Politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Politik (Jawi: ڤوليتيك) atau siasah (Jawi: سياسة) adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya: keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Pembuatan kuasa ini dikenakan dalam segenap lapisan masyarakat dari sekecil puak dan suku sampailah setinggi negara dan pertubuhan antarabangsa; pelaksanaan ini didatangkan dalam pelbagai cara termasuk menggalakkan perbincangan pandangan dan rundingan sesama anggota serta menulis undang-undang dan melaksanakannya (termasuk berperang menentang pihak musuh dalam tahap paling ekstrem).[1][2][3][4][5]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan "politik" meminjam dari bahasa Belanda iaitu politiek yang diakar dalamnya dari perkataan bahasa Yunani πόλις pólis "negara kota" melalui terbitan πολιτικά politiká "kekotaan"[6], ia pertama kali tercatat dalam Kitab Vortaro dinukilkan Kwik Khing Djoen di Batavia yang mentakrifkan ia sebagai "...daja oepaja berhoebeng dengen oeroesan negri dan pamerentehan...ilmoe mengoeroes negri".[7][8]:131

Perkataan "siasah" pula meminjam dari bahasa Arab terbitan kata dasar سَاسsāsa yang bermaksud "memerintah, mentadbir";[9] ia pertama kali digunakan dalam konteks penyiaran berita berbahasa Melayu yang melaporkan mengenai perkembangan berkaitan hubungan sesama negara yang berperang dalam Perang Dunia Kedua, sepertimana yang dirakam dalam segmen glosari Notes for Students of the Malay Language ditulis James N. McHugh tahun 1948.[10][8]:130-131

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Bernard Crick, seorang ahli teori politik British memahamkan politik sebagai "rupa pemerintahan" di mana "orang bekerjasama melalui prosedur ditetapkan institusi agar dapat menyelesaikan perbezaan, mendamaikan antara kepentingan yang pelbagai serta melaksanakan dasar-dasar awam demi tujuan yang sama."[11] Adrian Leftwich, aktivis dari Afrika Selatan pula mentakrifkan maksud politik "merangkumi kegiatan kerjasama, rundingan dan pertembungan dalam dan sesama masyarakat-masyarakat...mengatur pengunaan, penghasilan atau pengagihan sumber manusia, semulajadi dan lain-lain" sepanjang hidup bermasyarakat.[12]

Sejarah politik[sunting | sunting sumber]

Genesis Biologi Politik[sunting | sunting sumber]

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.

Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.

Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Revolusi bandar[sunting | sunting sumber]

V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

  1. Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy))
  2. Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
  3. Percukaian
  4. Penulisan

Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat - bandar.

Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).

Penulisan Politik[sunting | sunting sumber]

Strategi dan Falsafah[sunting | sunting sumber]

Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.


Selain kerajaan, wartawan, kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin perubahan sebagaimana yang lain.

Sains Politik[sunting | sunting sumber]

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

Sistem politik dan ideologi-ideologi[sunting | sunting sumber]

Anarkisme -- Anarko-kapitalisme -- Anarko-komunisme -- Aristokrasi -- Anti-komunisme -- Autoritarianisme -- Centrisme Radikal -- Definasi Klasik republik -- Demokrasi -- Fasisme -- Federalisme -- Hijau -- Islam -- Kapitalisme -- Komunisme -- Konservatisme -- Korporatokrasi -- Leftisme -- Liberalisme -- Liberalisme Klasik -- Libertarianisme -- Libertarian sosialisme -- Marxisme -- Meritokrasi -- Minarchisme -- Monarki -- Nasionalisme -- Nasional Sosialisme -- Oligarki -- Post-komunisme -- Rasisme --Republikanisme -- Sekularisme -- Sosialisme -- Sosialisme Demokratik --Stalinisme -- Totalitarianisme -- Teokrasi

Entiti politik[sunting | sunting sumber]

Bandar -- City-state -- Konfederasi -- Negara -- Empayar -- Persekutuan -- Kerajaan -- Nation state -- negara polis -- Prefecture -- Principality -- Provinsi -- Republik -- Negeri -- World Government

Falsafah politik[sunting | sunting sumber]

The justification of the state -- Social contract theories -- Raw is moral philosophy -- Consequentialist justifications of the state -- The purpose of government -- Political virtues -- Non-violent resistance--The Kyklos

