Pengguna:Orcaz/kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Orcaz/kotak pasir
Neon Genesis Evangelion Logo.png
GenreDrama, Mecha, Fiksyen sains
Anime
PengarahAnno Hideaki
Skrip/PenulisAnno Hideaki
StudioGAINAX, Tatsunoko Production
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo
Dikeluarkan pada4 Oktober 199527 Mac 1996
Portal Anime dan Manga

Neon Genesis Evangelion (新世紀エヴァンゲリオン, Shin Seiki Evangerion) adalah sebuah anime fiksyen sains Jepun yang juga dipanggil Evangelion atau Eva. Ia disiarkan di Jepun bermula 4 Oktober 1995 hingga 27 Mac 1996 dengan 26 episod. Diterbitkan oleh GAINAX, ditulis dan diarah oleh Anno Hideaki. Anime ini terkenal dengan temanya yang amat berat.

Anime ini juga merupakan permulaan bari francais Neon Genesis Evangelion yang berkembang ke media lain seperti manga, novel dan permainan video.

Anime Neon Genesis Evangelion mengisahkan di Tokyo, bertahun selepas satu malapetaka besar berlaku. Terdapat sebuah organisasi yang dipanggil NERV, menggunakan cyborg gergasi dipanggil Evangelion bagi menentang Angel serta mengelakkan satu lagi malapetaka yang dahsyat.

Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, telah beraku satu malapetaka besar yang dipanggil "Hentaman Kedua (Second Impact)" dimana, hampir seluruh Antartika musnah dan melenyapkan hampir separuh bilangan penduduk dunia. Malapetaka tersebut dikatakan disebabkan oleh hentaman sebuah meteor pada kelajuan tinggi menghasilkan tsunami, perubahan paksi Bumi (sekaligus menyebabkan perubahan iklim dunia), dan juga mengakibatkan ketidakstabilan politik di seluruh dunia (menyebabkan konflik ekonomi dan perang nuklear).

15 tahun selepas itu, Angel mula menyerang Bumi (terutamanya Jepun, atau lebih tepat lagi Tokyo-3). Angel, dimana asal-usulnya tidak diketahui, hanya dapat ditewaskan oleh cyborg gergasi yang dipanggil Evangelion (atau Eva) yang dibangunkan oleh sebuah organisasi separa tentera yang dipanggil NERV. Unit-unit Eva ini hanya boleh dipandu oleh kanak-kanak terpilih yang berumur 14 tahun.

Bagaimanapun, misteri Angel dan Evangelion itu sendiri merupakan satu konspirasi NERV dan Seele yang mempunyai agenda tersendiri yang dipanggil Projek Pelengkap Kemanusiaan Jinrui Hokan Keikaku (人類補完計画, Bahasa Inggeris:Human Instrumentility Project).

Siaran[sunting | sunting sumber]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anime Pembukaan

Anime pembukaan menggunakan teknik "Flashcut" (gambar atau video ditunjukkan dalam jangka masa pendek biasanya dalam masa kurang dari 1 saat menyerupai denyar kamera) yang penuh dengan kata kunci disesuaikan mengikut rentak lagu "A Cruel Angel's Thesis" (残酷な天使のテーゼ, Zankoku na Tenshi no Tēze). Pada masa itu, ini merupakan sesuatu yang baru, serta menjadi identiti Neon Genesis Evangelion.

Tajuk kecil

Paparan bagi tajuk kecil bagi setiap episod adalah ringkas dengan tajuk kecil dipaparkan dengan menggunakan huruf yang berwarna putih berlatarbelakangkan warna hitam (hanya episod 15 dan 24 menggunakan huruf berwarna hitam berlatarbelakangkan putih). Tajuk ditulis dalam bentuk "L".

Eyecatch

Eyecatch untuk permulaan bahagian B akan tertulis tajuk kecil dalam bahasa Inggeris. Ia bukanlah terjemahan daripada tajuk asal, tetapi ia diberikan berdasarkan kandungan setiap episod.

Anime Penutup

Tidak seperti anime pembukaan, anime penutup amat ringkas dengan hanya menunjukkan Ayanama Rei hanya berputar didalam air dengan ditemani cahaya bulan sahaja. Lagu tema yang digunakan ialah sebuah lagu Jazz, "Fly Me to the Moon". Ini juga amat unik bagi sebuah anime. Walaupun ringkas, terdapat 14 versi lagu digunakan, dengan versi berlainan warna.

