Pengiktirafan kesatuan sivil di Armenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkahwinan sama jantina dan kesatuan sivil adalah tidak sah di Armenia. Perlembagaan Armenia telah menghadkan perkahwinan kepada perkahwinan di antara pasangan berlainan jantinan sahaja. marriage to opposite-sex couples.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, sebuah pasangan sesama jantina telah meraikan majlis perkahwinan mereka secara tida formal di Etchmiadzin Cathedral[1][2] dan sebuah artikel mengenai majlis ini telah diterbitkan dalam surat khabar "168 Zham" (168 Jam) sehingga ia telah menimbulkan skandal dan kemarahan terutama media konservatif, ahli polik dan agamawan.[3]

Kesatuan sivil dan perkahwinan sesama jenis tidak sah di sisi undang-undang Armenia dan beberapa debat umum telah diadakan secara kecil-kecilan. Perkahiwnan sesama jantina ini turut ditentang oleh Gereja Apostolik Armenia yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Armenia.

Menurut pindaan pada tahun 2015, Perlembagaan dibaca:
"Artikel 35. Kebabasan untuk berkahwin
1. Seorang wanita dan seorang lelaki yang cukup umur untuk berkahwin akan mempunyai hak untuk berkahwin dan membentuk keluarga dengan ekspresi bebas kehendak mereka. Umur layak berkahwin dan prosedur perkahwinan serta perceraian ditetapkan oleh undang-undang.
2. Seorang wanita dan seorang lelaki berhak mendapat hak yang sama seperti perkahwinan, semasa perkahwinan dan pembubarannya.
3. Kebebasan untuk berkahwin boleh dibatasi hanya oleh undang-undang dengan tujuan untuk melindungi kesihatan dan moral."[4]

Pada 3 Julai 2017, Menteri Kehakiman mengatakan semua perkahwinan yang berlangsung di luar Armeia, termasuk perkahwinan di antara pasangan sesama jantia adalah sah. Berdasarkan Kod Keluarga, perkahwinan di antara warganegara Armenia, atau warga Armenia dengan warganegara asing atau orang dari tanpa negara, yang didaftarkan di luar Armenia adalah sah di dalam negara selepas pengesahan konsular. Artikel ini tidak merujuk kepada jantina dari pasangan yang telah berkahwin dan menetapkan bahawa perkahwinan yang didaftarkan di negara lain yang selaras dengan undang-undang negara tertentu, sah di Armenia.[5][6] Ini membuatkan Armenia menjadi negara bekas Kesatuan Soviet kedua selepas Estonia memperaku perkahwinan sesama jantina yang dilakukan di luar negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Love and Loyalty": Marriage in secret, in an environment of fear - Features - ArmeniaNow.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-14. Dicapai pada 23 August 2015.
  2. ^ "GAYRUSSIA - Равные права без компромиссов". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-08. Dicapai pada 23 August 2015.
  3. ^ "GAYRUSSIA - Равные права без компромиссов". Dicapai pada 23 August 2015.
  4. ^ Armenian Constitution of 2015
  5. ^ "Same-sex marriages registered abroad are valid in Armenia".
  6. ^ "Armenia Recognizes Same-Sex Marriages Performed Abroad". NewNowNext.com. 4 July 2017.