Pengguna:Gengranggu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KAMPUNG RANGGU TAWAU

SEJARAH AWAL PEMBUKAAN KAMPUNG RANGGU

Kampung Ranggu telah diteroki seawal tahun 1920an dimana Penduduk dari Kampung Kinabutan telah mula mengusaha perkebunan disini. Mereka hanya bercucuk tanam seperti Kelapa , Pisang , Ubi dan lain-lain tanaman kontan yang mudah ditanam pada masa itu . Oleh kerana kawasan perkebunan berhampiran dengan Hutan Belantara tentulah terdapat banyak binatang-binatang liar yang akan merosakkan tanaman mereka.Pada akhir tahun 1920 usaha perkebunan semakin giat dilakukan beberapa kumpulan penduduk dari kawasan persekitaran Pantai terutamanya kawasan kinabutan telah mula menerokai dan menetap disini.

OT Memangku dan keluarganya serta beberapa orang dari Kinabutan telah memulakan hidup baru disini dengan berkebun dan bercucuk tanam.Mereka adalah dari Kumpulan orang-orang Suluk yang mula-mula tinggal disini.

Oleh kerana tempat ini belum lagi terkenal mereka hanya menggelarkan kawasan ini dengan nama "Ranggu" kerana ditempat ini dahulu banyak terdapat pokok Ranggu.Sehinggalah kehari ini dikenali sebagai Kampung Ranggu.Pada masa itu membuka sebuah penempatan atau perkebunan bukan suatu perkara yang mudah kerana mereka terpaksa mengerah seluruh tenaga dengan tulang empat kerat itulah mereka gunakan untuk membuka sesuatu kawasan pertanian. Sebab itulah didapati kebun pertanian yang diperolehi tidaklah luas hanya antara 7ekar ke 8 ekar setiap orang penduduk.

Pada masa ini mereka membuka tanah pertanian dengan bekerjasama dan bergotong royong sesama mereka bergilir-gilir sehinggalah kesemua mereka mempunyai kebun masing-masing. Dahulu acara ini dikenali sebagai "menyeraya". Tuan yang kebunnya yang hendak dibersihkan akan terlebih dahulu membuat jemputan kerumah rumah keluarga dan jiran dengan memberitahu Tarikh dan masa yang diperlukan untuk menyeraya.Sewaktu acara berlangsung tuan Tanah akan menyediakan sedikit jamuan dan kadang kala keluarga dan jiran akan membantu untuk menyediakan makanan bagi orang-orang yang datang.Biasanya acara ini berlangsung sehingga 3 hari , maklumlah kawasan yang diterokai adalah kawasan yang berduri dan penuh semaksamun dan hutan belukar.Walaupun begitu mereka merasa gembira kerana dapat menyumbangkan tenaga mereka untuk membantu keluarga atau jiran yang memerlukan.

Pada awal Tahun 1930 lebih ramai lagi berpindah kesini ,yang mana mereka ini tinggal dikawasan bandar Tawau seperti Tuan Penglima Abdullah Salim iaitu Cucu kepada Penghulu Puado yang pada ketika itu dianggap sebagai Ketua Masyarakat Orang-orang Melayu diTawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan beliau sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan. Beliau menjadi Pemimpin sehinggalah beliau meninggal dunia dalam Tahun 1902. Selepas itu menyusul pula Keluarga Kerahu seperti Ampung Kerahu , Sarai Kerahu , dan ramai lagi .

Selepas OT memangku meninggal dunia , Pentadbiran Kampung Ranggu telah dikawalselia oleh Penglima KK Abdullah bin Salim. Segala urusan Kampung adalah dibawa jagaan beliau dan menurut cerita orang orang kampung beliau adalah orang yang sangat disegani. Beliau akan sentiasa memantau dan memberikan perhatian segala aktiviti diKampung Ranggu.

Dalam Tahun 1940 iaitu semasa Tentera Jepun menakluk Tawau ramai orang-orang dari bandar datang ke Kampung Ranggu untuk perlindungan kerana kawasan Bandar Tawau sudah tidak lagi selamat dimana tentera Jepun sentiasa memantau pergerakan orang awam disana.

 

PENEROKAAN HUTAN UNTUK TANAH RANCANGAN DIBAWAH LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH ( LKTNS )

Dalam Tahun 1960an Kawasan Hutan dipinggir Kampung Ranggu telah mula diterokai untuk Program Penempatan Baru bagi Penduduk yang tidak mempunyai Tanah Pertanian. Pejabat Daerah Tawau telah mengalakkan dan mengurus 0rang ramai untuk memasuki Skim Penempatan Pertanian dikawasan ini.Tawaran dibuka kepada penduduk tempatan yang tidak mempunyai tanah untuk menyertai program ini. Dalam Tahun 1964 , kawasan yang dikenali Rancangan Ranggu telah mula diterokai dengan Penempatan Penduduk sebagai Peneroka SLDB. Mereka yang telah terpilih akan diberikan Tanah Perkebunan yang mana akan dipantau oleh pihak SLDB. Mereka yang Berjaya perlu berada didalam kawasan Rancangan dan akan dibayar wang serta ration bulanan akan diberikan mengikut sais atau bilangan keluarga. Tetapi selepas Tahun 1966 , tanah perkebunan tersebut telah diserah milik kepada peneroka masing-masing. Bermula dari masa itu kawasan ini telah digezettekan sebagai kawasan Perkampungan dan digelar Kampung Rancangan Ranggu.