Ahli teori politik awal[sunting | sunting sumber]

Plato -- Aristotle -- Thucydides -- Cicero -- Saint Augustine -- Thomas Aquinas

Ahli teori politik moden[sunting | sunting sumber]

Nicolo Machiavelli -- John Calvin -- Martin Luther -- Baruch Spinoza -- Jean Bodin -- Thomas Hobbes -- John Locke -- David Hume -- Adam Smith -- Jeremy Bentham -- the Federalist Papers -- Jean-Jacques Rousseau -- Immanuel Kant -- G.W.F. Hegel -- Johann Gottfried von Herder -- Alexis deTocqueville -- John Stuart Mill -- Karl Marx -- Friedrich Engels -- Max Weber -- Lenin

Ahli teori politik kini[sunting | sunting sumber]

David Friedman -- Noam Chomsky -- John Rawls -- Jan Narveson -- David Gauthier -- Amartya Sen -- Jürgen Habermas -- James M. Buchanan -- Bernard Crick -- Michel Foucault -- Jane Jacobs -- Carol Moore -- Antonio Negri -- Robert Nozick -- Hannah Arendt -- Mohandas Gandhi

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Organisasi antarabangsa -- Corporate police state -- Crony capitalism -- Kesatuan Eropah -- Pembahagian kuasa -- Polis -- Propaganda -- Politik di Amerika Syarikat -- Political spectrum -- Parti politik-- Ekonomi politik -- Political parties of the world -- E-democracy -- Keganasan -- Political Compass -- Divide and conquer -- Political sociology -- Political education -- Civic education -- List of years in politics

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammarlund, Bo (1985). Politik utan partier: studier i Sveriges politiska liv 1726–1727. Almqvist & Wiksell International. m/s. 8. ISBN 978-91-22-00780-7. Diarkibkan from yang asal pada 3 Julai 2019. Dicapai pada 25 Februari 2018.
  2. ^ Brady, Linda P. (2017). The Politics of Negotiation: America's Dealings with Allies, Adversaries, and Friends. University of North Carolina Press. m/s. 47. ISBN 978-1-4696-3960-4. Diarkibkan from yang asal pada 2 Julai 2019. Dicapai pada 25 February 2018..
  3. ^ Hawkesworth, Mary; Kogan, Maurice (2013). Encyclopedia of Government and Politics: 2-volume Set. London: Routledge. m/s. 299. ISBN 978-1-136-91332-7. Diarkibkan from yang asal pada 2 Julai 2019. Dicapai pada 25 Februari 2018..
  4. ^ Taylor, Steven L. (2012). 30-Second Politics: The 50 most thought-provoking ideas in politics, each explained in half a minute. Icon Books Limited. m/s. 130. ISBN 978-1-84831-427-6. Diarkibkan from yang asal pada 6 Julai 2019. Dicapai pada 25 February 2018.
  5. ^ Blanton, Shannon L.; Kegley, Charles W. (2016). World Politics: Trend and Transformation, 2016–2017. Cengage Learning. m/s. 199. ISBN 978-1-305-50487-5. Diarkibkan from yang asal pada 2 July 2019. Dicapai pada 26 February 2018.
  6. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "politiek". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  7. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "politiek" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 254.
  8. ^ a b Leow, Rachel (2016). Taming Babel: Language in the Making of Malaysia. Cambridge University Press. ISBN 9781316563007.
  9. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 191. ISBN 967-65-7321-3.
  10. ^ McHugh, James N. (1948). Notes for Students of the Malay Language. Kuala Lumpur: Government Press.
  11. ^ Crick, Bernard (1972). In defence of politics. University of Chicago Press. ISBN 0-226-12064-3. OCLC 575753. ...politics is a distinctive form of rule whereby people act together through institutionalized procedures to resolve differences, to conciliate diverse interests and values and to make public policies in the pursuit of common purposes.
  12. ^ Leftwich, Adrian (2004). What is politics? : the activity and its study. Polity. ISBN 0-7456-3055-3. OCLC 1044115261. Politics comprises all the activities of co-operation, negotiation and conflict within and between societies, whereby people go about organizing the use, production or distribution of human, natural and other resources in the course of the production and reproduction of their biological and social life.

Hesoid, Loeb Classical Library, pg 581

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • For politics of a particular country, visit List of politics by country articles
  • apolitical

Pautan luar[sunting | sunting sumber]