Pengguna:PM Poon/Permintaan khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Halaman perbualan biasa diarkibkan dari semasa ke semasa sewaktu halaman itu terlalu panjang. Halaman-halaman yang terlalu panjang amat sukar untuk melayar dan biasanya mengandungi perbincangan yang usang. Tambahan pula, halaman perbualan yang terlalu panjang membebankan pengguna yang menggunakan sambungan internet yang perlahan. Sebilangan pengguna juga tidak boleh menyunting halaman-halaman yang melebihi 32 kB disebabkan had-had saiz halaman pelayar.

Terdapat dua kaedah utama untuk mengarkibkan sebuah halaman perbualan, sebagaimana yang diperincikan di bawah. Tidak mengira kaedah yang dipilih, anda harus meninggalkan perbincangan-perbincangan yang masih berlangsung dalam halaman perbualan anda. Adalah amat membantu jika anda melabelkan arkib-arkib anda dengan tarikh-tarikh dan memberikan ringkasan perbincangan-perbincangan utamanya.

Menulis semula halaman perbualan ialah satu alternatif atau pelengkap untuk pengarkibannya.

Arkib-arkib subhalaman[sunting | sunting sumber]

Kaedah 'gunting dan tampal' perbualan-perbualan yang lalu ke dalam subhalaman yang berasingan merupakan kaedah yang terpopular untuk mengarkibkan halaman perbualan.

Kaedah[sunting | sunting sumber]

  1. Klik pada tab sunting di halaman perbualan yang anda ingin mengarkibkan.
  2. Dalam kotak penyuntingan, tonjolkan semua teks yang anda ingin mengarkibkan, klik-kanan (Windows) atau Ctrl-klik (Mac), dan kemudian memilih gunting. Teks anda akan disalin ke dalam papan keratan anda.
  3. Sewaktu anda masih dalam tetingkap penyuntingan, ciptakan pautan ke arkib yang anda ingin mencipta. Letakkan condong ("/") di depan pautan untuk mencipta subhalaman, umpamanya /Arkib1 atau /Perdebatan tempat kelahiran. Yang berikut ialah beberapa contoh kod: *[[/Arkib 1]]: Jun 2004 – Mei 2005. Sebenarnya, anda hanya menggantikan perbincangan-perbincangan lama dengan pautan ke arkib.
    • Anda juga boleh menggunakan {{subst:kotakarkib}} untuk menghasilkan kotak terapung bagi pautan-pautan arkib.
  4. Simpan halaman. Kini, anda harus mempunyai sebuah halaman yang hampir-hampir kosong dengan pautan merah ke arkib anda di atas. Ikutlah pautan merah, dan klik pada memulakan rencana baru dengan tajuk ini.
    • Jika anda menggunakan kotak arkib, ia akan menunjukkan tarikh-tarikh semasa sebagai pautan merah. Kemudian, anda boleh klik pada tab sunting untuk halaman perbualan anda dan menukarkan tarikh-tarikh atau perkataan-perkataan yang sesuai untuk arkib yang anda mencipta.
  5. Tampalkan perbincangan-perbincangan lama dari papan keratan anda ke kotak penyuntingan. Sebelum menyimpan halaman, anda mungkin hendak mencipta pengumuman di atas untuk menerangkan bahawa halaman itu merupakan arkib untuk perbincangan yang tidak aktif dan harus tidak disunting. Templat {{talkarchive}} disediakan. Jika terdapat arkib-arkib yang lain, anda mungkin hendak mengaitkan arkib yang baru dengan arkib-arkib itu supaya pembaca-pembaca boleh melayar dengan mudah antara arkib-arkib anda.
  6. Simpan. Anda telah mencipta sebuah arkib.

Kelebihan-kelebihan kaedah ini[sunting | sunting sumber]

  • Perbincangan boleh diarkibkan mengikut perkara, berbanding kronologi. Ini mungkin lebih sesuai untuk halaman-halaman perbualan yang mempunyai perkara-perkara yang mungkin akan ditimbulkan semula dari semasa ke semasa. Perkara-perkara itu lebih mudah dicari jika semua perbincangan yang lalu diletakkan dalam satu tempat. Pengarkiban melalui topik biasa tidak begitu sesuai untuk halaman-halaman perbualan pengguna peribadi.
  • Arkib-arkib boleh disunting untuk mencapai kejelasan. Umpamanya, tajuk-tajuk bahagian boleh dinamakan semula supaya lebih membantu, komen-komen yang tidak ditandatangani boleh dicatatkan, komen-komen yang tidak berkaitan boleh dialih ke tempat yang lebih sesuai, persembangan-persembangan boleh dipadam, dll. (Bagaimanapun, jenis penyuntingan ini mungkin dianggap sebagai sejenis bentuk penulisan semula yang ringan.)
  • Pautan-pautan yang digunakan dalam perbincangan-perbincangan masih diindekskan dalam Wikipedia. Ini mungkin merupakan keburukan, kerana "Pautan ke halaman ini" sering disesak dengan arkib-arkib dan halaman-halaman perbualan pengguna.