Senarai Episod[sunting | sunting sumber]

No. Episode title Director Writer Original airdate
01 "Shito, shūrai" (使徒、襲来) Tsurumaki KazuyaAnno Hideaki4 Oktober 1995
Tahun 2015, 15 tahun selepas pertemuan dengan makhluk yang tidak dikenali dipanggil Angel menyebabkan malapetaka besar yang dirujuk sebagai Hentaman Kedua, dimana ia melenyapkan separuh dari penduduk dunia. Untuk melindungi dari serangan seterusnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan NERV di Tokyo-3 untuk membangunkan satu mecha bio-mekanik yang dipanggil Evangelion. Kini, Angel telah kembali dan Evangelion yang masih belum diuji hanya boleh dipandu oleh budak 14 tahun yang terpilih sahaja. Ikari Shinji, anak kepada ketua NERV, Komander Ikari Gendo, tiba di Tokyo-3 dan dipaksa menaiki EVA 01 untuk menentang Angel, Sachiel yang sedang menyerang. 
02 "Mishiranu, tenjō (Siling tidak dikenali)" (見知らぬ、天井) Tsurumaki KazuyaAnno Hideaki
Enokido Yoji
11 Oktober 1995
Shinji bangun di hospital dengan tidak mengingati segala kejadian berlawan dengan Angel. Bapanya membiarkannya tanpa sebarang tindakan. Katsuragi Misato, ketua operasi NERV, menjadi penjaganya yang sah. Dia dibawa untuk tinggal bersama Misato, dan Shinji akhirnya mula mengingati pertarungan yang sengit itu. 
03 "Naranai, denwa (Telefon yang tidak berdering)" (鳴らない、電話) Ishido HiroyukiAnno Hideaki
Satsukawa Akio
18 Oktober 1995
Shinji memulakan persekolahannya di Tokyo-3. Di situ, dia bertemu rakan sekelasnya; Suzuhara Toji, Aida Kensuke dan Horaki Hikari. Toji berang dengan Shinji kerana adik perempuannya telah cedera semasa pertarungan Shinji dengan Sachiel. Angel berikutnya, Shamsel muncul dan Shinji pergi untuk menewaskannya. Shinji menjadi terdesak membuatkan dia mengamuk disaat akhir, menentang Angel dalam pertempuran jarak dekat lalu menewaskan Shamsel. Shinji kemudiannya menjadi trauma dengan peristiwa tersebut 
04 "Ame, nigedashita ato (Hujan, selepas melarikan diri)" (雨、逃げ出した後) Kaga TsuyoshiSatsukawa Akio25 Oktober 1995
Tertekan kerana terpaksa menjadi pilot Evangelion serta peristiwa-peristiwa sebelum ini, Shinji lari dari rumah selepas bertengkar dengan Misato. Shinji kemudian dibawa balik oleh NERV tetapi membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi pilot. Bagaimanapun, di saat terakhir, Shinji mengubah keputusan untuk terus tinggal di situ. 
05 "Rei, kokoro no mukō ni (Rei, disebalik hati)" (レイ、心のむこうに) Sugiyama KeiichiAnno Hideaki
Satsukawa Akio
1 November 1995
EVA 00 akhirnya selesai dibaiki selepas ia mengamuk semasa satu eksperimen sebelum episod satu. Shinji cuba mengenali Ayanami Rei lebih dekat lagi, tetapi dia mendapati bahawa Rei adalah seorang yang menyendiri, tiada kawan serta semua rekod masa lalunya dipadam. Satu lagi Angel baru muncul, Ramiel yang lebih kuat berbanding Angel-Angel sebelumnya. Ramiel boleh mengeluarkan tembakan pancaran partikel yang kuat dan menyebabkan Shinji hampir terbunuh. 
06 "Kessen, daisan shin Tōkyō-shi (Pertempuran di Tokyo-3)" (決戦、第3新東京市) Ishido HiroyukiAnno Hideaki
Satsukawa Akio
8 November 1995
