Pengguna:Sysalq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

http://epejabat.com Sebuah pakej yang mengandungi 4 perisian pengurusan pejabat secara elektronik. Sistem di dalam pakej ini membolehkan staf menyelesaikan sistem penyampaian mereka dengan lebih pantas. Masa lebih singkat di ambil bagi mengendali kes-kes berkaitan dengan bidang yang tertentu.

4 Perisian berkenaan ialah Sistem Pengesanan Dokumen, Sistem Pengurusan Cuti, Sistem Pertukaran/Perakuan Murid dan Urusbajet Personal. Urusbajet personal merupakan cenderahati kepada pengguna yang telah mendapatkan pakej ini.

Sistem Pengesanan Dokumen mengendali urusan sistem fail dan dokumen keluar/masuk. Sistem ini berkebolehan merekod, menyimpan, mencari dan melapur segala butiran yang telah dimasukkan ke dalam sistem. Ianya akan mempercepat masa tindakan yang diambil jika terdapat sesuatu urusan yang berkaitan dengan surat masuk juga sistem fail atau jika terdapat kuiri terhadap sesuatu dokumen oleh pihak berkepentingan.

Sistem Pengurusan Cuti Staf ialah satu sistem yang dapat mengendali urusan percutian secara elektronik. Semua butiran yang dicatat dapat dikesan dengan mudah. Borang-borang cuti dijana secara elektronik Sistem ini juga meminitkan secara automatik semua dokumen masuk dan kelaur mengikut fail bagi memudahkan pengesanannya.

Sistem Pengurusan Pertukaran/Perakuan Murid dapat mempercepat pemperosesan pertukaran murid dengan menjana borang pertukaran dan surat perakuan secara automatik. Semua dokumen dapat dicari dan kesan dengan mudah.

Urusbajet Personal membantu mengurus perancangan kewangan pengguna. Butiran boleh dicetak dengan mudah. Ianya mampu mengelakkan pengguna dari kesempitan wang akibat tidak memeriksa plan perbelanjaan kelauarga.

Kesemua perisian ini dipakejkan di dalam suatu pakej yang dinamakan Pakej ePejabat [1]. Pencipta Sistem: Dunia pada ketika ini bercakap tentang pembestarian dan kecekapan sistem penyampaian organisasi pendidikan terutamanya sekolah. Tahun 2010 adalah tahun kritikal untuk Malaysia mempastikan seluruh sekolah di negara ini telah berjaya “membestarikan diri”.

Kepimpinan sekolah dituntut agar memastikan bahawa penguasaan teknologi ICT diberi keutamaan. Setelah sekian lama pihak sekolah diperkenalkan dengan subjek yang memerlukan ketrampilan guru di dalam bidang ICT kerana kerajaan mengharapkan agar mekanisma tersebut akan memacu status sekolah-sekolah Malaysia ke arah pembestarian di dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran. Pendidikan di Malaysia dimaksudkan agar setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju sehingga boleh dipasarkan ke dunia luar.

Penekanan kepada kecanggihan sistem pengurusan juga menuntut agar pihak organisasi pendidikan terutamanya sekolah beralih dari kaedah manual dan tradisional di dalam sistem penyampaian kepada versi moden yang sebati dengan perkembangan ICT. Terdapat sektor yang cuba memperkenal pelbagai kaedah baru di dalam sistem penyampaian.

Bagi menjawab seruan ini maka suatu sistem canggih yang pertama kali di perkenalkan di sekolah-sekolah Malaysia dapat diutarakan oleh penciptanya iaitu Syed Sulaiman bin Ariffin. Sebagai pemegang Ijazah Pengurusan Pendidikan (UPSI), Diploma Pengurusan Pendidikan (IAB), Sijil NPQH (IAB), Diploma Sains dengan Pendidikan (Fizik) dan Guru Besar yang sedikit sebanyak menguasai ilmu ICT, beliau merasa terpanggil untuk mencetuskan sistem ini bermula semasa beliau bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (2001-2004). Beliau menamakan sistem ini sebagai Sistem Pengesanan Dokumen© (SPD©) sesuai dengan fungsi utama sistem ini. Terkini versi terbaru iaitu Sistem Pengesanan Dokumen© Ver 1.2S telah dicetuskan dengan kebolehan beroperasi melalui Jaringan Rangkaian Setempat (LAN).

Terbaru pada tahun 2009, Sysalq telah mendapat latihan rasmi oleh Multimedia Development Corporation (MdeC) iaitu sebuah agensi di bawah Multimedia Super Corridor (MSC) di dalam bidang teknoprenuer. Latihan dan sokongan dari agensi ini memberi dorongan yang mantap bagi beliau untuk lebih bergiat di dalam bidang rekacipta berkaitan dengan perisian komputer terutamanya Sistem dan Pangkalan Data

Sebahagian Pengguna: Johor: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Johor Bahru (Menengah): SMK (P) Sultan Ibrahim, Pasir Gudang (Menengah):SMK Kota Masai, SMK Pasir Gudang, SMK Seri Alam, SMK Taman Daya, SMK Taman Megah Ria, SMK Pasir Gudang 2, SMK Permas Jaya 2, SMK Kota Puteri, SMK Johor Jaya 1. Pasir Gudang (Rendah): SK Bandar Seri Alam, SK Gelang Patah , SK Kopok, SK Sungai Tiram, SK Taman Molek, SK Felda Ulu Tebrau, SK Kota Masai, SK Taman Cempaka, SK Taman Permas Jaya. Kluang (Menengah):SMK Dato Abdul Rahman Andak, Kluang, SMK Tinggi Kluang. Sistem Pengesanan Dokumen: Sistem Pengesanan Dokumen telah terpilih mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dalam pertandingan Kumpulan Mutu Kerja di peringkat Negeri Johor. Sistem ini terpilih kerana didapati telah dapat mempercepatkan sistem penyampaian dalam urusan pencarian dan pengurusan dokumen.