Keburukan[sunting | sunting sumber]

  • Pengguna-pengguna mungkin akan menjawab dengan tidak sengaja kepada perbincangan yang tidak aktif, dan halaman itu juga terbuka untuk perbuatan laku musnah.
  • Kaedah ini mengandaikan penyuntingan yang jujur daripada pengguna yang menciptakan arkib itu. Sewaktu kepercayaan terhilang, kaedah ini adalah amat rumit untuk membuktikan bahawa maklumat-maklumatnya adalah salinan yang sah daripada halaman perbualan pengguna terkini tanpa kewujudan sejarah penyuntingan pada halaman arkib.[1].

Keadah yang lain[sunting | sunting sumber]

Arkib-arkib subhalaman boleh juga dicipta melalui peralihan halaman perbualan kepada subhalaman dan perbincangan-perbincangan yang masih aktif boleh disalin semula kepada halaman perbualan yang asal. Hasilnya sama sahaja, kecuali sejarah halaman untuk halaman perbualan juga dialihkan ke subhalaman. Kaedah ini adalah sedikit susah berbandingkan kaedah yang diperihalkan di atas, dan biasanya lebih sesuai untuk halaman-halaman perbualan yang amat aktif dan yang mempunyai banyak butiran sejarah halaman.

Perbalahan[sunting | sunting sumber]

Terdapatnya beberapa perbalahan tentang mana satu kaedah yang lebih baik. Jika sesuatu halaman diarkibkan melalui peralihan, seseorang yang hendak membaca versi lama yang tertentu untuk sesuatu halaman harus memastikan arkib yang betul lebih dahulu, dan semua pautan kepada "perbezaan" kini telah rosak. Sebaliknya, dengan pengarkiban gunting-dan-tampal, seseorang yang hendak melihat sejarah untuk sesuatu bahagian tertentu yang telah diarkib harus mencarinya dalam sejarah halaman asal (yang mungkin terlalu panjang). Bagi mana-mana satu pilihan yang anda lebih suka, anda harus menggunakan satu kaedah yang tetap untuk setiap halaman kerana pencampuran kedua-dua kaedah hanya menyebabkan kekeliruan.

Arkib-arkib pautan kekal[sunting | sunting sumber]

Dengan kaedah ini, sebagai ganti untuk menyalin perbincangan-perbincangan kepada halaman yang berasingan, anda hanya menciptakan pautan ke versi halaman terdahulu. Kaveat: Pautan ke versi halaman yang awal tidak dapat dilaksanakan dengan pautan gaya Wikipedia. Anda dikehendaki memberikan URL yang lengkap.

Kaedah[sunting | sunting sumber]

  1. Capaikan halaman perbualan yang anda ingin mengarkibkan dan klik pada pautan kekal dalam bahagian kotak alat yang terletak di palang tepi (sidebar) kiri. Sebagai ganti, capailah sejarah halaman untuk halaman perbualan dan pilihkan semakan yang anda hendak menggunakan.
  2. Salinkan URL yang lengkap daripada palang navigasi dalam pelayar web anda.
  3. Sunting halaman perbualan dan hapuskan teks yang anda hendak mengarkibkan. Sewaktu anda masih dalam tetingkap penyuntingan, ciptakan pautan ke URL yang anda menyalin di atas. Ingatkan bahawa sintaks untuk pautan URL yang lengkap adalah tidak sama dengan sintaks untuk pautan-pautan wiki. Berikut ialah sebuah contoh: [http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedia_talk:How_to_archive_a_Talk_page&oldid=1709131 Arkib 1]: Jun 2004 – Mei 2005
  4. Simpan. Anda kini telah mengarkibkan sebuah halaman perbualan.

Kelebihan-kelebihan kaedah ini[sunting | sunting sumber]

  • Kaedah ini lebih mudah dan tidak memerlukan banyak sumber.
  • Terdapat lebih banyak jaminan bahawa perbincangan-perbincangan tidak diubah tanpa sengaja atau oleh pelaku musnah.
  • Strategi ini amat sesuai untuk meringkaskan perbincangan; anda boleh memberikan gambaran keseluruhan yang padat untuk pelbagai sudut pandangan dengan satu pautan ke perbincangan yang lengkap dan tidak dicemar.

Keburukan-keburukan[sunting | sunting sumber]

  • Anda tidak dapat mengumpul dan menyusunkan topik-topik dalam satu tempat, walaupun anda boleh menyenaraikan pautan-pautan ke bahagian-bahagian dalam sejarah halaman yang berkaitan dengan sesuatu topik.
  • Arkib-arkib tidak boleh dipecahkan dan digabung semula dengan mudah, seperti yang dapat dilakukan melalui kaedah subhalaman. Jika anda kemudian hendak membahagikan arkib-arkib anda dalam cara yang berlainan, anda harus menampalkan semua arkib-arkib yang lama ke halaman perbualan, menyimpan, dan kemudian mengarkibkan semula (perhatikan bahawa sewaktu anda berbuat demikian, sejarah semakan menjadi kusut).
  • Penyuntingan arkib secara kesilapan (dan tidak mempedulikan amaran) akan tulis ganti halaman perbualan terkini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]