Pengguna:Muhammad Roslee
Ini adalah laman pengguna Wikipedia.
Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Muhammad_Roslee. |
Bismillahirrahmanirrahim
Wikipedia:Kotak pengguna | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Muhammad Roslee aka Ultra Melayu Islam
Misi:
Memartabatkan bahasa Melayu menjadi bahasa dunia dan Islam
Berusaha Gigih,
Belajar dan terus Belajar,
Marilah menuju Kejayaan,
Maju terus Maju,
Menuju Ilmu Pengetahuan.
Isi kandungan
Doa dan memohon perlindungan dari Allah[sunting | sunting sumber]
رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbana la taj’alna fitnatan lil qaumidz dzalimin.
Wa najjina birahmatika minal qaumil kafirin.
“Ya Tuhan kami. Semoga Engkau tidak menjadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang dzalim (buruk amal perbuatannya), dan pastinya Engkau pun berkenan menyelamatkan kami dengan rahmat-Mu dari (tipu daya) orang-orang yang kafir (mengingkari dan memusuhi ajaran-ajaran-Mu).”
(QS. Yunus: 85-86)
رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Ya Tuhanku, semoga Engkau berkenan menganugrahkan pertolongan kepadaku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu.
(QS. Al-‘Ankabut: 30)
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”
(QS. Ali Imran/3 : 54)
“Perang adalah tipuan”
Kata “tipuan” dalam hadits ini sama sifatnya dengan kata “tipu daya” pada ayat di atas. Seorang muslim yang menipu saudaranya sesama muslim jelas hukumnya adalah haram, tetapi seorang muslim yang menipu orang kafir yang merupakan musuh Allah dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam (di dalam peperangan), maka hal seperti itu tidaklah haram, bahkan hukumnya wajib.
Demikian juga tipu daya seorang muslim terhadap orang kafir yang lebih dulu berniat membuat tipu daya terhadap dirinya dengan tujuan untuk menyelamatkan dirinya seperti ini jelas tidak tercela, bahka ini adalah tipu daya yang baik. Tipu daya ini dilakukan oleh seorang manusia. Lalu bagaimana kalau tipu daya tersebut berasal dari Dzat yang menguasai seluruh alam ? Yang Maha Tahu, Maha Bijaksana, Apakah mungkin tipu daya-Nya tercela ?.
Agama Ku[sunting | sunting sumber]
Bicara Islam Agama Kebenaran[sunting | sunting sumber]
Al Baqarah |
---|
Alihaksara
Ayat 1-30
Ayat 31 - 60
Ayat 61 - 90
Ayat 91 - 120
Ayat 121 - 150
Ayat 151 - 180
Ayat 181 - 210
Ayat 211 - 240
Ayat 241 - 270
Ayat 271 - 286
|
Kebenaran |
---|
Salah satu daripada 99 Nama-nama Allah dalam Islam ialah " al-Haqq " yang bererti " kebenaran, realiti dan hakikat yang teragung ". Konsep kebenaran adalah penting dalam Islam, dan perkataan itu berlaku ratusan kali di dalam al-Qur'an dan hadith ( tradisi serta 'sunnah' tentang apa yang telah diajari dan diamalkan oleh Muhammad ). Sebagaimana agama Kristian, Islam adalah agama yang juga menolak pandangan relativisme dan percayai akidahnyalah 'kebenaran yang mutlak'. Al-Qur'an berbahasa Arab dikira sebagai firman dan kalam Allah sendiri, mirip sepenuhnya dengan apa yang tercatat di atas 'papan terjaga' atau lauh mahfuz di Syurga. Muhammad dianggap sebagai 'nabi terakhir yang maksum' dan kepada dialah telah diwahyukan al-Quran melalui malaikat Jibril dan kehidupan Muhammad harus dijadikan contoh tauladan bagi semua orang Islam dalam segala-gala hal."Supaya Allah membalasi orang-orang yang benar, kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq, jika dikehendakiNya atau diterimaNya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang." Surah 33/24.
Sebagaimana kebenaran dinobatkan dan disanjung, pendustaan dan kemunafikan dikutuk."Sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang yang berlebih-lebihan lagi pendusta." Surah 40/28. Walaupun terdapat ajaran-ajaran yang jelas seperti ini, satu ajaran yang lain juga telah digubah di dalam Islam yang membenarkan orang Muslim untuk melakukan dan mengamalkan dusta dan pembohongan pada situasi yang tertentu. Manusia bersifat tidak sempurna. jika kita ingin menilai seseorang seharusnya tidak hanya melihat dari keburukan sahaja tetapi melihatlah kepada kebaikannya sekali. Sekirannya seseorang yang dipandang pada kebaikannya tetapi melindungi kejahatannya, maka dia tetap tidak terlepas dari melakukan keburukan, begitu juga seseorang yang dipandang pada keburukannya tetapi dalam masa yang sama melakukan kebaikan. Fitrah hidup sebagai manusia sememangnya begitu, tidak lari dari kedua duanya. Baik atau buruk seseorang hanya Allah swt yang mengetahuinya, jadi jangan kita cuba menilai seseorang dengan pancaindera kita yang terkabur daripada penglihatan hati. Pada mereka yang bertaqwa dan berpesan pesan pada kebenaran pasti lah yang akan dipilih menduduki syurga oleh tuhan ( Allah swt ). Oleh itu berpesan pesanlah jua hendaknya pada kebenaran dan hapuslah kebatilan itu sekuat kudrat kita melalui anugerah anggota badan yang telah tuhan cipta pada kita. Jangan merosakkan hati kita walaupun kita mengkehendaki kebenaran itu pada pilihan kita, sekiranya kebenaran itu tidak menyebelahi kita. Peganglah kuat kuat kebenaran itu melebihi kehendak kita. Dan tidak hanya mendengar cerita di sebelah pihak dan khabar khabar angin sahaja, kerana ianya belum tentu adalah kebenaran. Oleh itu jika ingin mencari kebenaran, carilah kebenaran itu melalui niat kita yang jujur semata mata untuk mengetahuinya. Maka itu condonglah pada kebenaran bukan pada condong kepada pilhan kita sendiri sekiranya kebenaran tidak memihak pada pilihan kita, Allah swt ada berfirman " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." surah Al Baqarah ayat 216. Jangan biar pilihan kita yang palsu itu merosakkan kebenaran kerana ia pasti akan menghasilkan akibat yang buruk kelak, percaya lah kebenaran pasti akan muncul untuk menghapuskan kebatilan. Sebagai umat Islam yang beriman, wajiblah menerima ketentuan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh dari-Nya. Jadi bersatulah mencari kebenaran itu, bukan bersatu mengambil pilihan kita sekiranya ia adalah jelas kepalsuan. Seharusnya bersyukurlah diatas kebenaran itu telah kelihatan bukannya mendustakannya |
Imam al ghazali |
---|
Telah bercerita lagi al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī:
Tiadalah aku berhenti daripada berfikir akan keadaanku dan jalan mana yang akan aku pilih. Hatiku masih berbolak-balik. Pada suatu hari, aku telah berazam untuk meninggalkan Baghdād, dan melepaskan diriku daripada keadaan hidup harian itu. Tetapi, pada keesokan harinya, aku telah membatalkan keputusan itu. Seolah-olah, sebelah kakiku telah melangkah ke hadapan, tetapi yang sebelah lagi telah mundur pula ke belakang! Di pagi hari, aku telah bertekad untuk menuntut akhirat, tetapi di petang hari, tentera hawa nafsu telah datang menyerang, dan telah menghancurkannya. Syahwat dunia telah mengurungku, dan memaksa aku tetap kekal sahaja di situ, sedangkan suara keimanan telah menyeru kepadaku, “Kembaralah! Kembaralah! Tiadalah umurmu melainkan tinggal sedikit sahaja, sedangkan di hadapanmu adalah perjalanan yang jauh. Tiadalah engkau kumpulkan segala ilmu dan amal melainkan semuanya adalah riyak dan palsu belaka. Jika sekarang engkau masih belum bersiap sedia untuk akhirat, bilakah masanya engkau akan bersiap sedia? Jika sekarang engkau tidak putuskan tali belenggu itu, bilakah masanya untuk memutuskannya?” Dan ketika seruan seperti ini bangkit, maka azam dan tekadku pun naik berkobar-kobar, rela menghadapi setiap cabaran dan rintangan. Tetapi kemudian, datang semula syaitan dan berbisiklah dia, “Ini adalah satu perkara yang mengganggu-ganggu sahaja, jika engkau menyerah kepadanya. Biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan segera. Jika engkau turuti ajakannya, lalu engkau tinggalkan pula segala kemegahan pangkat, serta keadaan yang baik ini, yang bebas daripada sebarang kesulitan, serta keadaan aman sejahtera yang bersih daripada perselisihan dan permusuhan, dan jika engkau turutinya, engkau akan menyesal, dan engkau akan menanggung kesukaran. Engkau tidak akan dapat kembali kepada keadaan senang seperti sebelumnya.” Dan berterusanlah keadaanku ini, di mana aku berada di antara tarikan syahwat dunia, dan tarikan panggilan akhirat. Ia berpanjangan