Pengguna:Fauzulnaim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fauzul Na'im Ishak dilahirkan pada 24 Jun 1977 di Batu Gajah, Perak. beliau adalah pengasas dan pengarah urusan Fauzul Na’im Sdn. Bhd.[1] (842439-K) . Beliau memulakan karier di dalam bidang penerbitan dan latihan penulis seawal berusia 23 tahun iaitu pada tahun 2000. Pada ketika itu beliau masih menuntut dalam sarjana muda kejuruteraan Universiti Malaya. Beliau di’jemput’ masuk oleh Puan Ainon Mohd. (Pengerusi Kumpulan PTS) bagi menyertai syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS P&D pada ketika itu berada dalam tahun pertama operasinya. Keadaan syarikat yang masih baru dengan pelbagai kesukaran yang berlaku menjadi tapak terbaik Fauzul mempelajari pelbagai perkara dan selok belok penerbitan buku.

Beliau bermula dengan jawatan sebagai Editor Perolehan yang bertanggungjawab membina judul buku dan membangunkan kumpulan penulis buat PTS P&D. Kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan di mana beliau berjaya membina rangkaian penulis bermula di sebelah utara hingga ke selatan semenanjung Malaysia. Pelbagai program pembangunan penulis dibuat antaranya bengkel penulisan, pertemuan kumpulan penulis dan one to one dengan penulis.

Modul pembangunan penulis dibina hasil garapan idea bersama Puan Ainon Mohd dan beliau. Modul latihan tersebut dibangun dan dikembangkan serta digunakan hingga sekarang. Daripada usaha itu, pelbagai tajuk diperoleh dan PTS P&D mula mengorak langkah sebagai penerbit yang dikenali di IPTA-IPTA.

Di samping itu pada masa itu beliau juga memangku tugas sebagai eksekutif jualan dan pemasaran wilayah utara disebabkan kekurangan kakitangan di PTS P&D. Hasil daripada itu Fauzul mendalami segala selok belok jualan dan pemasaran buku. Beliau mempunyai pengalaman pahit manis sepanjang mengendalikan jualan di sana kerana pada ketika PTS P&D masih baru dan kurang dikenali.

Hasil usaha padu daripada semua ahli keluarga PTS P&D, syarikat berkembang pesat dan pada tahun 2002, Fauzul dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Penerbitan PTS P&D. Bermula daripada saat itu beliau mula membina sistem editorial PTS P&D. Pembinaan dan pengaplikasian Standard of Operating Procedur (SOP) menjadi asas kepada sistem editorial tersebut. Ia bertujuan memastikan kelancaran pengurusan penerbitan buku daripada terima manuskrip hinggalah buku siap masuk ke dalam stor. Sistem tersebut dibina dan dikembangkan daripada tahun ke tahun hinggalah menjadi sistem standard Kumpulan Syarikat PTS sekarang ini.

Pada tahun 2005, PTS Consultant Sdn Bhd syarikat induk PTS P&D membuat keputusan merombak struktur syarikat. Ini berdasarkan hasil lawatan Fauzul dan En. Arief ke Indonesian Book Fair, Jakarta sebelum itu. Fungsi penerbitan PTS P&D dikeluarkan dan hanya mengekalkan fungsi pengedaran buku sahaja. Fungsi tersebut diserahkan kepada 3 anak syarikat yang baru ditubuhkan iaitu PTS Millennia Sdn Bhd, PTS Professional Publishing Sdn Bhd dan PTS One Sdn Bhd. En Fauzul diberikan tanggungjawab sebagai pengarah eksekutif dan pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd.

Pada 15 November 2008, En. Fauzul Na’im dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar (Penerbitan) Kumpulan PTS. Tanggungjawab beliau adalah memimpin keseluruhan anak syarikat dan unit editorial di Kumpulan PTS. Anak syarikat Kumpulan PTS adalah PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., PTS Millennia Sdn. Bhd., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., PTS One Sdn. Bhd., PTS Litera Utama Sdn. Bhd., PTS Islamika Sdn. Bhd., dan PTS Fortuna. Boleh lawati www.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Hasil daripada pengalaman melebihi 8 tahun ini, beliau berjaya melahir dan membina pelbagai judul buku daripada pelbagai latar belakang penulis. Daripada penulis berlatar belakang akademik hinggalah kepada motivasi. Daripada kurang terkenal kepada yang terkenal. Antara penulis besar yang berkarya di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zawawi Mat Yusoh, Dr. Danial Zainal Abidin dan Dr. Robiah K. Hamzah. Judul-judul bestseller di bawah penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd adalah 55 Petua Orang Berjaya, Tip Menjadi Individu Menarik, 7 Formula Individu Cemerlang dan banyak lagi.

Beliau sering ke luar negara bagi mewakili PTS dalam urusan jual beli hak cipta buku terjemahan. Antara negara utama di mana buku-buku PTS dieksport hak ciptanya adalah Indonesia. Sudah banyak judul PTS yang diterjemahkan dan diterbitkan semula ke sana dalam edisi Indonesia.

Beliau juga sering dijemput memberikan bengkel di institusi pengajian tinggi, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara badan yang pernah menjemput beliau mengendalikan bengkel penulisan, pemasaran dan penerbitan buku adalah :

   * Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia
   * Universiti Malaya, Kuala Lumpur
   * Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
   * Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
   * Universiti Sains Malaysia Kejuruteraan Transkrian
   * Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
   * Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
   * Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
   * Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat
   * Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian, Kelantan
   * Maktab Perguruan Bukit Mertajam
   * Kolej IKRAM
   * Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
   * Angkatan Belia Islam Malaysia
   * Persatuan Penulis Kelantan
   * dan banyak lagi….

En. Fauzul memegang beberapa jawatan penting dalam dunia penerbitan buku antaranya :

   * JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007
   * JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Selangor 2007
   * Setiausaha JK Publisiti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
   * Pengerusi JK Publisiti Pesta Buku Selangor 2008
   * Pengerusi JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Beliau juga aktif dalam beberapa persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan. Antara pertubuhan yang beliau menjadi ahli adalah Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Beliau adalah AJK Induk TAMRIN dan Ketua Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat TAMRIN 2009-2011.

Beliau juga adalah pengasas dan mentor utama akademi virtual Akademi Penulis (www.akademipenulis.com). Akademi Penulis diwujudkan sebagai satu platform latihan pembangunan penulis khusus bagi melatih bakal penulis dan penulis mengenai pengetahuan kepengarangan. Maklumat lanjut mengenai Akademi Penulis boleh didapati di www.akademipenulis.com [2]. Akademi Penulis juga sudah melancarkan laman web Seminar Jana Wang Dengan Menulis untuk program berkala di bawah Akademi Penulis. Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com.

Segala pengalaman ini diterjemahkan ke dalam laman web ini sebagai perkongsian sihat bagi meramaikan dan mengharmonikan lagi dunia penulisan karya di Malaysia.