Penguat kendalian
Penguat kendalian atau Op-amp (singkatan daripada perkataan Inggeris Operational amplifier) adalah peranti elektronik yang mempunyai gandaan voltan atau kebolehan menguat yang tinggi. Op-amp adalah peranti terganding terus yang boleh menerima isyarat masukan AT mahupun AU dan memproses voltan-voltan yang diterimanya untuk menghasilkan sama ada keluaran-keluaran yang linear ataupun tak-linear.
Penguat kendalian mendapat namanya daripada aplikasi awalnya iaitu mengendalikan kendalian matematik seperti penambahan, penolakan, pengamiran dan pembezaan.
Sifat-sifat op-amp[sunting | sunting sumber]
Antara sifat-sifat op-amp yang berguna untuk pembinaan litar-litar elektronik tertentu adalah:
- Penolakan ragam sepunya — op-amp mempunyai kebolehan untuk menolak atau mengurangkan hingar dan dengung terutama bagi signal AU.
- Mempunyai galangan masukan yang tinggi
- Mempunyai galangan keluaran yang rendah — mampu menghantar isyarat kepada muatan yang mempunyai galangan rendah.
- Menghasilkan lebar jalur yang luas.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkaitan elektronik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |