Pengguna:Nonika fujiwara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SEJARAH PENUBUHAN SAVOC

Proton telah melancarkan Proton Savvy pada 8 Jun 2005, 2 minggu selepas Perodua Myvi dilancarkan. Pelancaran kedua-dua buah kereta ini menimbulkan pelbagai kritikan dari rakyat Malaysia, terutamanya pada Proton Savvy; jumlah tempahan Perodua Myvi yang sangat besar berbanding Proton Savvy jelas nyata menunjukkan pendapat sebahagian besar pengguna. Namun begitu, Proton Savvy tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri – yang mahukan kereta yang sedap dipandu, kecil, jimat minyak, mampu-milik, sporty dan selamat.SAVOC Setelah 3 bulan Proton Savvy dikeluarkan, En. Chin Khim Foh telah mengasaskan SAVOC ( Savvy Owner Club ) di portal Yahoo Group pada 9 September 2005. Beliau adalah antara pemilik Proton Savvy keluaran pertama. Tujuannya membuka group tersebut adalah demi berkongsi pengalamannya dengan pemilik Proton Savvy yang lain tentang kereta kesayangannya itu, memandangkan Proton Savvy adalah sama sekali berlainan dengan kereta-kereta yang pernah dikeluarkan oleh Proton sebelum ini. Dek kerana semakin ramai pemilik Savvy mendaftarkan diri dengan group tersebut, maka laman web forum www.savoc.net telah didirikan dengan bantuan beberapa orang ahli SAVOC iaitu En. Chin sendiri, tobyboy, HUZA (NagaFly), neurra, tyhii, toritori, Mb_321, peeps, Amin dan Pezzo. Matlamat laman web ini adalah untuk manampung lebih ramai ahli kelab di bawah satu bumbung yang lebih besar, agar dapat berkongsi masalah, idea dan kisah suka duka mereka bersama Savvy. Laman ini terbuka kepada pemilik dan juga peminat Proton Savvy berpandukan pada motto Friendship Ideas Solution – membina jalinan persahabatan dengan semua pemilik Proton Savvy; menyalurkan idea, cadangan dan pendapat yang boleh memantapkan kereta kesayangan; mencari penyelesaian dan membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pemilik pada kereta mereka. Logo SAVOC yang digunapakai sehingga kini direka oleh peeps sendiri.Laman web www.savoc.net mendapat sambutan baik dari pemilik dan peminat Proton Savvy seluruh Malaysia, memandangkan keahliannya adalah percuma dan tidak mengenakan syarat yang ketat untuk menyertai kelab. Malah ia dikunjungi pemilik Proton Savvy dari luar negara selepas kereta tersebut dilancarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Australia dan Singapura.

Banyak permasalahan dan penyelesaian dikongsi bersama. Perjumpaan-perjumpaan kecil dan besar sesama ahli juga turut diadakan untuk mengenali dan merapatkan silaturrahim antara ahli. Nyata masalah umur, bangsa, pekerjaan dan taraf hidup langsung tidak menjadi isu sebaik saja ahli kelab bertentang mata kerana mereka sama-sama mempunyai satu PERSAMAAN – mereka sama-sama menyayangi Proton Savvy.Tidak lama kemudian, pada 9 Januari 2006, versi web mobile iatu http://mobile.savoc.net dilancarkan dikhususkan kepada ahli-ahli yang tidak dapat berada di depan komputer sepanjang masa, dan mahu mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam laman www.savoc.net.SAVOC NRU semakin lama, jumlah ahli kelab SAVOC makin bertambah di seluruh tempat dan negeri di Malaysia. Perjumpaan atau TT diadakan setiap minggu membincangkan hal-hal berkaitan kereta kesayangan di kawasan masing-masing. Memandangkan kebanyakan aktiviti luar Kelab SAVOC banyak tertumpu pada kawasan Lembah Klang (Central), ahli-ahli SAVOC di utara tanah air telah berpakat untuk menubuhkan SAVOC cawangan Utara atau lebih dikenali Northern Region United (NRU) pada 5 Februari 2006, untuk memudahkan aktiviti kelab di kawasan tersebut dijalankan. Mereka bergiat aktif dan mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan Proton Savvy seperti TT, konvoi Savvy ke tempat-tempat menarik, serta menarik lebih ramai ahli untuk menyertai SAVOC.Langkah NRU ini turut diikuti ahli kelab di daerah lain seperti Southern (selatan tanah air), Sabah, Sarawak dan pantai Timur. Manakala ahli SAVOC di Central pula terbahagi kepada beberapa tempat seperti kawasan Bangi, Shah Alam, dan Petaling Jaya. Walaupun terbahagi mengikut kawasan dan tempat, tetapi ahli kelab tetap bersatu mengikuti acara-acara besar yang dianjurkan kelab meskipun tempat acara berlangsung agak jauh dari kawasan mereka.Laman www.savoc.net juga saban hari menerima lebih ramai ahli dan pengunjung; berbincang di dalam forum-forum tentang Savvy dan hal-hal lain yang tidak bersangkutan. Oleh kerana itu, server www.savoc.net mengalami masalah trafik disebabkan terlalu ramai pengguna yang cuba untuk log masuk dan mengakses forum dalam masa yang sama. Kerap kali laman web ini tidak dapat dicapai kerana masalah tersebut.Atas inisiatif sendiri, NRU telah melancarkan laman web sendiri iaitu <<http://savoc-nru.syok.org>> (kini www.savocnru.net ) kerana mahu mengurangkan masalah trafik yang dihadapi www.savoc.net, serta memudahkan mereka untuk membuat perbincangan, pengumuman dan pelaporan aktiviti di kawasan utara tanah air. Dengan adanya laman web ini, hubungan kekawanan antara ahli SAVOC lebih erat terjalin kerana ahli dari kawasan lain juga turut mengunjungi laman ini untuk mendapatkan informasi, sekiranya laman utama SAVOC sedang menghadapi masalah.