Pengguna:Usuazha7173

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Usu Azha Haji Hamzah atau nama sebenarnya Mohd Nor Azhar bin Hj Hamzah lahir pada 14 Julai 1971 di Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Beliau dibesarkan di Batu Kurau, Taiping, Perak.

Usu Azha mendapat pendidikan awal di Batu Kurau. Selepas tamat belajar beliau mengejar cita-citanya menjadi pengkarya di Kuala Lumpur. Pada tahun 1990an beliau pertama kali diterima bekerja sebagai editor di majalah humor/kartun Jenakarama terbitan Evergreen Publisher Sdn. Bhd di Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur.

Selepas menjadi editor di majalah Jenakarama, beliau berpindah kerja juga sebagai editor di majalah kartun Gelagat pada tahun 1992.

Selepas di majalah Gelagat beliau beralih arah dengan menjadi wartawan di tabloid terkenal Buletin Utama. Di tabloid Buletin Utama beliau banyak menulis tentang dunia hiburan.

Setelah di Buletin Utama ada beberapa media cetak lain yang beliau pernah bekerja seperti: - Harian Watan - Variapop - Tabloid Pentas Dunia - Tabloid Warta Seni

Kemudiannya beliau membuka sendiri penerbitan media cetak bertajuk Mingguan Seni.

Selain menulis dan menjadi editor, beliau juga giat menulis lirik lagu pada pertengahan tahun 1990an. Antara lirik tulisannya dinyanyikan oleh penyanyi Ibnor Riza, Asshraff, Ryan Band dan beberapa penyanyi lain.

Di dalam bidang drama dan filem pula beliau aktif menulis skrip untuk drama tv, dokumentari dan filem.

Filem pendek arahan beliau pernah memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik Negara Bangsa anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Bernama. Filem pendek itu bertajuk Jiwa Merdeka (2014).

Kini beliau menjadi penulis bebas dan menerbitkan beberapa buah buku, akhbar dan majalah.