Pengguna:INFRA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan & Sejarah Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Institut Kemajuan Desa atau dikenali sebagai INFRA (Institute For Rural Advancement) ialah institut latihan utama pengurusan pembangunan desa di bawah struktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sesi kursus yang dihadiri JKKK/JKKKP

INFRA di selia oleh sebuah Majlis Penasihat yang dikenali sebagai Majlis Penasihat INFRA (MPI) yang di pengerusikan oleh Ketua Setiausaha KKLW. MPI dianggotai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Sosio-Ekonomi, Pengarah INFRA, wakil-wakil agensi KKLW, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah, wakil institusi pengajian tinggi tempatan dan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Fokus utama INFRA ialah melatih pemimpin di peringkat akar umbi dan melaksanakan kajian berkaitan isu-isu luar bandar dalam usaha menambah baik kaedah dan pendekatan pengurusan desa. INFRA juga terlibat di peringkat antarabangsa dalam penganjuran bersama program-program latihan seperti Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM), Program Latihan bagi Negara-negara Dunia Ketiga (TCTP) dan program kerjasama antara INFRA dengan Sekretariat Komanwel (COMSEC).

Sejarah INFRA

YAB Tun Haji Abdul Razak bin Hussein Sejarah awal penubuhan Institut Kemajuan Desa atau Institute for Rural Advancement (INFRA) bermula daripada lanjutan tekad dan wawasan besar Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein pada masa itu yang ingin membela nasib masyarakat desa menerusi strategi membangunkan kawasan luar bandar dan memperkasa potensi warga desa. Secara rasminya, INFRA telah ditubuhkan pada tahun 1996 apabila kertas cadangan bagi mewujudkan Institusi Latihan Pembangunan Desa yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan Tertinggi (JKTT) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 13 Oktober 1995 telah memperakukan penubuhan INFRA menerusi penyusunan semula Institut SEDAR (Institute for Socio-Economic Development and Attitudinal Re-Orientation). Persetujuan Jemaah Menteri ke atas perakuan JKTT pada 6 Mac 1996 menandakan rasminya penubuhan sebuah institut masyarakat desa yang dikenali sebagai INFRA. Penubuhan INFRA merupakan episod baru usaha kerajaan ke arah pembangunan kawasan dan masyarakat luar bandar.

Sungguhpun penubuhan INFRA ketika di bawah kepimpinan Dato’ Annuar Musa sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, namun bibit-bibit awalnya telah disemai oleh Dato’ Seri Shariff Ahmad menerusi penubuhan Institut Latihan Pengajian Desa ketika beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekitar tahun 1970an. Institusi ala vokasional ini kemudiannya dinamakan oleh Dato’ Seri Sanusi Junid selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar sebagai Institut SEDAR pada tahun 1980. Berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996, Dato’ Annuar Musa menggagaskan Institute for Rural Advancement (INFRA) sebagai sebuah institusi latihan dan penyelidikan luar bandar nasional yang bertaraf antarabangsa.

Lokasi Cawangan INFRA Sabah dan Sarawak Ketika penyusunan semula INFRA yang telah diluluskan pada 1 September 2005, INFRA telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan baru di Sabah dan Sarawak yang pengurusannya beroperasi dari INFRA ibu pejabat. Pada 1 Februari 2008, INFRA Cawangan Sabah telah berpindah ke Kota Kinabalu manakala INFRA Cawangan Sarawak berpindah ke Kuching dengan menyewa bangunan bagi kedua-dua cawangan tersebut.


Maklumat lanjut sila layari : www.infra.gov.my