Pengguna:Allweefakiih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan Mohd Allwee Wan Ismail[sunting | sunting sumber]

Wan Mohd Allwee Dilahirkan dan dibesrkan di Kota Bharu Kelantan. Beliau dikenali dengan panggilan Allwee Fakiih di alam maya sejak tahun 2013 . Pada 5 Julai 2020, Beliau menukar nama alam mayanya kepada Wan Alwy, The Talent Wizard.

Beliau adalah seorang trainer dan konsultan pembangunan modal insan bertauliah (kini dikenali dengan nama pembangunan bakat/Talent) .

Diiktiraf sebagai seorang trainer bertauliah oleh HRDF/HRD Corporation (Badan Latihan Sumber Manusia). Beliau memiliki pentaulihan sebagai Certified Hrdf Trainer, Certified Industrial Coach oleh Jabatan Kemahiran Malaysia. Juga di iktiraf dgn pensijilan sebagai Vocational Trainer (VTO, vocational training officer) dan VTE, Vocational Training Executive (Level Diploma Dalam Pengurusan Pusat latihan) oleh Jabatan kemahiran Malaysia.

Beliau membuat pengkhususan dalam bidang Pengurusan Diri, Pengurusan Organisasi, Pembangunan Keusahawanan Bisness Kecil dan Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan. Menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Falahiah Pasir Pekan sebelum ke Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah), Klang, Selangor.

Seterusnya mengambil pengajian ekonomi dan pengurusan perniagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau membina pengalaman kerja di MIDF(1 tahun), Mc Donald (1 tahun), Yayasan Aminuddin Baki (5Tahun - sebagai Pengurus dan Koordinator Pendidikan), Akademi Aidit Sdn Bhd (7 Tahun sebagai Konsultann HRM dan Pemikiran) dan kini bersama Fakiih Solutions And Training Sdn Bhd sejak Tahun 2013.

Beliau berpengalaman dalam dunia pengurusan diri, organisasi dan pengurusan keusahawanan - bisnes kecil terutama dalam bidang latihan sumber manusia dan bidang pendidikan awal kanak kanak.

Antara modul yang dikongsi oleh beliau ialah 1. Pengurusan Minda 3Ki – Minda kreatif, kontruktif dan kritikal. 2. Kehebatan MindMapping untuk Pelajar dan Untuk WargaKerja. 3. Pengurusan Stress, Krisis, Konflik. 4. Strategi SKRU Emosi. 5. Strategi Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah. 6. Strategi Personaliti Unggul / Serlahkan 10 Bakat Diri. 7. Strategi Peperangan Rasulullah dalam Memperkasakan Organisasi. 8. Kursus Kursus berkaitan pembangunan Bisnes Kecil terutama bisnes pendidikan awal kanak-kanak.


Beliau telah mengajar ribuan peserta di Sektor Awam dan Swasta seperti di Bank Rakyat, Hicom Teck See, Puspakom, Penjawat Awam Selangor, PBT PBT Selangor di Pusat Latihan PBT dan Pusat Latihan Awam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kakitangan DBKL, Pusat Latihan Ilmu Islam Malaysia (ILIM), Pusat Latihan Sabah (Insan Sabah) sejak tahun 2007.

Beliau juga pernah terlibat dalam Team Khas yang mengajar ilmu strategi dan pengurusan organisasi berpandukan Sirah Peperangan Rasulullah dari Tahun 2014 hingga 2017 yang melibatkan peserta seramai hampir 130 ribu orang. Program intensif dan bersiri ini memakan masa 3 tahun.

Beliau suka berkongsi ilmu secara percuma di Channel fb reel, IG reel, Youtube dan Tiktok di atas nama Wan Alwy The Talent Wizard atau Wan Alwy TTW.

ilmu, kemahiran yang pengalaman beliau tidak harus disia-siakan.


Rujukan:

1. Laman blog : www.mindaperkasa.blogspot.my 2. Laman blog : www.fakiihsolutions.blogspot.my 3. Channel Online - facebook, IG, YouTube di atas nama "Wan Alwy, The Talent Wizard" 4. Channel Tiktok " Wan Alwy TTW"