Pengguna:MOHD REDZUAN BIN ABDULLAH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGHULU DEMANG MUHAMMAD DALI ( MAT RIAU ) BUKIT BARU MELAKA


  • SUSUR GALUR KETURUNAN PENGHULU DEMANG MUHAMMAD DALI BIN MUHAMMAD (MAT RIAU)*:

PENGHULU MAT DALI

MUHAMMAD(MAT RIAU- (PIOT)* ⬇

PENGHULU DEMANG MUHAMMAD DALI- (MOYANG)* ⬇

ABDUL AZIZ- (DATUK)* ⬇

HAJI ABDULLAH- (AYAH)* ⬇

TERDIRI 8 ORANG ANAK: MOHD ISA-MOHD FAIRUZ-MOHD HANIFFA-MIHD FAISAL-MOHD REDZUAN-NORSHAIMA-NORSYAKIRAH-MOHD FIRDAUS* IBU: HAJAH RAHIMAH BTE HJ ZAINAL* _*Sejarah ringkas :*_

_*Muhammad atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mat Riau merupakan individu yang berhijrah dari tanah Riau lalu membuka Kampung Bukit Baru dalam sebagai penempatan untuk beliau menjalani kehidupan harian,Diceritakan juga beliau seorang yang tinggi ilmunya yang lahir dari jalur keturunan pejuang yang hebat As-Syahid Raja Haji yang juga seorang Aulia'.*_

_*Bagi mengenang jasa Almarhum Muhammad atau Mat Riau,pihak Kerajaan Negeri Melaka telah menamakan satu lorong jalan di Bukit Baru dengan sempena nama beliau iaitu Lorong Mat Riau.*_

_*Mat Riau juga mempunyai anak yang antaranya bernama Muhammad Dali yang tidak kurang hebatnya mengikut jejak langkah seperti ayahnya Mat Riau, Beliau jugak seorang pendidik yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Baru.*_ _*Disamping itu juga dengan kehebatan beliau itu pihak British telah melantik beliau sebagai Demang dan Penghulu sebagai wakil bagi menjaga keamanan serta kebajikan penduduk-penduduk di kawasan Bukit Baru.*_ _*Gelaran itu dianugerahkan oleh King George ke-2 sewaktu beliau menduduki tahKta DiRaja British.*_ _*Beliau juga pernah memegang jawatan NAIB YANG DIPERTUA KESATUAN MELAYU MELAKA (KMM)

_*Diantara jasa beliau kepada penduduk Mukim Bukit Baru dan kampung-kampung disekitar Mukim Bukit Baru adalah apabila berlaku kebakaran disebuah masjid lama Bukit Baru yang memusnahkan hampir keseluruhan masjid tersebut pada tahun 1918 maka Penghulu Demang Muhammad Dali telah mewaqafkan tanah beliau di Pekan Bukit Baru itu untuk di naikkan sebuah masjid yang baru dan lebih selesa bagi penggunaan penduduk kampung Bukit Baru dan kampung-kampung sekitarnya pada waktu tersebut.*_

_*Tapak masjid yang diwaqafkan itu kekallah sehingga ke hari ini yang mana berlaku beberapa kali siri mungubah suai bagi pembesaran masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada anak-anak kariah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ibadah harian mereka.*_

_*Alhamdulillah kami sebagai cucu cicit daripada keturunan Mat Riau dan Penghulu Demang Muhammad Dali sangat bersyukur dan berbangga keatas usaha yang diberikan oleh piot dan moyang kami dalam memenuhi tuntutan syariat dan masyarakat terutama bagi penduduk Mukim Bukit Baru khususnya dan di Negeri Melaka amnya,*_ _*Dengan ini marilah sama-sama kita sebagai cucu dan cicit mendoakan dan sedeqahkan Al-Fatehah kepada Almarhum moyang dan piot kita agar mereka ditempatkan bersama-sama para orang soleh serta para aulia' InsyaAllah.*_

_*AL-FATEHAH*_


Ditulis oleh: HANIF* 12 September 2018* (2 Muharram 1440H)* 10:23 am*

———————————————————

Pertumbuhan Kesedaran Sosial Orang Melayu di Melaka

Oleh Ahmat Adam

Bahagian 7

Munculnya Organisasi Pergerakan

Pada tanggal 12 Mac 1938 itu kira-kira lebih dua ratus orang telah menghadiri mesyuarat tahunan pertama Kesatuan Melayu Melaka yang diadakan di Sekolah Melayu Bukit Cina. Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah wakil-wakil Kesatuan Melayu Singapura yang terdiri daripada Haji Ambok Suloh  J. P., Che Daud Md Shah, Lt. Haji Abdul Aziz dan Che Yusof Ishak.

