Pengguna:AnisAsmaAmielia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kemarau ialah suatu keadaan di mana kandungan air di dalam tanah adalah sangat kurang menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang. Cuaca di sekeliling sangat kering dan berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Kadar kelembapan udara juga adalah rendah. Semasa kemarau, hujan turun dengan sedikit atau tiada langsung hujan yang turun.

Kemarau Afrika 2011 paling teruk pernah berlaku[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, masyarakat di Afrika Timur menghadapi masalah kemarau yang paling teruk sejak 60 tahun yang lalu. Kemarau kali ini menjejeaskan hampir 12 juta orang penduduk di kawasan terbabit dengan jumlah kematian yang tinggi akibat kebuluran. Keadaan ini menyebabkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi buat pertama kalinya mengisytiharkan kebuluran di Afrika Timur dalam tempoh 30 tahun.

Kemarau Afrika 2011 berlaku ekoran hujan tidak turun di Kenya, Ethopia, dan Somalia hujan dilaporkan tidak turun sejak tahun 2009. Ketiadaan hujan menyebabkan aktiviti ekonomi masyarakat Afrika Timur seperti aktiviti pertanian dan penternakkan tergendala. Keadaan ini menyebabkan mereka terputus sumber makanan dan minuman yang mana seterusnya membawa kepada kebuluran. Krisis makanan ini dihadapi oleh negara-negara seperti Somalia, Kenya, Habsyah, Djibouti dan Sudan. Somalia adalah negara yang paling teruk terjejas akibat krisis makanan ini. Seramai 12 juta penduduk di Timur Afrika menghadapi krisis makanan dengan 2 juta daripadanya ialah penduduk Somalia.

Keadaan di Somalia yang bertambah buruk dengan krisis politik dan bantuan yang tidak mencukupi telah menyebabkan penduduknya melarikan diri ke negara-negara jiran, iaitu pada 3 Ogos 2011 seramai 860,000 orang pelarian dari Somalia telah melarikan diri ke Kenya dan Ethopia. 80 % daripada pelarian tersebut adalah wanita dan kanak-kanak.

Tindakan mereka menyelamatkan diri daripada kebuluran dengan melarikan diri ke negara jiran menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang mati semasa dalam perjalanan. Dengan keadaan badan yang lemah, mereka tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan juga diserang secara seksual, menyebabkan mereka berisiko menghidapi penyakit AIDS/ HIV. Penularan wabak penyakit seperti penyakit campak, malaria, taun, dan kekeurangan gizi terus menerus membawa kematian. Golongan kanak-kanak adalah yang lebih ramai mati kerana daya imunisasi mereka yang lebih rendah berbanding dengan orang dewasa.

Punca Kemarau[sunting | sunting sumber]

Perkembangan perindustrian yang pesat

Kepesatan sektor perindustrian menyebabkan masing-masing bersaing untuk mendapatkan keuntungan sehingga mengabaikan alam sekitar. Industri logam, industri nuklear, dan industri petrokimia adalah antara industri yang dapat menjejaskan kualiti udara. Misalnya, dalam industri petrokimia, asap yang dilepaskan mengandungi gas-gas seperti Polycyclic Hydrocarbon (PAH),Polychlorinated Biphenyis (PCB), sulfur dioksida dan karbon diaoksida. Apabila gas-gas seperti ini dibebaskan terlalu banyak ke udara, maka gas-gas akan terkumpul dan haba dibumi terperangkap serta suhu bumi akan meningkat. Udara di persekitaran menjadi kering, kelembapannya rendah dan keberangkalian untuk hujan turun adalah tipis. Keadaan ini akan menyebabkan permukaan bumi menjadi panas dan jika berterusan akan membawa kepada kemarau.


Pencerahan hutan

Aktiviti pembalakan dan pencerahan hutan sering dilakukan dengan tujuan pertanian dan pembangunan misalnya seperti pembinaan penempatan dan pembinaan empangan. Pokok-pokok berperanan penting dalam menstabilkan suhu bumi dengan cara menyerap gas karbon dioksida di udara dan menghasilkan oksigen. Selain itu, tumbuh- tumbuhan berperanan menyimpan atau memegang air hujan. Apabila hujan turun, pokok akan menyerap air hujan ke dalam tanah, namun sesetangah air hujan akan disejat kembali supaya perbezaan hujan semasa musim kemarau dan musim hujan tidak terlalu besar. Aktiviti pembalakan dan pencerahan hutan akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan gagal menjalankan fungsinya sebagai penstabil suhu bumi.


Faktor semula jadi/ fizikal

Sesuatu bencana alam boleh berlaku secara semula jadi tanpa mampu kita menghalangnya. Kemarau boleh disebabkan oleh bencana alam yang lain seperti fenomena la-nina dan el-nino. Fenomena la-nina dan el-nino terjadi terutamanya di Lautan Pasifik di mana semasa el-nino, ia akan memanaskan suhu permukaan laut dan laut akan membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya hujan lebat di kawasan laut berkenaan. Manakala, di bahagian di daratan, tekanan atmosfera meningkat dan kelembapan berkurangan menyebabkan kawasan daratan menjadi panas dan kering.

