Pengguna:Persatuan Saudara Kita Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Urusetia Saudara Baru atau kini lebih dikenali sebagai Urusetia Saudara Kita (USK) Sarawak Secretariat of Muslim Reverts merupakan NGO bebas yang ditubuhkan di bawah seliaan Majlis Islam Sarawak (MIS) pada bulan Mei 1987. Gerakkan dakwah yang giat dijalankan di awal tahun 1970an telah mencetuskan pertambahan saudara baru di Sarawak pada masa tersebut.

Sarawak yang terkenal dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri iaitu kira-kira 27 kumpulan. Antara etnik yang terdapat di Sarawak ialah Iban, Bidayuh, Melanau , Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain.

Di Sarawak bangsa Melayu adalah sinonnim dengan pegangan agama Islam asal. Manakala kaum yang lain adalah beragama Kristian dan tiada agama. Situasi dakwah pada masa tersebut adalah mendidik saudara baru dengan budaya dan adat resam Melayu yang di lahirkan Islam. Kekurangan ilmu dan pengetahuan agama dikalangan orang Melayu, yang di ajar dari satu generasi ke satu generasi kebanyakkannya tidak mengikut Al Quran dan Sunnah tetapi budaya orang melayu itu sendiri.

Penubuhan USK adalah bagi menampung keperluan saudara baru dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim bagi mengikut Al Quran dan Sunnah. Kedudukan dakwah di Sarawak dimana selepas saudara baru yang memeluk agama Islam tiada pendidikan khusus bagi membentuk saudara baru mengikuti ajaran Al Quran dan Sunnah.

Seiring dengan cabaran semasa, kini Urusetia Saudara Baru akan didaftarkan bawah ROS sebagai Persatuan Saudara Kita Sarawak (PSKS).