Pengguna:Dato' Darith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

LATAR BELAKANG

Dato' Ahmad Darith Bin Mohamad Sauffi merupakan salah seorang usahawan bumiputra syarikat keselamatan Laksamana Group Malaysia. Beliau merupakan anak kedua dari lima beradik dan dilahirkan pada 12 November 1982 di Batu Pahat, Johor. Dato' Ahmad Darith telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Norazilah Aman serta dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Giha Darith Sauffi, Gibrael Darith Sauffi, Girshan Darith Sauffi, Gibran Darith Sauffi, Gloria Darith Sauffi Dan Gracie Darith Sauffi.

PENDIDIKAN

Dato' Ahmad Darith telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Perak; kemudian mengikut keluarganya berpindah ke Johor Bahru. Di Johor Bahru, Dato' Ahmad Darith telah bersekolah di SMK Taman Johor Jaya 2 sehingga tamat tingkatan 5. Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Dato' Jaafar serta telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM. Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat izajah sarjana muda dalam bidang Sains Politik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

KERJAYA

Dato' Ahmad Darith telah memulakan karier bersama syarikat kawalan keselamatan milik ayah beliau iaitu Perkhidmatan Keselamatan Laksamana (M) Sdn Bhd pada tahun 2004. Hasil gigih beliau serta dibantu oleh empat orang adik-beradik yang lain membina empayar perniagaan keluarga kemudian telah berjaya mencetak nama baik dalam industri keselamatan dalam tanah air. Pada tahun 2012 beliau diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk menjawat jawatan Pengurus Besar sehingga tahun 2018. Pada tahun 2019, beliau telah menubuhkan Laksamana Group Malaysia di mana beberapa anak syarikat yang dimiliki oleh keluarga Kept (Bersara) Mohamad Sauffi Hamzah berada di bawah satu naugan. Pada awal tahun 2020 beliau seterusnya diberi kepercayaan sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan untuk memacu perniagaan syarikat-syarikat di bawah Laksamana Group Malaysia dengan lebih maju jaya.

PENGLIBATAN MASYARAKAT

Dato' Ahmad Darith juga merupakan Presiden Pertubuhan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN) yang beroperasi di Seksyen 16 Shah Alam atau terkenal sebagai Pusat Makan Percuma iaitu mengadakan aktiviti memberi makan percuma kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim. Pertubuhan BELAMISKIN telah ditubuhkan pada tahun 2009 juga diusahakan oleh ahli keluarga beliau. Penglibatan beliau dalam pertubuhan BELAMISKIN telah sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kehidupan dalam kos sara hidup Bandaraya yang tinggi. Pusat Makan Percuma ditubuhkan sebagai salah satu program Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang dianjurkan oleh Laksamana Group Malaysia serta dibantu oleh beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) dan pengusaha-pengusaha kilang setempat. Pusat ini pernah mendapat liputan media dari akhbar-akhbar tempatan.

SUMBANGAN KETIKA COVID-19

Pada ketika negara dikejutkan dengan wabak pandemik Covid-19, Dato' Ahmad Darith bersama pasukannya telah mengadakan beberapa program menyalurkan sumbangan sebanyak 1,000 bekalan makanan kering (ration packs) kepada warganegara Malaysia yang telah kehilangan kerja serta tiada pendapatan sara hidup.

Dato' Ahmad Darith juga terlibat bersama pertubuhan bukan kerajaan NGO mengagihkan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas-petugas frontliner negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkawal di setiap check point sekatan jalan raya serta sumbangan di beberapa Balai Polis.