Pengguna:Mohd Sukri Zainol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

MOHD SUKRI BIN ZAINOL[sunting | sunting sumber]

Mohd Sukri Zainol
PekerjaanKetua Penolong Pengarah
WarganegaraMalaysia
PendidikanDoktor Falsafah
Alma materKolej Sultan Abdul Hamid

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
MajikanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dr. Mohd Sukri Bin Zainol adalah seorang pemimpin dalam bidang Pengurusan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Matrikulasi, KPM. Dilahirkan dengan semangat untuk menyumbang kepada dunia pendidikan, Dr. Mohd Sukri mendedikasikan dirinya dalam lapangan ini dengan sebaiknya.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik, mengajar selama enam tahun sebelum memasuki arena pengurusan pendidikan. Selama sepuluh tahun, Dr. Mohd Sukri telah menyumbang kepada perkembangan Bahagian Pendidikan Guru sebagai Penolong Pengarah. Kebolehan dan pengalaman beliau dalam bidang ini membuka pintu kepada peningkatan kerjaya sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Matrikulasi pada Disember tahun 2022.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Penglibatan

Selain tugas utama sebagai Ketua Penolong Pengarah, Dr. Mohd Sukri juga terlibat dalam inisiatif membangunkan profesionalisme guru dan pemimpin sekolah melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Program Pensiswazahan Guru dan lain-lain. Beliau tidak hanya menjadi pemimpin, tetapi juga fasilitator dan penceramah dalam program ini, membantu merangka strategi untuk meningkatkan sistem pendidikan negara. Beliau juga terlibat dalam pembangunan dan pengembangan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) dan Sistem Guru Malaysia (SGMy)bagi menguruskan latihan dan sijil profesional guru KPM.

Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Keahlian khusus Dr. Mohd Sukri terletak dalam pengurusan pendidikan, analisis data, dan reka bentuk dashboard analitik. Beliau telah memainkan peranan penting dalam pembinaan dashboard analitik untuk memahami dan meningkatkan prestasi pendidikan. Beliau juga turut menyumbang kepakaran membangunkan Dashboard untuk SMK Putrajaya Presint 18(1) untuk pengurusan sekolah. Selain itu, kepakaran beliau dalam analisis data, reka bentuk grafik, dan produksi video telah memberikan dimensi kreatif dalam penyampaian maklumat pendidikan. Seorang pemimpin yang turut memiliki Kreativiti serta berpengalaman luas dalam teknologi digital. Selain itu memiliki kemahiran perundingan dan pemikiran kritis. Mampu menghadapi cabaran dan membantu organisasi mencapai matlamat

Akademik[sunting | sunting sumber]

Dr. Mohd Sukri juga merupakan pengarang bagi beberapa artikel berstatus Scopus yang diterbitkan di dalam dan luar negara. Kecemerlangannya di peringkat akademik mencapai puncak ketika beliau mengikuti pengajian doktor falsafah dalam bidang pengurusan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat pengiktirafan sebagai graduan Graduate On time (GOT). Pengajian sarjana dan PHD beliau telah ditaja oleh KPM, menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Ijazah pertama beliau dalam bidang Statistik dengan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Dr. Mohd Sukri juga dikenali sebagai seorang pakar dalam metodologi kuantitatif, diundang sebagai penceramah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pensyarah matrikulasi yang berminat melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dan PHD. Sumbangan beliau dalam memajukan bidang pendidikan di Malaysia terus memberikan impak positif dan beliau akan berusaha untuk memberikan inspirasi bagi generasi baru dalam dunia pendidikan.

Artikel[sunting | sunting sumber]

Sidang Editor / Penulis Buku[sunting | sunting sumber]