlag, Saarbrücken, 2008, ISBN 978-3-8364-5163-5
  • Arno Tausch 'Against Islamophobia. Quantitative analyses of global terrorism, world political cycles and center periphery structures' Hauppauge, N.Y.: Nova Science Publishers (for info: https://www.novapublishers.com/catalog/), 2007

Konvenyen PBB[sunting | sunting sumber]

Laman web pemerhati berita yang khusus kepada rencana pengganasan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 2008 - 2015 Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. "Terrorism". Merriam-Webster's Dictionary. 1795. 
  3. Angus Martyn, The Right of Self-Defence under International Law-the Response to the Terrorist Attacks of 11 September, Australian Law and Bills Digest Group, Parliament of Australia Web Site, 12 February 2002
  4. Thalif Deen. POLITICS: U.N. Member States Struggle to Define Terrorism, Inter Press Service, 25 July 2005
  5. Abrahms, Max (March 2008). "What Terrorists Really Want: Terrorist Motives and Couterterrorism Strategy" (PDF 1933 KB). International Security (Cambridge, MA: MIT Press) 32 (4): 86–89. ISSN 0162-2889. Diperoleh pada 2008-11-04.  Check date values in: |date= (bantuan)
  6. Hoffman, Bruce "Inside Terrorism" Columbia University Press 1998 ISBN 0-231-11468-0. Page 32. See review in The New York TimesInside Terrorism
  7. Dr. Jeffrey Record, Bounding the Global War on Terrorism(PDF)
  8. "Terrorism". Encyclopædia Britannica. p. 3. Diperoleh pada 2006-08-11.