PERANCANGAN DAN USAHA UNTUK MENDAPATKAN PERUNTUKAN BAGI PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KAMPUNG RANGGU.

Dari sekitar tahun 1960 – 1980 kawasan ini selalu mengalami kekurangan Air Bersih terutama sekali untuk makan dan minum. Walaupun ada sungai yang mengalir tetapi ianya selalu tercemar kerana ianya digunakan oleh orang ramai untuk mandi dan mencucui pakaian , ditambah lagi dengan kotoran-kotoran dari rumah-rumah penduduk yang berhampiran dengan sungai. Musim Kemarau yang amat panjang juga salah satu sebab keperluan air disini amat mendesak. Dalam Tahun 1970 – 1980 memang ada usaha yang dijalankan oleh Pemimpin-pemimpin Kampung ketika itu untuk cuba menyediakan air bersih bagi kegunaan penduduk kampung namun tiada kejayaan. Dalam Musim Kemarau yang Panjang penduduk Kampung terpaksa mengambil air dari Bandar Tawau untuk memasak dan minuman. Kadangkala pihak kerajaan akan menghantar Air Bersih dengan menggunakan lori tangki untuk membahagi-bahagikan air kerumah-rumah disekitar kampong Rancangan Ranggu dan juga kampong-kampung yang lain.

Dalam Tahun 1991 sewaktu Permesyuaratan AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu iaitu yang menggantikan AJK USNO Cawangan Rancangan Ranggu yang telah dibubarkan telah mendapat kata sepakat untuk mengurus permohonan bagi mendapatkan peruntukan bagi membina Bekalan Air Graviti di Kampung Rancangan Ranggu. Sebenarnya perkara ini telah dirancangkan semasa AJK USNO lagi dan telah dipanjangkan kepada Pengetahuan YB.Tan Sri Sakaran bin Dandai ketika itu Menteri Tanah dan Wilayah semasa lawatan beliau ke Kampung Ranggu dalam Tahun 1991. Dengan sokongan padu YB. Datuk Ismail bin Dato Jook ( ADUN BALUNG- USNO) ketika itu dan kemudiannya disokong kuat oleh YB.Datuk Abd.Manan bin Jakasa ( ADUN BALUNG – UMNO ) pihak AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu meneruskan usaha sehingga lah semasa Lawatan Tun Ghafar Baba (sewaktu itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ) ke Tawau telah mengumumkan kelulusan peruntukan bagi Projek yang dicadangkan dihadapan umum semasa perhimpunan Semarak diDewan Masyarakat Tawau.

USAHA UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBINAAN PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI DILIPAT GANDAKAN DENGAN MEMBABITKAN BEBERAPA AGENSI KERAJAAN BAGI MEMBANTU PROSES TERUS BERJALAN LANCAR.

AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu telah membuat kunjungan ke Pejabat Pegawai Kesihatan Tawau dengan tujuan untuk memohon bantuan bagi mempercepatkan usaha untuk mendapatkan Bekalan Air Graviti Kg.Ranggu. Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Rancangan Ranggu telah memberikan sedikit taklimat dan menjelaskan bahawa peruntukan telah diluluskan dan akan disalurkan melalui JPPS , Tawau. Pegawai Kesihatan pada ketika itu ialah Dr.Ismail telah bersetuju untuk membantu dengan mengarahkan Inspector Kesihatan En.Agusti Mohd.Aras untuk membantu membuat greding tempat yang sesuai bagi Tapak Dam dan mengukur ketinggian Tapak dam dari paras Perkampungan yang perlukan air gravity tersebut. Hampir Sebulan setengah Pasukan Jabatan Kesihatan Yang diketuai Oleh En.Agusti membuat kerja-kerja penggredan yang mana akhirnya berpuashati dengan Projek tersebut dan menyokong penuh untuk diluluskan. Perjumpaan telah diadakan bersama dengan Pegawai Kesihatan , Inspector Kesihatan dan kakitangan nya yang terlibat dengan AJK Jawatankuasa Air Graviti Kg.Ranggu bagi membincangkan dan mengenalpasti bentuk dan cara penjagaan Takungan Air dan juga Paip yang akan digunakan .

PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KG.RANGGU FASA 1

Pada 16 Julai 1993 kerja-kerja pembersihan untuk laluan paip telah dimulakan dimana Perintah Kerja Am telah diterima oleh Syarikat yang akan melakukan kerja-kerja Projek Bekalan Air Graviti Fasa I . Mulai 1 Ogos 1993 kerja-kerja membuat Dam telah dimulakan.

symber dari :[1] https://www.blogger.com/profile/03276281176282022853