Dalam pemilihan Ahli-ahli Jawankuasa Kesatuan Melayu Melaka, Haji Muhammad bin Abdul Rahman telah terpilih sebagai Yang Dipertua pertamanya. Tetapi beberapa hari selepas penubuhan badan itu Haji Muhammad tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia. Justeru kerana itu salah seorang daripada lima orang Naib Yang Dipertuanya, iaitu Demang Haji Abdul Ghani bin Abdul Manan J. P. yang menjadi Penghulu Demang di Mukim Pengkalan Rama, telah mengisi jawatan Yang Dipertua. Sebelum menjadi Penghulu dan Demang dia pernah memegang jawatan kerani Melayu di Pejabat Tanah Melaka. Empat orang Naib Yang Dipertua lagi terdiri daripada Abdul Jalil bin Othman (seorang lepasan Maktab Melayu Singapura, dan juga pernah menjadi Penolong Nazir pertama bagi Sekolah Melayu di Melaka), Demang Md Dali bin Muhammad, Demang Haji Jaafar bin Awang, dan Datuk Penghulu Naning, Osman bin Kering. Jawatan Setiausaha Bersekutu dipegang oleh Hashim bin Abdul Ghani seorang lulusan High School Malacca dan menjadi juru bahasa di Mahkamah Melaka) dan Abdul Ghani bin Muhammad (yang tidak diketahui latar belakangnya). Manakala Bendahari persatuan ialah Demang Haji Abdul Rahim Baba dan Pemeriksa Kira-Kira ialah Ismail bin Mat. Selain daripada nama-nama ini, Kesatuan Melayu Melaka juga mempunyai 14 orang ahli jawatankuasa yang lain. Kemunculan kesatuan itu seolah-olah hampir serentak dengan penubuhan Persatuan Melayu Pahang, yang didirikan pada bulan Mac 1938,  dan Persatuan Melayu Selangor, yang ditubuhkan pada bulan Jun 1938.

Jika diteliti susunan nama dalam Jawatankuasa Kesatuan Melayu Melaka, nyatalah barisan pemimpinnya terdiri daripada anggota elit Melaka yang disegani. Yang Dipertua pertamanya Muhammad bin Abdul Rahman adalah seorang yang terkenal kaya dan memegang jawatan Justice of the Peace (Jaksa Pendamai) di Melaka.  Dia juga satu-satunya orang Melayu yang menjadi ahli lembaga pengarah suratkhabar mingguan  “The Malacca Guardian”. Lembaga itu dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dengan lima orang ahli (termasuk Muhammad).    

Cita-cita yang didukung oleh Kesatuan Melayu Melaka adalah sama dengan perjuangan Kesatuan Melayu Singapura, iaitu untuk menggalakkan para ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam hal-hal awam dan pemerintahan; menunjang kemajuan bangsa Melayu dan memupuk minat dalam politik dan pendidikan, serta menyuarakan kepada kerajaan British semua hal yang melibatkan hak-hak, kebebasan dan kepentingan orang Melayu. Keahlian Kesatuan Melayu Melaka hanya terbuka kepada “orang Melayu tulen yang darah keturunannya berasal dari salah satu suku peribumi di Semenanjung Tanah Melayu atau di wilayah Gugusan Kepulauan Melayu”. Tetapi syarat yang menekankan kemurnian darah keturunan Melayu telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang-orang yang digelar “Melayu D.K.K. (darah keturunan Keling) dan D.K.A. (darah keturunan Arab).

Sebagai reaksi daripada puak-puak itu, kaum peranakan India Muslim dan peranakan Arab telah mengambil langkah untuk menubuhkan di Melaka sebuah cawangan Persekutuan Islam Singapura yang didirikan sekitar 1900. Tujuannya ialah untuk menandingi Kesatuan Melayu Melaka. Jadi, pada 9 Oktober 1938 kira-kira tujuh bulan selepas Kesatuan Melayu Melaka mengadakan mesyuarat tahunan pertamanya, lahirlah Persekutuan Islam Se Malaya di Melaka yang juga dikenali dengan nama “Jamiatul Da’awa al-Islamiyah”. Di antara beberapa orang tokoh yang hadir dalam perjumpaan yang diadakan di Rumah Volunteer Melayu Melaka itu ialah Sayid Ibrahim Al-Sagoff iaitu Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Singapura. Perjumpaan yang diadakan itu telah memilih sebuah jawatankuasa yang diterajui oleh Haji Abdul Latiff bin Haji Tambi sebagai Yang Dipertua. Terdapat lapan orang Naib Yang Dipertua; dan jawatan Setiausaha Kerja dipegang oleh Sayid Alwi bin Sayid Syeikh Al-Hadi. Manakala jawatan Setiausaha Kehormat telah diisi oleh Ismail bin Mat dan Ahmad bin Jamal. Jawatan Bendahari pula dipegang oleh K. P. Y. Ismail, seorang India Muslim. Selain dia, seorang lagi India Muslim ialah K. P. M. Abdul Karim. Dalam jawatankuasa pengurusan juga terdapat beberapa orang ahli lagi yang menjadikan kesemua ahli jawatankuasa itu 20 orang bilangannya; enam daripadanya Melayu dan dua orang India Muslim.  Antara mereka yang dipilih itu terdapat juga beberapa orang yang menjadi ahli jawatankuasa Kesatuan Melayu Melaka.