Kesan Kemarau[sunting | sunting sumber]

Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas

Apabila berlakunya kemarau, tanah akan menjadi kering dan kurang lembap. Ianya menjadi tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Bekalan air juga tidak mencukupi untuk disalurkan ke kawasan penanaman menyebabkan tumbuhan mati. Begitu juga dengan haiwan ternakan yang banyak mati kerana tiada makanan, air serta tidak dapat tahan dengan cuaca yang panas. Keadaan ini akan menyebabkan bekalan makanan menjadi terhad sedangkan bilangan mereka yang memerlukan makanan adalah ramai. Seterusnya, ia akan menyebabkan kebuluran terutamanya bai negara yang mengalami kemarau yang berpanjangan seperti Somalia.


Penyebaran wabak penyakit

Kekurangan makanan dan minuman menjejaskan kesihatan mangsa-mangsa kemarau. Mereka akan mudah dijangkiti penyakit kerana daya imunisasi badan adalah lemah. Penyakit yang lazim sekali dihidapi oleh mangsa kemarau ialah kekurangan gizi, taun, malaria dan campak. Misalnya di Somalia, beribu-ribu orang yang mati setiap tahun kerana tidak mendapat rawatan kesihatan yang baik apabila menghidapi sesuatu penyakit.


Menyumbang kepada kemusnahan lain

Kemarau menyebabkan kemusnahan lain berlakuseperti kebakaran hutan dan fenomena penggurunan. Cuaca yang kering dan panas serta ditambah pula dengan tiupan angin kencang menyumbang kepada kebakaran hutan. Rumput dan hutan yang kering akibat teriknya matahari akan menyebabkan api bertambah besar. Kawasan gurun akan bertambah menjadi lebih luas apabila kemarau berlaku. Keadaan ini dipanggil sebagai fenomena penggurunan yang mana sering melanda kawasan-kawasan tropika seperti Gurun Sahel Afrika. Fenomena ini menyebabkan punca sumber air seperti tasik, kolam dan sungai tertutup dan semakin sukar ditemui.


Dunia kita semakin tenat. Bencana alam berlaku di mana-mana sahaja. Misalnya, pada tahun 2011, berlaku kemarau di Afrika Timur dan pada tahun itu juga banjir yang teruk melanda Australia.

Banjir adalah keadaan di mana sesuatu tempat ditenggelami air yang melimpah daripada sungai akibat daripada air yang berlebihan yang berpunca daripada hujan yang tidak berhenti-henti. Banjir selalunya berlaku di kawasan yang rendah dan berdekatan dengan sungai dan laut.

Banjir di Queensland, Australia 2011[sunting | sunting sumber]

Pada awal Januari 2011, Queensland dilanda banjir terutamanya di kawasan Toobooba iaitu di barat Brisbane. Peristiwa ini telah memusnahkan sekitar bandar Queesland dan telah meragut nyawa 2 orang pejalan kaki dan turut terperangkap beberapa orang dalam kenderaan serta terdapat juga mangsa yang hanya mampu berpaut pada pokok-pokok bagi menyelamatkan diri. Banjir di Queesland juga telah menghanyutkan jalan raya dan landasan kereta api. Tanaman turut musnah dan industri tapak penggalian arang batu ditutup dan menyebabkan kerosakan sehingga berbilion Amerika.

Punca berlakunya banjir[sunting | sunting sumber]

Hujan berpanjangan

Hujan yang berpanjangan tanpa henti menyebabkan kawasan yang rendah dinaiki air dan air sungai yang berlebihan melimpah keluar ke kawasan daratan. Contohnya kejadian banjir di Queesland yang berlaku akibat daripada hujan lebat sehingga melebihi 300 mililiter dalam masa kurang daripada 24 jam di sesetengah tempat.


Proses pembandaran

Era globalisasi menyebabkan banyak kawasan diterokai dan dibangunkan untuk dijadikan kawasan perumahan, perindustrian dan sebagainya. Kawasan sungai dan pantai ditimbus untuk tujuan pembandaran dan memenuhi keperluan pihak tertentu. Kawasan sungai yang terhakis akibat daripada pembuangan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Hal ini menyebabkan sungai tidak dapat menampung air ketika hujan turun dengan lebat kerana sungai tidak dapat mengalirkan air dengan sempurna. Akibatnya air sungai melimpah keluar dan menyebabkan banjir.

Kesan Banjir[sunting | sunting sumber]

Menjejaskan sektor ekonomi

Kesan kejadian banjir menyebabkan aktiviti sektor perindustrian tergendala. Misalnya, Australia merupakan sebuah negara rakan dagangan dengan Negara Malaysia. Australia mengimport arang batu ke Malaysia, namun akibat banjir proses penghantaran tersebut terjejas dan Malaysia terpaksa mencari rakan dagangan lain bagi membekalkan arang batu untuk tujuan penjanaan tenaga di Malaysia. Proses sedemikian menyebabkan kos penghasilan tenaga meningkat dan membebankan negara untuk membiayainya.


Harga barangan dan makanan melambung

Kejadian banjir menyebabkan penduduk sukar untuk mendapat bekalan makanan akibat terputus hubungan dengan pihak pembekal. Sesetengah pihak pembekal mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan akibat oleh bekalan makanan yang tidak mencukupi dengan kadar permintaan yang tinggi. Hal ini menyebabkan sesetengah orang tidak mampu untuk mendapatkan makanan dan menyebabkan berlakunya kebuluran.