Ramiel menggerudi masuk menembusi lapisan atas Tokyo-3 untuk sampai ke ibupejabat NERV di geofront di bawahnya. Ramiel mempunyai serangan pancaran serta mempunyai medan AT yang kuat, membuatkan serangan langsung ke atas Ramiel pasti akan mengalami kegagalan. Satu rancangan yang dipanggil "Operasi Yashima" dirancang dengan Shinji, mengendalikan EVA 01, akan menggunakan satu senjata prototaip yang maju untuk menembak Ramiel dari luar kawasan serangannya. Rei pula akan mengendalikan EVA 00 untuk melindungi EVA 01. Operasi ini memerlukan semua tenaga elektrik dari seluruh Jepun untuk dijalankan. 
07 "Hito no tsukurishimono" (人の造りしもの) Sugiyama KeiichiAnno Hideaki
Enokido Yoji
15 November 1995
Dr. Akagi Ritsuko, ketua saintis NERV memberitahu kepada Shinji mengenai hal sebenar Hentaman Kedua, Angel dan misi Evangelion untuk menumpaskan mereka. Satu organisasi yang merupakan pesaing NERV, telah membina robot gergasi bernama Jet Alone sebagai alternatif kepada Evangelion. Tidak seperti Evangelion yang memerlukan suapan tenaga dari luar dengan tenaga bateri terhad, Jet Alone mempunyai reaktor tenaga nuklearnya sendiri dan boleh beroperasi tanpa suapan tenaga dari luar. Bagaimanapun, Jet Alone tidak dapat dikawal serta reaktor mula mencair. Shinji dengan Evangelionnya serta Misato cuba memberhentikan Jet Alone. 
08 "Asuka, rainichi (Asuka, tiba)" (アスカ、来日) Tsurumaki KazuyaAnno Hideaki
Enokido Yoji
22 November 1995
Misato membawa Shinji dan rakannya Toji dan Kensuke ke satu armada pengangkut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membawa EVA 02 serta pilotnya yang panas baran, Asuka. Mengiringi Asuka ialah bekas kekasih Asuka, Kaji Ryōji. Angel akuatik, Gaghiel, mula menyerang armada tersebut. Asuka memaksa Shinji untuk memasuki EVA 02 bagi melawan Gaghiel. Gaghiel berjaya menarik EVA 02 ke dalam air. Oleh kerana EVA 02 tidak dilengkapi dengan kelengkapan yang sepatutnya, EVA 02 tidak dapat bergerak di dalam air. Misato memberi cadangan dengan "menyumbat" dua buah kapal perang ke dalam mulut Gaghiel dan menembak meriamnya dalam jarak dekat. Rancangan tersebut berjaya dan Angel tersebut tumpas. Kaji dilihat menghantar Adam kepada Gendo, dan Asuka menyertai kelas Shinji. 
09 "Shunkan, kokoro, kasanete (Detik, Hati, Bersama)" (瞬間、心、重ねて) Mizushima SeijiAnno Hideaki
Satsukawa Akio
29 November 1995
Asuka berpindah masuk ke pangsapuri Shinji dan Misato. Ketika Asuka masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan Jepun, satu Angel, Israfel datang menyerang. Keika hampir ditewaskan, Israfel terbelah kepada dua jasad dan menewaskan EVA 01 dan EVA 02. Terdesak, PBB mengambil langkah drastik dengan menjatuhkan bom N2 ke atas Angel tersebut dan berjaya melumpuhkannya buat sementara dan memberikan masa 6 hari bagi NERV mencari jalan untuk menewaskannya. Mereka mendapati, kedua-dua jasad perlu ditewaskan serentak . Misato memutuskan untuk meletakkan Shinji dan Asuka dalam satu latihan khas yang memerlukan mereka menghabiskan masa bersama dan mempersiapkan mereka untuk menyerang Angel dalam satu langkah tarian. 
10 "Magumadaibā" (マグマダイバー) Kaga Tsuyoshi
Ishido Kiroyuki
Anno Hideaki
Satsukawa Akio
6 Disember 1995