Tujuan Persekutuan Islam Se Malaya Cawangan Melaka itu ialah untuk menhyebarkan dakwah Islamiyah, memupuk pendidikan Islam dan menjalankan kerja-kerja amal jariah dan kebajikan. Antara kegiatan dakwahnya ialah memberikan syarahan agama di masjid-masjid negeri Melaka. Pensyarah dari Sumatera Barat yang beraliran kaum muda dan juga mereka yang dari Singapura turut diundang untuk memberi syarahan. Dari satu segi kerjasama ini menunjukkan bahawa persaingan antara kaum tua dan kaum muda sudah dapat diredakan. Namun ada juga pihak yang menganggap bahawa orientasi Persekutuan Islam Se Malaya Cawangan Melaka itu lebih condong kepada kaum muda.

Sekalipun tujuan asal Persekutuan itu ialah untuk manyaingi Kesatuan Melayu Melaka, namun para pemimpin “Jamiatul Da’awa  al-Islmaiyah” sebanarnya tidak perlu khuatir kerana pada hakikatnya Kesatuan Melayu Melaka hanya merupakan sebuah prertubuhan pada namanya sahaja. Langkah-langkah  positif untuk mencapai cita-citanya tidak dimulakan pun; malahan pemimpin-pemimpinnya sangat kurang memberi penerangan kepada masyarakat setempat; lagipun selepas penubuhannya, ternyata Kesatuan Melayu Melaka tidak mempunyai program yang konkrit untuk melaksanakan kegiatan-kegiatannya. Satu faktor yang mungkin menjadi penyebab ialah pengawasan rapi dan teliti daripada pihak kolonial terhadap apa saja yang berbersifat organisasi sosio-politik telah tidak memberikan banyak kesempatan kepada    para pemimpin pertubuhan itu untuk bergerak secara bebas.  Sementelahnya pula, kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada orang-orang yang makan gaji dengan kerajaan. Satu faktor lagi yang harus difikirkan ialah bahawa hampir separuh daripada ahli-ahli jawatankuasa Kesatuan Melayu Melaka (yakni sepuluh daripada 23 orang) itu terdiri daripada golongan pemimpin tradisional yang terdiri daripada datuk-datuk Demang dan Penghulu. Yang selebihnya pun terdiri  daripada guru-guru, imam, dan pekerja-pekerja pejabat. Justeru kerana pangkat, kedudukan dan latar belakang sosio-ekonomi para pemimpin tradisional itu maka amat sukarlah bagi mereka untuk memberanikan diri menguji Inggeris dalam berjuang seperti mana yang dilakukan oleh badan induknya, Kesatuan Melayu Singapura. Sifat pemikiran feudal yang ada pada datuk-datuk itu juga menyebabkan Kesatuan Melayu Melaka lebih cenderung untuk bekerjasama dengan British, dan bukan menentang kerajaan walaupun jika ada percanggahan pendapat.  

Oleh yang demikian, menjelang tahun-tahun empat puluhan nama Kesatuan Melayu Melaka tidak banyak membawa erti apa-apa. Ketika isu Malayan Union menjadi begitu hangat dipolemikkan, Kesatuan Melayu Melaka tinggal kaku dan beku tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Dalam pada itu, saingannya, Persekutuan Seruan Islam Se Malaya juga telah mengalami kesulitan-kesulitan berorganisasi apabila Yang Dipertuanya, Haji Abdul Latiff bin Tambi meninggal dunia pada bulan September 1939. Lebih merugikan lagi  pada tahun yang sama juga Sayid Alwi  bin Sayid Syeikh Al-Hadi yang terkenal aktif sebagai wartawan, guru dan penggerak persatuan, telah meninggalkan pertubuhan itu dan berpindah ke Johor Bahru. Sekalipun demikian, “Jamiatul Da’awa al-Islamiyah” itu masih wujud pada awal tahun empat puluhan, namun ia tidak lebih daripada sebuah badan sosial agama sahaja.    

