Pergi ke kandungan

Pengguna:Chongmingwei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tsunami 2011 Di Jepun[sunting | sunting sumber]

11 Mac 2011, pada hari Jumaat jam 1446 (jam 6 petang waktu tempatan), tercetusnya ombank tsunami raksasa yang mencecah ketinggian 40.5 meter (133 ka) di Miyako, Wilayah Iwate di Tohoku, dan melanda sejauh pedalaman 10km (6 bt)ke pedalaman di kawasan Sendai. Ombak tsunami tercetus apabila berlakunya sebuah gempa bumi di luar persisiran Tohoku di Lautan Pasifik yang berpunca di luar persisir pantai jepun pada pusat gempa yang terletak kira-kira 70 km (43 bt) di Semenanjung Oshika di Tohoku dengan hipopusat pada kedalaman sekitar 32km (20bt) dalam laut. Ianya merupakan salah satu gempa bumi yang paling kuat di dunia semenjak bermulanya penyimpanan rekod moden pada tahun 1900. Pusat gempa bumi dan tsunami di Jepun itu berada pada kedudukan 4,000km daripada Utara Sabah, Malaysia.

Tsunami ini menyebabkan sebilangan kemalangan nuklear, terutama sekali peleburan tahap 7 di tiga buah reaktor di kompleks Loji Kuasa Nuklear Fukushima 1, sehingga ratusan ribu penduduk berdekatan terpaksa dipindahkan beramai-ramai. Para penduduk berapa dalam lingkungan 20km (12bt) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima 1 dari 10km (6.2 bt) Loji Kuasa Nuklear Fukushima 2 terpaksa dipindahkan. Penjana elektrik di sana yang rosak juga terpaksa ditutup, malah sekurang-kurangnya tiga buah reaktor nuklear mengalami letupan disebabkan gas hidrogen yang terkumpul di dalam bangunan kurungan luarannya ekoran kerosakkan sistem pendinginan.

Agensi Polis Negara Jepun mengesahkan seramai 15,845 orang maut, 6,011 orang cedera dan 3,339 orang hilang di 18 Wilayah, sementara lebih 125,000 bangunan rosak atau musnah. Bencana tsunami yang teruk ini menyebabkan kerosakkan struktur yang parag dan meluas di Jepun, termasuklah kemusnahan jalan raya dan landasan kereta api di merata kawasan, serta keruntuhan empangan. Sekitar 4.4 juta isi rumah di rantau timur laut Jepun terputus bekalan elektrik dan 1.5juta terputus bekalan air. penduduk sekitar Wilayah Miyagi dinasihatkan untuk mencari tempat perlindungan keselamatan diri masing-masing kerana ada kemungkinan bandar-bandar lain turut akan terjejas akibat kejadian itu.

Anggaran awal kerugian berinsurans akibat tsunami tersebut sahaja pasa AS$14.5 hingga $34.6 bilion. Bank pusat jepun menawarkan 15 trilion yuan (AS$183 bilion) ke dalam sistem perbankan pada 14 Mac sebagai usaha memulihkan keadaan pasaran kepada normal, Bank Dunia menganggarkan kos ekonominya pada AS$235 bilion, menjadikannya bencana alam yang paling mahal dalam sejarah dunia.