Pengguna:Ustaz lah/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN , IPGK PEREMPUAN MELAYU , MELAKA[sunting | sunting sumber]

Unit Latihan dalam Perkhidmatan dikenali juga sebagai ULDP berfungsi sebgai pemangkin yang bertanggungjawab untuk meningkatkan perkembangan professionalisme dari segi kemahiran, pengetahuan kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru-guru di sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka.

Link laman sesawang .
Link laman sesawang .

Laman sesawang ULDP , IPGK PM

PENGENALAN[sunting | sunting sumber]

Organisasi uldp 2017
Organisasi uldp 2017

Unit Latihan dalam Perkhidmatan dikenali juga sebagai ULDP kini, beroperasi di Tingkat 1, Anjung Hikmah, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Unit ini berfungsi sebgai pemangkin yang bertanggungjawab untuk meningkatkan perkembangan professionalisme dari segi kemahiran, pengetahuan kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru-guru di sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka, khususnya. ULDP berperanan merancang dari segi pengurusan dan pelaksanaan bagi menentukan latihan berasaskan matriks kompetensi kepada guru-guru pra perkhidmatan melalui program/kursus Latihan Dalam Perkhidmatan sejajar dengan matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

LATAR BELAKANG[sunting | sunting sumber]

Pengurusan, perancangan dan pentadbiran berkaitan latihan bermula dengan penubuhan jawatankuasa : 

Jawatankuasa Latihan Kemajuan Staf  (1993 – 2007)[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu latihan perguruan, pihak maktab memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai kefahaman dan kebolehan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan profesion perguruan. Jawatan kuas.a Latihan Dalaman ini ditubuhkan sebagai usaha untuk meningkan keupayaan profesionalisme pensyarah.

Jawatan kuasa Latihan Dalaman ini ditubuhkan sebagai satu badan yang berusaha untuk meningkatkan  keupayaan profesionalisme pensyarah  maktab dan staf sokongan mengikuti perubahan dan pembaharuan yang berlaku terutamanya dalam pendidikan. Pelbagai aktiviti dan latihan akan dilaksanakan untuk menjamin perkembangan  staf yang  berkesan.

Jawatankuasa Tadbir Urus  -  Unit Latihan Dalam Perkhdimatan (2008– kini)[sunting | sunting sumber]

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ialah sebuah institut di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap latihan perguruan di IPG. Sehubungan itu, IPGM sentiasa mengambil daya usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan akademik guru melalui Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS).

Kursus ini merupakan mekanisme penting untuk guru meningkatkan tahap akademik, memantapkan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan dan membangunkan diri supaya sentiasa bersedia menghadapi perubahan dalam pendidikan  Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) ialah pihak pengurusan yang melaksanakan LPS di IPG.

Unit ini berperanan merancang dan mengendalikan pelbagai kursus atau program untuk seluruh staf (akademik dan bukan akademik) serta pegawai perkhidmatan pendidikan menerusi program yang sedia ada seperti kursus-kursus dalam perkhidmatan jangka panjang dan jangka pendek. Kursus-kursus yang dikendalikan melibatkan kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan. 

VISI ULDP[sunting | sunting sumber]

Memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan cemerlang ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan. 

VISI OBJEKTIF KUALITI ULDP[sunting | sunting sumber]

  1. 90% daripada perancangan latihan pemIbangunan staf adalah berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan.
  2. 90% daripada Latihan Pembangunan Staf yang dirancang dilaksanakan dengan mengambil kira LPS tambahan. 

 MISI  ULDP  [sunting | sunting sumber]

Sentiasa bersedia dengan penuh komitmen dan professional dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidik negara menerusi penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan kemahiran komprehensif serta dinamik. 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan berhasrat untuk : [sunting | sunting sumber]

  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi oerubahan semasa dalam sistem pendidikan negara. 
  2. Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa yang berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah dan menengah. 
  3. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, kemahiran berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

 OBJEKTIF ULDP  [sunting | sunting sumber]

  1. Merancang kursus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme pensyarah untuk perkembangan potensi kendiri secara menyeluruh dan berterusan selaras dengan aspirasi negara.
  2. Mengadakan kursus motivasi untuk semua staf bagi meningkatkan produktiviti kerja masing-masing dalam memantapkan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum pendidikan guru.
  3. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, kemahiran berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
  4. Menanam sikap positif di kalangan semua pensyarah dan staf sokongan supaya mutu kerja dapat dipertingkat.
  5. Mendedahkan pensyarah kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa.
  6. Meningkatkan kerjasama pensyarah-pensyarah dan staf sokongan dalam melaksanakan tugas dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan yang berintegiriti.

