Pengguna:Ahamad Tarmizi Azizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan, DSP / KS adalah seorang Pensyarah Kanan dan Dekan di Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Malaysia. Beliau dilahirkan di Felda Bersia, Gerik, Perak, Malaysia pada 4 November, 1969. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada tahun 1990 – 1994 dengan pangkat konstabel. Sewaktu bertugas dalam PDRM, beliau pernah mewakili PDRM dan Negara Malaysia dalam sukan Perahu Panjang dan Dragon Boat Race hingga ke peringkat antarabangsa. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Seri Kota (MPSK) Kuala Lumpur pada tahun 1994 – 1996 dalam bidang Pengajian Melayu / Seni dan mulai bertugas sebagai seorang guru sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sementa, Klang, Selangor sehingga tahun 2000. Oleh kerana beliau sangat cintakan bidang pendidikan seni, beliau melanjutkan lagi pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di uiversiti Pendidikan No. 1 di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tg. Malim, Perak, Malaysia dalam bidang Pendidikan Seni Visual dan Geografi. Beliau merupakan seorang ahli akademik aktif dan sering dijemput sebagai penceramah jemputan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang teknologi kreatif, warisan seni budaya, keusahawanan kreatif, seni visual, animasi dan seni digital. Kepimimpinan dan kepakaran beliau dalam pendidikan tinggi telah diiktiraf di mana, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Presiden Persatuan Pendidik Animasi Malaysia (PPAM), Exco Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia (MACE) dan Ahli Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS). Di bawah kepimpinan beliau, FTKW terus mengambil langkah dan menjadi rujukan dan penanda aras dari Universiti Awam, Politeknik, Kolej Pengajian Tinggi dan Universiti Swasta sama ada di peringkat nasional dan di peringkat antarabangsa.