Ketiga-tiga pilot Evangelion agak murung kerana tidak dapat mengikuti lawatan ke Okinawa. Mereka dikehendaki dalam keadaan sedia dan tidak boleh meninggalkan Tokyo-3. Satu Angel dalam keadaan tidak aktif, Sandalphon (dalam tahap embrio)dijumpai di dalam gunung berapi. Untuk menangkap Angel yang berada dalam lautan magma itu, Asuka dihantar dengan EVA 02 dilengkapi dengan sut penyejukan. Bagaimanapun, Angel tersebut sedar dan berkembang dari tahap embrio memaksa Asuka untuk bertempur dengan Sandalphon di bawah permukaan magma. 
11 "Seishishita yami no naka de (Di dalam kegelapan)" (静止した闇の中で) Watanabe TatsuyaAnno Hideaki
Enokido Yoji
13 Disember 1995
Bekalan elektrik di Tokyo-3 terputus akibat sabotaj oleh pihak tertentu, membuatkan pegawai-pegawai NERV terperangkap di dalam. Ketiga-tiga pilot Evangelion pula berada di luar, dan tidak boleh memasuki ibu pejabat NERV dan ini memburukkan lagi keadaan. Satu Angel, Matariel, muncul dan mula cuba menceroboh masuk ke ibu pejabat NERV menggunakan asid yang menghakis. Ketiga-tiga pilot bertungkus-lumus untuk masuk ke dalam dengan melalui koridor dan saluran udara manakala petugas di dalam cuba menyiapsiagakan Evangelion. 
12 "Kiseki no kachi wa (Nilai satu keajaiban)" (奇跡の価値は) Ishido HiroyukiAnno Hideaki
Satsukawa Akio
20 Disember 1995
Angel Sahaquiel, satu Angel yang besar muncul di orbit Bumi. Jauh dari jarak operasi Evangelion, bom N2 dilancarkan tetapi gagal menghentikan Angel tersebut. Sahaquiel menyerang dengan serangan berbentuk kamikaze (menghempaskan dirinya sendiri ke Bumi). Oleh kerana titik jatuhan Angel tersebut sukar untuk dikenal pasti, ketiga-tiga Evangelion dilancarkan serentak dari tiga penjuru. Haluan Angel tersebut berubah dengan Evangelion terdekat ialah kepunyaan Shinji. Shinji menahan Sahaquiel dan mengembangkan medan AT manakala Asuka dan Rei cuba menumpaskannya. 
13 "Shitō, shinnyū (Angel Mencoroboh)" (使徒、侵入) Okamura TensaiAnno Hideaki
Iso Mitsuo
27 Disember 1995
Semasa menjalankan ujian terhadap pilot-pilot Evangelion, satu Angel telah menceroboh masuk ibu pejabat NERV. Iruel, merupakan Angel yang berbentuk sekumpulan organisma mikroskopik pada mulanya disalah anggap sebagai satu karat biasa, tetapi ia berjaya menceroboh masuk dua daripada tiga superkomputer NERV, Magi setelah berjaya menceroboh masuk rangkaian komputer NERV. Iruel cuba mengaktifkan binasa sendiri ibu pejabat NERV itu. Ini bagaimanapun memerlukan undi setuju dari ketiga-tiga Magi. Ritsuko cuba mendapatkan kembali kawalan terhadap ketiga-tiga Magi bagi menewaskan Iruel. 
14 "Zēre, tamashii no za (Seele, Takhta Jiwa)" (ゼーレ、魂の座) Ohtsuka Masahiko
Ando Ken
Anno Hideaki3 Januari 1996
Bahagian pertama episod ini menceritakan ringkasan tindakan Gendo dari episod satu dalam bentuk laporan oleh Seele. Bahagian kedua pula berkisahkan mengenai Ritsuko melakukan eksperimen dengan menggunakan pilot berlainan untuk setiap Evangelion. Rei tiada masalah mengendalikan EVA 01 tetapi EVA 00 mengamuk apabila cuba dikawal oleh Shinji. Di akhir episod, Rei menggunakan EVA 00 untuk membawa Tombak Longinus dari Antartika ke Terminal Dogma. 
15 "Uso to chinmoku (Pembohongan dan membisu)" (嘘と沈黙) Habu NaoyasuAnno Hideaki
Satsukawa Akio
10 Januari 1996
Kaji secara rahsia mula mengorek rahsia NERV. Shinji dan Gendo pula bertemu di pusara ibunya. Malam itu, Asuka mencium Shinji. Misato pula mula mengetahui bahasa Kaji adalah seorang perisik. Kaji menyatakan NERV menyembunyikan sesuatu daripadanya. Kaji percaya Adam, Angel yang pertama disimpan di dalam ibu pejabat NERV. 