SEJARAH ULDP , IPGK PEREMPUAN MELAYU , MELAKA[sunting | sunting sumber]

Fungsi ULDP terus beranjak seiring dengan perubahan fungsi perkembangan  semasa,  apabila kolej ini  menukar namanya beberapa kali.

Bermula dengan Malay Women's Training College (MPPM) Kolej Latihan Wanita Malayu, diikuti oleh Malay Women Teacher's Institute (IPPM), yang kemudiannya diketahui  berkuat kuasa pada 25 Ogos 2008, sebagai Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka. 

MWTC IPPM IPGK PM

Sejak penubuhannya, institut ini telah berpuluh puluh ribu guru pelatih, yang mengambil tugas mengajar anak-anak yang berjaya dalam menghasilkan, bidang pendidikan guru yang cemerlang, tetapi juga dalam bidang pendidikan. Pada peringkat awal penubuhannya sehingga tahun 1995, graduan kolej dianugerahkan  Diploma dari 1996 hingga 2004.

Mulai Julai 2005 selaras dengan peningkatan latihan perguruan tinggi, telah dianugerahkan Ijazah Bachekor dalam Pengajaran. Seiring  dengan itu , fungsi LDP turut terpalit sama.

Sekitar  tahun 1993 Unit Latihan telah ditempatkan di sebuah bangunan sendiri, dinamakan dengan bangunan “Kursus Dalam Perkhidmatan”  terletak di Anjung Hikmah.  Bangunan yang  dibina tahun 1992 ini memperuntukkan sebuah bangunan khas satu-satunya maktab perguruan yang mempunyai bangunan khusus untuk melatih guru-guru menjalani kursus perguruan , MPPM telah merancang menyediakan :

Pusat Latihan Pra Perkhidmatan Keguruan Pusat Latihan Dalam Perkhidmatan  untuk sekolah (rendah, menengah  & institusi swasta). Bagi KSPK, kursus yang telah dijalankan selama dua tahun berturut-turut dikekalkan yang merangkumi kursus : -

  • Teknologi Maklumat
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Khas
  • Kesusasteraan dalam BM (Menengah)
  • Bimbingan  dan Kaunseling
Anjung hikmah
Anjung hikmah

Tahun 2011  pejabat ULDP telah  ditempatkan di tingkat  bawah, Wing Kanan, Anjung Hikmah. 

Awal tahun 2013, sekali lagi ULDP berpindah lokasi ke bangunan bersebelahan  dengan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JaPIM )sehingga Jun 2016.

Uldp 2014 2016
Uldp 2014 2016
Uldp 2014 2016
Uldp 2014 2016

Awal tahun 2017 pentadbiran  ULDP berpindah semula ke Anjung Hikmah , tingkat 1. 

Bertepatan dengan fungsi  pengurusan latihan, ULDP telah diberikan  tanggungjawab menguruskan pentadbiran dan pengurusan LPS.  Bertitiik tolak dengan perubahan yang bakal berlaku dalam proses penguraian IPG seiring dengan Transformasi  Pendidikan di kementerian, konsep  satelit kampus telah diperkenalkan. Fungsi ULDP  telah digerakkan berteraskan konsep  kerjasama integrasi kursus CPD antara  jabatan-jabatan di IPGK PM dengan  Pejabat pendidikan Daerah (PPD) Melaka. 

Ubahsuai bilk kelas
Ubahsuai bilk kursus
Ubahsuai bilk kursus
Ubahsuai bilik kursus
Ubahsuai bilik kursus seminar

Kerja-kerja penyediaan bilik untuk CPD sedang dilakukan oleh staf IPGK PM.


Sejajar dengan itu,  tujuh buah bilik latihan  yang terletak di  Kiri Tingkat 1 Anjung Hikmah telah diserahkan kepada pihak pengurusan ULDP dan bilik-bilik ini  telah diberi nama dengan  Bilik Mawar 1 hingga  Bilik Mawar 7.  Sekitar tahun 2017, kebanyakan siri latihan dijalankan di  bilik tersebut.

KURSUS YANG PERNAH DIANJURKAN  [sunting | sunting sumber]

A. Kursus Pendek Kelolaan Maktab ( KPKM / INSET )[sunting | sunting sumber]

Terdapat ubahsuai pada beberapa aspek pelaksanaan kursus, antaranya tentang pemilihan kursus yang telah ditentukan berdasarkan analisis keperluan peringkat sekolah rendah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Lokasi kursus diuabhsuai  yang mana sebelum ini tertumpu di  MPPM, telah dijalankan sebahagian kursus ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) seluruh negeri Melaka.

