Pengguna:Atiqa1987

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kan Ku Kejar Cinta Kamu[sunting | sunting sumber]

Novel romantik karya Fauziah Ashari ini bakal diadaptasi ke drama bersiri 28 episod dengan tajuk yang sama yang akan ditayangkan di Slot Megadrama,Astro Ria pada bulan Desember 2018,jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis.Ia diarahkan oleh Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU.Ini adalah drama pertama Yusry menjadi pengarah.Kini drama ini sedang dalam proses pengambaraan.

Mengisahkan Mukramin Raiyan bin Muzzamil (Fendy Bakry) dan Alma Datuk Seri Hakim (Amyra Rosli) adalah pasangan suami isteri yang berkahwin secara senyap dan tanpa restu keluarga di Ireland.Keluarga mereka adalah musuh tradisi sejak dahulu lagi.Bapa Raiyan dan bapa Alma sememangnya bersaing dalam hal berbisnes.Setelah 3 tahun berada di Ireland,mereka pulang ke Malaysia namun terpisah kerana tidak mahu keluarga mereka mengetahui tentang perkahwinan rahsia mereka.Ditakdirkan Raiyan kemalangan dan mengalami penyakit hilang ingatan/amnesia .Nenek Raiyan (Delimawati) mempergunakan cucu kesayangannya itu untuk memulakan misi dendamnya pada keluarga Datuk Seri Hakim.Raiyan bersetuju menyempurnakan dendam neneknya .Alma pula berusaha untuk menggoda kembali suaminya itu.

Para Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Fendy Bakry - Mukramin Raiyan
  • Amyra Rosli- Alma Datuk Seri Hakim
  • Hafidz Roshdi - Huzail
  • Elya Miera Ismail - Dilaila
  • Delimawati - Puan Tharwati /Nek Bonda
  • Mahmud Ali Bashah - Muzzamil
  • Rosnah Johari - Nazurah
  • Hafizuddin Fadzil - Datuk Seri Hakim
  • Zarynn Min - Datin Seri Dhiya
  • Shah Radhi - Mukramin Raid
  • Natasya Mahyan - Marlisa
  • Safwan Nazri - Faris
  • Izme Azzam - Wardi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://intensbook.blogspot.com/2011/12/terkini-dari-fauziah-ashari-kan-ku.html

https://www.goodreads.com/book/show/13421732-kan-kukejar-cinta-kamu

https://www.instagram.com/explore/tags/kankukejarcintakamu/