Penjarakan fizikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Penjarakan sosial)
Jump to navigation Jump to search
Pencegahan puncak tajam jangkitan, dikenali sebagai meratakan lengkung wabak, menghalang perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada sesak, dan juga membekalkan lebih masa bagi vaksin/rawatan untuk dikembangkan. Penyebaran jangkitan dalam rangka masa yang lebih panjang membenarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mengurus jumlah pesakit dengan lebih baik.[1][2]
Alternatif kepada meratakan lengkung[3][4]

Penjarakan sosial atau penjarakan fizikal (Bahasa Inggeris: social distancing) ialah seaturan tindakan kawalan jangkitan tidak melibatkan sebarang rawatan perubatan yang bertujuan untuk menghentikan atau memperlahankan penyebaran suatu penyakit berjangkit. Objektif penjarakkan sosial adalah untuk mengurangkan kebarangkalian bersentuh antara orang membawa suatu jangkitan, dan mereka lain yang tidak terjangkit, agar untuk mengurangkan penularan penyakit, morbiditi dan akhirnya, kematian.[5][6]

Penjarakkan sosial adalah yang paling berkesan apabila suatu jangkitan dapat ditularkan melalui sentuhan titisan (batuk atau bersin); sentuhan fizikal langsung, termasuk sentuhan seks; sentuhan fizikal tidak langsung (contohnya dengan menyentuh permukaan tercemar seperti fomit); atau penularaan bawaan udara (jika mikroorganisma dapat bertahan dalam udara dalam tempoh yang lama).[7]

Penjarakkan sosial boleh jadi kurang berkesan dalam kes di mana jangkita ditularkan terutamanya melalui air atau makanan tercemar atau melalui vektor seperti nyamuk atau serangga lain, dan kurang kerap dari orang ke orang.[8] Kelemahan penjarakkan sosial termasuk kesepian, daya pengeluaran berkurang, dan kehilangan manfaat lain berkait dengan interaksi manusia.

Dalam sejarah, perkampungan pesakit kusta dan lazaretto didirikan sebagai cara mencegah penyebaran penyakit kusta dan penyakit berjangkit yang lain melalui penjarakkan sosial,[9] sehingga penularan difahami dan rawatan berkesan dicipta.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wiles, Siouxsie (9 Mac 2020). "The three phases of Covid-19 – and how we can make it manageable". The Spinoff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2020.
  2. ^ Anderson, Roy M.; Heesterbeek, Hans; Klinkenberg, Don; Hollingsworth, T. Déirdre (9 March 2020). "How will country-based mitigation measures influence the course of the COVID-19 epidemic?". The Lancet (dalam bahasa Inggeris). 0 (10228): 931–934. doi:10.1016/S0140-6736(20)30567-5. ISSN 0140-6736. PMID 32164834. A key issue for epidemiologists is helping policy makers decide the main objectives of mitigation—e.g., minimising morbidity and associated mortality, avoiding an epidemic peak that overwhelms health-care services, keeping the effects on the economy within manageable levels, and flattening the epidemic curve to wait for vaccine development and manufacture on scale and antiviral drug therapies.
  3. ^ Wiles, Siouxsie (14 Mac 2020). "After 'Flatten the Curve', we must now 'Stop the Spread'. Here's what that means". The Spinoff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2020.
  4. ^ Anderson RM, Heesterbeek H, Klinkenberg D, Hollingsworth TD (Mac 2020). "How will country-based mitigation measures influence the course of the COVID-19 epidemic?". The Lancet (dalam bahasa Inggeris). 395 (10228): 931–934. doi:10.1016/S0140-6736(20)30567-5. PMID 32164834.
  5. ^ Johnson, Carolyn Y.; Sun, Lena; Freedman, Andrew (10 Mac 2020). "Social distancing could buy U.S. valuable time against coronavirus". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2020.
  6. ^ Pandemic Planning - Social Distancing Fact Sheet
  7. ^ "Information about Social Distancing", (dalam bahasa Inggeris) Santa Clara Public Health Department.
  8. ^ "Interim Pre-Pandemic Planning Guidance: Community Strategy for Pandemic Influenza Mitigation in the United States—Early, Targeted, Layered Use of Nonpharmaceutical Interventions", (dalam bahasa Inggeris) CDC, Februari 2007
  9. ^ Charles Léon Souvay, "Leprosy", (dalam bahasa Inggeris) Catholic Encyclopedia (1913), Volume 9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]