Perubahan ini adalah untuk  memungkinkan lebih ramai guru dapat mengikuti kursus yang disediakan. Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan,

JPN telah dilantik sebagai penyelaras segala perbincangan dan mesyuarat antara JPN dan MPPM untuk memilih dan menguruskan surat panggilan kepada peserta kursus.

Objektif Kursus Pendek Kelolaan Maktab[sunting | sunting sumber]

  • Memberi pendedahan kepada peserta terhadapa perubahan dan pembaharuan yang   sedang berlaku   dalam  pendidikan
  • Berkongsi pengetahuan dan kemahiran baharu  dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan peningkatan pendidikan
  • Mempertingkatkan sikap positif, kreatif dan inovatif dalam kalangan peserta kursus.
  • Menyediakan golongan profesional yang boleh menimbulkan kesan gandaan dalam bidang keguruan.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam dan di luar bilik darjah

B. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP )[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2001  beberapa pengubahsuaian dalam pelaksanaan  kursus telah dibuat berdasarkan analisis keperluan di peringkat sekolah  dan juga dengan JPN Melaka.

Program ini dikendalikan  oleh Jawatankuasa Induk Latihan Dalam Prkhidmatan  (LDP). KPKM sebelumnya dijalankan dalam maktab sahaja. Sebahagian kursus dijalankan di peringkat zon  seperti Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin. Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM)  dianjurkan oleh setiap jabatan di maktab

Kerjasama yang baik dari JPN Melaka dan menerima sambutan menggalakkan dari sekolah rendah dan menengah.

C. Kursus Sijil Perguruan Khas ( KSPK )[sunting | sunting sumber]

Kursus ini dijalankan selama setahun untuk guru-guru yang telah mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kursus ini lebih kepada peningkatan profesionalisme guru-guru yang ingin menambah lagi pengetahuan dengan lebih mendalam dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang ada di sekolah. Antara kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPGK Perempuan Melayu ialah :-

  • Teknologi Maklumat
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Khas
  • Kesusasteraan dalam BM (Menengah)
  • Bimbingan  dan Kaunseling

D. Kursus Dalam Perkhidmatan ( KDP )[sunting | sunting sumber]

Kursus Dalam Perkhidmatan (KSP) 14 Minggu ini telah dirancang bagi tujuan melatih guru-guru sekolah untuk menjayakan proses transformasi pendidikan di sekolah. Pelaksanaan kursus ini berorientasikan developmenal process.

Peserta kursus terdiri daripada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains sekolah rendah dan menengah.

Objektif Kursus Dalam Perkhidmatan14 Minggu[sunting | sunting sumber]

  • Merancang dan  menggubal pakej  pembelajaran mengikut  kurikulum bestari.
  • Memudah dan menguruskan pembelajaran murid melalui pelbagai strategi inovatif dan kreatif.
  • Mengapklikasi dan mengintegrasikan teknologi seperti internet, multimedia, komunikasi digital dalam PdP.
  • Menggunakan bilik darjah yang berkemudahan teknologi multimedia.

RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

  • Cadangan Keperluan Blok KDP. (Dis. 1991).  Melaka: MPPM. Unpublished
  • Kementerian Pelajaran Malaysia.  Garis Panduan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia : KPLI dan KDPM. 2007. Ed. Penceramah. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia.  Garis Panduan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia : KPLI dan KDPM. 2008. Ed. Penceramah. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru.
  • Kursus Pendek Dalam Perkhidmatan:  Iin services training INSET. (Mei,1998). Melaka: MPPM. Unpublished
  • Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan Perempyab Nelayu Melaka. (2008). MPPM. Unpublished
  • Laporan Tahunan 1997.  Melaka: MPPM.  Unpublished.
  • Laporan Tahunan 2000.  Melaka: MPPM.  Unpublished.
  • Laporan Tahunan 2001.  Melaka: MPPM.  Unpublished.
  • Laporan Kursus :  Program Perkhidmatan berkesan. (1997).  Cardiff: School of Education , University of Wales.  Unpublished.
  • Pemantauan Program Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (Bahasa Melayu). MPPM. Unpublished.
  • Sejarah Lisan :  mengenai Sejarah  IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka  bersama Pn Zahara bt nohd Kassim. 5 Mac 2018. Unpublished.