Pengguna:Sukarela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Niat saya menjadi Sukarela menyunting dan adakalanya menulis artikel di English Wikipedia dan Wikipedia Bahasa Melayu ialah untuk menyumbang kepada koleksi ilmu yang terdapat di Web.

Konsep ilmu yang terbuka dan percuma ialah satu yang mengkagumkan. Saya mengguna perisian operasi terbuka dan percuma (Free and Open Source Software FOSS) semenjak dua tahun yang lalu. Boleh saya katakan bahawa pengetahuan saya mengenai komputer sebenarnya bermula dari titik itu, mahupun saya telah menggunakan komputer selama sepuluh tahun. Ini tidak mungkin berlaku sekiranya saya tidak menjumpai FOSS. Malah lesen Wikipedia (GNU Free Documentation Licence) juga ialah lesen yang sering digunakan oleh FOSS ataupun GNU

Banyak ilmu telah saya peroleh dari sumber-sumber yang menyediakan ilmu, yang lazimnya bermutu tinggi, dengan percuma di Internet dan Web. Pengekod-pengekod ini meluangkan masa, tenaga dan kadangkala wang hanya untuk menambahkan ilmu mereka yang sudi betanya dan mencari. Saya telah mencari dan saya telah mendapat ilmu yang sangat berguna di dalam profesion saya (ahli sains) dan di dalam kehidupan saya.

Semangat FOSS ini terdapat di Wikipedia dan saya ingin membalas jasa pengekod FOSS yang telah membantu saya dengan semangat menyebarkan ilmu pengetahuan secara percuma, saksama dan di mana-mana.

Niat kedua ialah untuk menambah bilangan kandungan Internet di dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda saya, dengan harapan mereka yang tidak bertutur di dalam bahasa Inggeris sekurang-kurangnya mendapat capaian kepada ilmu yang berguna.