Penterjemah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penterjemah ialah seseorang yang membuat terjemahan frasa atau idea kepada bahasa-bahasa yang berbeza.

Panduan Terjemahan[sunting | sunting sumber]

  • Perkataan yang digunakan perlulah tepat dan memenuhi Bahasa Melayu Standard DBP. Gunakan e-istilah daripada karya net.
  • Perkataan yang tiada dalam bahasa Melayu perlulah diformatkan dalam bentuk italik bagi membezakan antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing.
  • Pastikan ayat terjemahan itu sedap didengar. Penterjemahan tidak perlu dibuat secara harafiah ( literally )
  • Seboleh bolehnya dapatkan terjemahan sesuatu perkataan itu dalam bahasa Melayu. Jika masih ingin menggunakan bahasa asing (walaupun istilah bahasa melayunya wujud), pastikan perkataan tersebut berada dalam kurungan dan dalam bentuk italik.
  contohnya:
       secara harafiah      ( literally )
       kelas masyarakat     ( social class )
  • Pastikan ayat mudah difahami. Jika boleh, kurangkan penggunaan ayat yang yang panjang lebar.

Contoh ayat[sunting | sunting sumber]

Ayat asal[sunting | sunting sumber]

Today sociologists research macro-structures that organize society, such as race or ethnicity, class and gender, and institutions such as the family; social processes that represent deviation from, or the breakdown of, these structures, including crime and divorce; and micro-processes such as interpersonal interactions

Terjemahan Harfiah[sunting | sunting sumber]

Para sosiologi masakini menyelidik struktur-makro yang mengurus masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat "social class" dan peranan jantina "gender role", dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencungan dari, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi antara personal "interpersonal".

Terjemahan Alternatif[sunting | sunting sumber]

Ahli sosiologi masakini menjalankan penyelidikan terhadap:

  1. struktur makro seperti kaum dan etnik, jantina dan kelas masyarakat, dan institusi keluarga
  2. proses sosial yang menggambarkan lencungan atau kelemahan struktur struktur ini misalnya penceraian dan jenayah
  3. proses mikro contohnya interaksi antara perseorangan ( interpersonal )

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]