16 "Shi ni itaru yamai, soshite (Sakit membawa kematian, lalu)" (死に至る病、そして) Tsurumaki KazuyaAnno Hideaki
Yamaguchi Hiroshi
17 Januari 1996
Satu lagi Angel baru, Laliel yang aneh muncul secara tiba-tiba di ruang udara Tokyo-3. Ia berbentuk sebuah sfera berwarna hitam dam putih. Ketiga-tiga EVA dikerah untuk menyiasat. Shinji menyerang, tetapi tidak memberikan kesan malah dia ditelan oleh bayang-bayang Angel tersebut. Bayang-bayang tersebut membesar dan menelan bersama bandar tersebut. Ritsuko mengeluarkan teori bahawa sfera itu sebenarnya bayang-bayang Angel, manakala jasad sebenarnya berbentuk bayang-bayang berdiameter 600 meter dengan tebal beberapa nanometer. Ritsuko juga menjelaskan, ruang di dalam Angel dan bayangnya itu mungkin membawa jasad ke dimensi lain melalui teori yang dipanggil Laut Dirac. NERV pula bercadang untuk menggunakan semua bom N2 untuk menghapuskan Angel tersebut. Shinji pula, dengan sistem sokongan hayat mula kehabisan tenaga, mula mengalami khayalan. Disaat akhir, Shinji mula hilang sedar dan Shinji merasakan ada seseorang memeluknya. Di luar, NERV sudah bersedia untuk memulakan serangan, dan pada masa itu EVA 01 dalam amuk mengoyak bayang-bayang Laliel (sfera) sekaligus membunuhnya. Ritsuko, melihat kejadian itu mula bertanya kepada diri-sendiri mengenai akibat pembinaan EVA. 
17 "Yoninme no tekikakusha" (四人目の適格者) Ohara MinoruAnno Hideaki
Higuchi Shinji
24 Januari 1996
NERV-02, cawangan kedua NERV yang terletak di Nevada, secara tiba-tiba lenyap dalam satu kejadian yang tidak diketahui. Dikatakan, insiden tersebut berlaku sewaktu eksperimen pemasangan enjin S2 ke dalam EVA 04. Enjin tersebut dikatakan berupaya memberikan kuasa tanpa henti kepada Evangelion. Berikutan tragedi itu, kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan EVA 03 yang sedang dibina di NEV-01 di Massachusetts dipindahkan ke NERV Tokyo-3. Sementara itu, Suzuhara Toji dipilih sebagai pilot EVA tersebut. 
18 "Inochi no sentaku o (Pilihan Hayat)" (命の選択を) Okamura TensaiAnno Hideaki
Higuchi Shinji
31 Januari 1996
Kapal terbang yang mengangkut EVA 03 ke Tokyo-3 melalui menerusi satu Angel yang menyamar sebagai awan. Angel tersebut menjangkiti EVA 03 tanpa disedari. Semasa ujian pertama EVA 03 dengan Toji di dalam, EVA 03 mula amuk dan bermutasi menjadi Angel Bardiel. EVA 03 memusnahkan kompleks ujian tersebut dan menuju ke Tokyo-3. Ketiga-tiga EVA dikerah untuk menghentikan EVA 03 tetapi Rei dan Asuka ditewaskan dengan mudah. Shinji pula enggan menyerang kerana ingin menyelamatkan pilot EVA 03 tanpa mengetahui bahawa ia adalah Toji. Gendo mengarahkan untuk memutuskan Shinji daripada kawalan kepada dummy plug. EVA 01 menyerang EVA 03 dengan ganas dan berjaya menewaskannya. Shinji, yang kecewa serta emosional, menjadi lebih takut apabila dia melihat Toji dikeluarkan daripada entry plug EVA 03. 
19 "Otoko no tatakai (Pertempuran Lelaki)" (男の戰い) MasayukiAnno Hideaki
Satsukawa Akio
7 Februari 1996