selama hampir enam bulan, bermula dari bulan Rejab tahun 488 Hijrah. Pada bulan itu, aku telah berasa sudah tidak lagi berdaya, tiada lagi ikhtiarku, terpaksa menyerah sahaja. Allah telah mengunci lidahku, sehingga aku tidak dapat mengajar. Pada suatu hari, aku gagahi juga diriku untuk menyampaikan kuliah agar dapat menggembirakan hati para pelajarku. Tetapi lidahku telah menjadi kelu. Aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun. Benar-benar tidak berdaya. Dan keadaan bisu ini telah membuatku berdukacita, sehingga telah menjejaskan kekuatan pencernaan di perutku, dan menyekat makanan dan minumanku. Roti yang dicecah kuah pun tidak dapat aku kunyah, dan tidak dapat aku telan makanan walaupun sesuap. Aku menjadi semakin lemah, sehingga para doktor yang merawatiku pun telah berputus asa, dan telah berkata mereka, “Perkara in berpunca dari kalbu. Dari situ, ia telah merebak hingga ke seluruh badan. Dan tiada cara untuk mengubatinya, melainkan melaluinya juga. Buangkanlah rahsia yang telah menghasilkan segala duka nestapa ini.” Akhirnya, setelah menyedari akan betapa lemahnya diriku, setelah kehabisan segala ikhtiarku, aku pun berserah bulat-bulat kepada Allah Ta‘ala. Dia telah memperkenankan doaku, kerana Dialah Tuhan yang memperkenankan doa orang yang terdesak, apabila orang itu berdoa kepadaNya. Kini, menjadi ringanlah bagi hatiku untuk meninggalkan segala kemegahan, kekayaan, anak-anak dan rakan-rakan. |
Agama[sunting | sunting sumber]
Artikel baru
Butiran | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Agama | ||||||||
Kisah Nabi Adam | ||||||||
Kisah Nabi Idris |
Kemaskini Rencana[sunting | sunting sumber]
Negara[sunting | sunting sumber]
Bulan Perlu dikemaskini Bulan Belum dikemaskini
Butiran | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemaskini (2019) | Sukan | Kejohanan | Benua | |||||
Setakat 28 November 2019 | Bola sepak | Kedudukan Dunia FIFA | Antarabangsa | |||||
2021 | Bola sepak | Piala Konfederasi FIFA 2021 | Antarabangsa | |||||
26 Mac 2020 | Bola sepak | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 | Antarabangsa | |||||
2020 | Bola sepak | Liga Negara-Negara UEFA 2020–21 | Eropah | |||||
1 April 2020 | Bola sepak | Kelayakan UEFA Euro 2020 | Eropah | |||||
1 Januari 2020 | Bola sepak Remaja | Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020 | Eropah | |||||
1 Januari 2020 | Bola sepak Remaja | Kelayakan Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2020 | Eropah | |||||
26 Mac 2020 | Bola sepak | Kelayakan Piala Asia 2023 | Asia | |||||
30 November 2020 | Bola sepak | Piala Solidariti AFC 2020 | Asia | |||||
8 Januari 2020 | Bola sepak Remaja | Piala Asia B-23 AFC 2020 | Asia | |||||
sedang berjalan | Bola sepak Remaja | Bola sepak di Sukan Asia Tenggara 2019 | ASEAN | |||||
Oktober 2020 | Bola sepak Remaja | Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020 | Asia | |||||
September 2020 | Bola sepak Remaja | Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020 | Asia | |||||
2020 | Bola sepak Remaja | Kejohanan Remaja B-23 AFF 2020 | ASEAN | |||||
2020 | Bola sepak Remaja | Kejohanan Remaja B-19 AFF 2020 | ASEAN | |||||
2020 | Bola sepak Remaja | Kejohanan Remaja B-16 AFF 2020 | ASEAN | |||||
2020 | Hoki Remaja | Hoki Piala Remaja Asia 2020 | Asia |
Domestik[sunting | sunting sumber]
Butiran | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kemaskini (2019) | Sukan | Kejohanan | Benua | |||||
Artikel baru | Stadium Bola sepak | Stadium Sultan Ibrahim | Gelang Patah, Johor |
Rencana[sunting | sunting sumber]
Rencana dalam persediaan[sunting | sunting sumber]
Butiran | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Sukan | Kejohanan | Benua | |||||
1958 hingga 2014 | Bola sepak | Kelayakan Piala Dunia FIFA 1982 hingga 2006 | Antarabangsa |
Nota: Memerlukan masa yang panjang untuk siap sepenuhnya
Rencana sumber[sunting | sunting sumber]
Nota: Rencana ini memerlukan sumber, jadi memerlukan masa yang panjang untuk siap sepenuhnya
Kata-kata perangsang dan kesabaran:
Tidak perlu fikir rencana lain seandainya rencana anda yang sebelumnya belum siap, tenang dan fokus satu demi satu.
Nota[sunting | sunting sumber]
Akaun Pengguna:Gua sayang zeti buat masa ini saya bekukan, dan saya ganti kepada akaun baru ini. terima kasih. |}
Kemaskini Utama[sunting | sunting sumber]
- Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
- Pasukan bola sepak wanita Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Malaysia
- Pasukan bola sepak pantai kebangsaan Malaysia
- Pasukan futsal kebangsaan Malaysia
- Pasukan hoki kebangsaan Malaysia
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Sumber[sunting | sunting sumber]