Menjelang penghujung dekad tiga puluhan, tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran sosial dan ekonomi telah pun kelihatan tumbuh di Melaka dengan tampilnya golongan cendekiawan setempat memainkan peranannya. Pertambahan bilangan cendekiawan walau bagaimanapun lebih ketara selepas  pecahnya Perang Dunia Kedua, iaitu ketika negeri Melaka menyaksikan  lebih ramai anak Melaka yang lulus dari Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim pulang ke Melaka. Kesedaran mereka terhadap persekitaran politik kebangsaan semasa belajar di Tanjung Malim dan pergaulan yang mereka alami di maktab itu telah menyumbang ke arah kesedaran untuk berpolitik di kalangan guru-guru Melayu. Di Tanjung Malim mereka telah kenal dengan Ibrahim Haji Yaacob yang telah mendirikan “Belia Malaya”, pertubuhan yang mendahului “Kesatuan Melayu  Muda”; kedua-dua nama telah diilhami oleh pertubuhan orang muda di Indonesia seperti Jong Java, Jong Celebes, Jong Sumatranen Bond dan lain-lain.  Tidak syak lagi masa belajar di Tanjung Malim itulah guru-guru dari Melaka seperti Md Isa bin Mahmud, Ibrahim bin Endut dan Mohd. Yusof Harun terpengaruh dengan kesedaran politik yang telah timbul.  

Kesan politik yang mereka peroleh itu jugalah yang mendorong beberapa orang guru-guru muda dari Melaka untuk menganjurkan pertemuan bagi menubuhkan sebuah organisasi politik. Pada 3 Ogos 1941 beberapa orang dalam kalangan  mereka telah berkumpul di Sulaiman Restaurant di Wolferstan Road (kini bernama Jalan Bendahara) untuk menubuhkan “Kesatuan Melayu Muda cawangan Melaka”. Mereka yang terlibat dalam usaha menubuhkannya itu antara lainnya ialah Cikgu Md Isa Mahmud, Cikgu Ibrahim bin Endut dan Cikgu Abdul Rahim bin Abu. Turut hadir dalam acara penubuhannya itu ialah Ibrahim bin Haji Yaacob, Onan Haji Siraj, Abdullah Kamal dan Hasan Manan.  Seperti yang telah dinyatakan, Md Isa bin Mahmud, adalah salah seorang guru yang mendapat semangat daripada tindakan Ibrahim Yaacob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1937.

Cikgu Md Isa Mahmud berasal dari Sungai Siput, sebuah kampung yang terletak antara pekan Lubok Cina dan Berisu. Dalam perjumpaan di Wolferstan Road itu dia telah dipilih sebagai Yang Dipertua; Setiausaha Agung pertubuhan ialah Ibrahim bin Endut, dan Bendaharinya pula ialah Abdul Rahim bin Abu. Tidak menghairankan, ketika diadakan perjumpaan untuk menubuhkan Kesatuan Melayu Muda Cawangan Melaka itu, Ibrahim bin Haji Yaacob, tokoh yang memang merupakan penggerak semangat kebangsaan Melayu, yang berlandaskan konsep “Nusantara”, telah ikut hadir. Melalui tulisan-tulisannya yang menggunakan nama pena “Asmara” dalam akhbar (termasuk menggunakan nama “IBHY” dalam akhbar “Suara Benar”) dia cuba meniupkan semangat kebangsaan Melayu yang belum pernah dijelmakan dalam bentuk sebuah persatuan politik.

Pada masa Kesatuan Melayu Muda Cawangan Melaka ditubuhkan suasana politik di seluruh Tanah Melayu adalah dalam keadaan panas lantaran rakyat jelata heboh memperkatakan kemungkinan kerajaan British di Tanah Melayu dan Singapura akan menghadapi Perang Pasifik, satu suasana perang yang akan memperlihatkan Jepun menyerang negeri-negeri dalam wilayah Pasifik. Ia bermula apabila tentera Jepun mara ke Thailand dan menyerangnya pada 7 Disember 1941 dan ini disusuli dengan serangan Jepun ke atasTanah Melayu dan Singapura. Sesungguhnya, tujuh bulan selepas Kesatuan Melayu Muda Cawangan Melaka itu ditubuhkan, kuasa tentera Jepun telah menduduki Tanah Melayu. Dengan keadaan serba kelam kabut yang memarakkan suasana perang itu, sebarang usaha untuk menggerakkan pertubuhan politik Melayu yang pertama-tama di Melaka itu hanya tinggal hasrat semata-mata.  

(Bersambung ke bahagian 8)

https://www.facebook.com/100011684062434/posts/1134612560271535/?d=n