Shinji, yang ketakutan akibat pertempuran dengan EVA 03, berhenti daripada NERV buat kali kedua. Ketika Shinji hendak keluar dari Tokyo-3, Angel Zeruel menyerang dan menewaskan Evangelion yang lain. Selepas berbual dengan Kaji, Shinji kembali ke NERV sejurus sebelum Zeruel berjaya masuk ke NERV dan bertempur dengan EVA 01. Angel tersebut menguasai pertempuran tersebut ketika EVA 01 kehabisan tenaga baterinya. Armor dada EVA 01 musnah, mendedahkan teras yang sama seperti kepunyaaan Angel. Zeruel cuba untuk memusnahkan teras EVA 01 dengan Shinji merayu EVA 01 untuk bergerak. Ketika itu, EVA 01 mengamuk dan menewaskan Zeruel. EVA 01 kemudiannya melahap Angel tersebut, menyerap enjin S2 ke dalamnya. Peristiwa menjijikkan ini disaksikan oleh pegawai-pegawai NERV. 
20 "Kokoro no katachi, hito no katachi (Bentuk hati, bentuk manusia)" (心のかたち 人のかたち) Ohtsuka MasahikoAnno Hideaki14 Februari 1996
Semasa pertarungan dengan Zeruel, Shinji mencapai nisbah penyegerakan 400% dengan EVA 01, satu tahap yang sebelum ini dianggap mustahil. Oleh kerana ini, Shinji "bergabung" dengan Evangelion, menjadikan tubuhnya kepada LCL di dalam entry plug. Selama 30 hari, dengan EVA 01 tersimpan di dalam hangar, Ritsuko mencari cara untuk mendapat kembali SHinji. Sementara itu, Shinji mula mengalami pengembaraan khayalan kaji dirinya Hari ke-31, Ritsuko cuba mendapatkan kembali SHinji, tetapi gagal apabila EVA 01 itu sendiri menolak arahan-arahan yang diberikan menyebabkan segala usaha untuk menyelamatkan SHinji gagal. Di dalam alam minda Shinji, Shinji cuba mendekati ibunya. Ia kemudiannya membuatkan Shinji "dilahirkan" dari teras Evangelion. 
21 "Nerufu, tanjō (Penubuhan NERV)" (ネルフ、誕生) Ishido Hiroyuki (TV)
Suzuki Shunji (DC)
Anno Hideaki
Satsukawa Akio
21 Februari 1996
Timbalan Komander NERV, Fuyutsuki Kozo telah diculik dan disoal siasat oleh Seele yang tidak berpuas hati dengan pertarungan EVA 01 sebelum ini di mana EVA 01 telah menyerap enjin S2 daripada Angel kepada badannya. Sementara itu, Kaji menghilangkan diri untuk menyiasat mengenai NERV. Ketika Fuyutsuki disoal siasat, dia mengingat kembali bagaimana dia bertemu Gendo dan Yui, peristiwa Hentaman Kedua dan bagaimana NERV tertubuh serta pembinaan Evangelion. Didalam imbas kembali itu, sejarah mengenai Misato, Ritsuko dan Rei juga dipaparkan. 
22 "Semete, ningen rashiku (Sekurang-kurangnya, berperikemanusiaan)" (せめて、人間らしく) Takamura Akira (TV)
Tsurumaki Kazuya (DC)
Anno Hideaki
Yamaguchi Hiroshi
28 Februari 1996
Selepas dikalahkan lagi oleh Angel, nisbah penyegerakan Asuka terus menurun, lalu memberi kesan kepada keupayaannya sebagai pilot EVA 02. Imbas kembali menunjukkan sejarah Asuka yang penuh tragis, di mana ia membentuk personaliti Asuka kini. Angel baru, Arael muncul di orbit Bumi jauh dari capaian senjata di Bumi dan juga Evangelion. Rei diarahkan untuk menyerang dengan Asuka sebagai sokongan. Asuka bagaimanapun tidak mengikut arahan dan pergi menyerang. Angel tersebut, menggunakan serangan secara telepati, memaksa Asuka mengingat kembali peristiwa-peristiwa lepas membuatkannya trauma. Ini mengganggu kestabilan mental Asuka membuatkan EVA 02 berhenti beroperasi. Rei diarahkan untuk menyerang Arael dengan menggunakan Tombak Longinus. Tombak tersebut berjaya menembusi Medan AT Arael lalu melenyapkannya tetapi tombak tersebut mencapai kelajuan lepas lalu memasuki orbit Bulan. Kemarahan dan kebencian Asuka. terutamanya terhadap Rei bertambah dengan kegagalan ini. 
