Pergi ke kandungan

Pengguna:Shukrieramly/Kotak pasir 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syed Mohammad Faiz bin Syed Azemmant, adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi di negeri Pahang Darul Makmur. Beliau adalah antara tokoh dan ikon anak muda yang amat disegani oleh semua lapisan masyarakat termasuk dikalangan orang-orang politik. Ketokohan beliau amat terserlah dengan penglibatannya di dalam berbagai aktiviti kebajikan dan sosial baik di negeri Pahang khasnya dan di Malaysia amnya.


Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahikan pada 28 Ogos 1987 di Pekan Pahang. Berusia 34 tahun dan merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Beliau adalah berketurunan waris Kerabat Pahang sebelah bapa perempuan Yang Mulia Tengku Hamidah binti Sultan Abdullah Mu'tassim Billah Shah (Tengku Hamidah merupakan Kekanda kepada almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya 3 dan kemudiannya peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Mat Pekan. Hobi beliau ialah membaca dan bermain muzik. Minatnya terhadap muzik mendorong hingga menubuhkan Kelab Seni Budaya Negeri Pahang dan kumpulan band sendiri yang menampilkan gitaris terkenal kumpulan rock Lefthaned, Man Kidal and Friend atau dikenali sebagai Forever Band.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Pahang. Beliau telah menubuhkan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan membekal tenaga buruh, penyediaan kerta kerja dan penganjuran seminar asas keusahawanan.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Beliau kini merupakan Timbalan Pengerusi Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) pada 2018 hingga kini dan juga telah dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan Suara Anak Pahang pada 2019

Beliau juga aktif menjalankan aktiviti-aktiviti sumbangan dan kebajikan masyarakat. Mempengerusikan beberapa Majlis Sukarelawan yang ditubuhkan antaranya ialah Majlis Usahawan Melayu Negeri Pahang sejak tahun 2011 dan Persatuan Anak Pahang 06 pada tahun 2012

Beliau Pernah bertanding ketika Pilihanraya Umum ke-13 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N21 Peramu Jaya, Parimen Pekan pada tahun 2013.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menerima sijil penghargaan penglibatan dalam Majlis-majlis daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Swasta.Menerima anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat yang membawa gelaran Dato' daripada Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2015 dan daripada Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2016 atas khidmat bakti dan jasa-jasa beliau.

Gerakan Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif memperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan anak muda. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian dia mengubah fikiran dan menyertai demostrasi jalanan sehingga ke pilihanraya. Dia beberapa kali ditangkap, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis kerana dituduh berhimpun secara haram kerana mendesak pucuk pimpinan parti politik menukarkan calon anak muda dalam kawasan piliharayanya yang mempunyai majoriti pengundi muda untuk  memberi peluang mengimbangi suara dan kehendak anak muda disitu.

Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk pemikiran demokrasi di Malaysia ini.

Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Kini dia bersama aktivis NGO yang pro demokrasi.

Arkib Media[sunting | sunting sumber]

Gilap Pelantun Lagu Melayu Asli [24/11/2020] - Utusan Malaysia

Jangan Hina Agong Dan Raja Melayu - MPMMK [4/3/2020] - Astro Awani

Segera Laksanakan Undang-Undang Suami Culas Bayar Nafkah [3/12/2019] - Astro Awani

Memang Wajar Mahkamah Sita Harta Bekas Suami Culas Bayar Nafkah [4/12/2019] - Malaysia Gazette

Syed Mohammad Faiz. Jual Prduk BMF Seluruh Masjid [4/12/2019] - Malaysia Gazette

Belanjawan 2020: Kenapa Kerajaan Lebih Utamakan Pemaju, Warga Asing? [14/10/2019] - Astro Awani