23 "Namida (Air Mata)" (涙) Masuo Shoichi (TV)
Masayuki (DC)
Anno Hideaki
Yamaguchi Hiroshi
6 Mac 1996
Berikutan kekalahan terhadap Angel sebelum ini, Asuka mengalami kemurungan. Angel, seterusnya, Armisel menyerang dan cuba "bersatu" dengan EVA 00, menyebabkannya berhubung dengan minda Rei seperti yang terjadi pada Asuka dan juga Shinji sebelum ini. Demi untuk menyelamatkan Shinji, Rei mengambil keputusan untuk membuatkan EVA 00 binasa sendiri lalu menewaskan Armisael. Rei kelihatan "pulih" daripada letupan yang dikatakan tiada siapa boleh terselamat. Misato memaksa Ritsuko untuk menunjukkan rahsia NERV kepadanya serta Shinji. Ritsuko menceritakan sejarah Eva, dan juga Rei. 
24 "Saigo no shisha (Utusan terakir)" (最後のシ者) Masuo Shoichi (TV)
Masayuki (DC)
Anno Hideaki
Satsukawa Akio
13 Mac 1996
Kemurungan Asuka bertambah buruk dia mengalami katatonia. Seele menghantar Nagisa Kaworu ke NERV bagi menggantikan Asuka untuk mengendali EVA 02. Shinji dan Kaworu menjadi rapat. Kemudian, didapati bahawa Kaworu adalah Angel yang terakhir dan dihantar untuk bersatu dengan Angel Adam di Terminal Dogma di tingkat paling bawah ibu pejabat NERV. Shinji dengan EVA 01nya melawan Kaworu yang mengendali EVA 02 ketika mereka berdua sedang jatuh bebas semasa turun ke Terminal Dogma. Ketika Shinji berjaya menewaskan EVA 02, Kaworu berjaya mendekati Angel di Terminal Dogma dan menyedari bahawa Angel tersebut bukanlah Adam, sebaliknya ia adalah Lilith. Menyedari tujuan sebenar Seele, Kaworu menyuruh Shinji membunuhnya bagi mengelakkan manusia dihancurkan. Shinji, walaupun teragak-agak pada mulanya, membunuh Kaworu. Kemudian, dia menjadi trauma akibat peristiwa tersebut dan cuba bercakap dengan Misato, tetapi Misato juga mengalami masalah peribadinya sendiri. 
25 "Owaru sekai (A World That's Ending)" (終わる世界) Kazuya TsurumakiHideaki AnnoMarch 20, 1996
The Human Instrumentality Project begins, merging the souls of humankind into a single entity. Shinji, Rei, Misato, and Asuka struggle with their reasons for existence. Shinji discovers that he has created a solitary existence for himself, a world in which he alone can exist. 
26 "Sekai no chūshin de "ai" o sakenda kemono (The Beast that Shouted "I" at the Heart of the World)[1]" (世界の中心でアイを叫んだけもの) Masayuki
Kazuya Tsurumaki
Hideaki AnnoMarch 27, 1996
The Human Instrumentality Project continues as humankind attempts to complete its existence. Shinji continues to struggle with the impact of his personal existence, and eventually views a world (resembling a light-hearted, comedic high school setting) in which he is not an Evangelion pilot. Shinji, now understanding that his existence is not fixed, destroys the constrictive shell which he had formed around himself. He is met by all of the other characters from the series, who applaud and congratulate him, and, in response, he thanks them all. 

Watak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alternatively translated as "The Beast that Shouted 'Love' at the Heart of the World" since it is not clear whether the katakana word アイ (ai) in the title refers to the Japanese transliteration of "I" or the Japanese word 愛 (ai), meaning "love" (in reference to Harlan Ellison's book and short story of the same name).